Pm Beri Ruang Pada Ketua Hakim Badan Kehakiman Jalankan Tugas Dengan Bebas


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jan 7, 2023
Ketua Hakim Negara dan badan kehakiman perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka dengan bebas dan profesional berlandaskan fakta dan hukum, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini penting bagi memberi isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa terdapat pengasingan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman dalam menjalankan tugas mengikut kapasiti masing-masing.

“Saya rasa tidak harus perdana menteri itu mencalonkan hakim yang senang dengan dia, walaupun ada satu dua yang saya rasa patut teliti semula, tapi saya fikir lebih baiklah saya beri signal yang jelas beri ruang kepada Ketua Hakim Negara dan badan kehakiman untuk menjalankan tugas mereka dengan bebas dan profesional berlandaskan fakta dan hukum, bukan kerana nafsu, kemarahan ataupun puak,” katanya dalam temu bual Naratif Khas Bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam.

Beliau berkata badan kehakiman yang dulunya tidak diragui dan tidak mungkin disangkal, dianggap berkompromi di bawah penguasaan eksekutif, selain pandangan Majlis Peguam Malaysia dan Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) yang menganggap ada kepincangan dan kelemahan dalam badan kehakiman.

“Tapi kita lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ada perubahan dan pelantikan badan kehakiman umpamanya, saya belum pernah campur satu pelantikan pun sekali. Saya ikut proses Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan kemudian Ketua Hakim Negara mengemukakan (nama) dan saya terima,” katanya.
Mengenai isu rasuah dan integriti, Anwar berkata beliau telah memberikan kelonggaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak menyiasat sepenuhnya, bermula dari peringkat atasan.

“Saya beritahu kepada pihak penguatkuasaan harus tegas tidak kira ...(sesiapa pun) dan kepada rakan-rakan jemaah menteri pun, saya setiap minggu pesan bahawa saya tidak pertahankan andai kata ada kesilapan ataupun bukti tentang amalan memunggah kekayaan negara,” katanya.

Beliau juga berkata berdasarkan kes di negara ini, terdapat ‘ikan bilis’ dan ‘jerung’ yang telah ditangkap dan dipenjarakan kerana isu terbabit dan percaya ada banyak lagi kes seperti itu berlaku.

“...yang agak memualkan saya ialah kita ada pengalaman di mana ‘orang besar’ pun sudah ditangkap tetapi belum ada pengajaran. Kalau lihat umpamanya fail-fail (isu) tebatan banjir, Menara Kuala Lumpur dan Jana Wibawa, setiap kes itu ada sahaja percubaan pemunggahan kekayaan oleh tokoh-tokoh itu.

“Jadi dalam kesempatan sedia ada, insya-Allah saya akan pastikan ada tindakan supaya dijadikan pengajaran kepada mereka yang lalu dan yang sekarang,” katanya.

Menjawab kritikan sesetengah pihak kononnya pendekatan sedemikian berunsur politik dendam, Anwar berkata ia hanya dianggap begitu jika ada ‘orang takut disiasat.’

Katanya beliau tidak pernah masuk campur malah telah memberi arahan yang jelas kepada SPRM bahawa kerajaan pimpinannya tidak mahu bersikap menutup kes atau memilih dalam soal siasatan.

“...tetapi sepertimana yang kita lihat, umpamanya yang berlaku sekarang ialah beberapa langkah untuk terus menyiasat tapi terus ada tuduhan seolah-olah ini balas dendam.

“(Hakikatnya) kalau kita tidak buat apa-apa, mereka kata ini bukan tadbir urus yang baik, mahu menutup kes rasuah yang besar, tapi bila kita ambil tindakan, mereka kata ini politik untuk menekan pihak tertentu,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/pm-beri-ruang-pada-ketua-hakim-badan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Hakim Negara Dedah Cubaan Takut Takutkan Badan Kehakiman

Ketua Hakim Negara Dedah Cubaan Takut Takutkan Badan Kehakiman

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 204 hits
Hidir Reduan Abdul RashidKetua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat bersuara menentang percubaan pihak tertentu untuk menakut nakutkan badan kehakiman dalam kes politik yang dibicarakan tahun lepas Semasa ucapan pada Tahun Pembukaan Tahun Un...
Saya Pernah Terima Ancaman Bunuh Kata Ketua Hakim Negara

Saya Pernah Terima Ancaman Bunuh Kata Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 193 hits
freemalaysiatoday com January 9 2023 7 00 PMTengku Maimun Tuan Mat berkata dalam kes melibatkan tokoh tertentu komen yang ditujukan kepada badan kehakiman agak keterlaluan berat sebelah dan berbaur politik PUTRAJAYA Ketua Hakim Negara Tengk...
Tak Perlu Tergesa Gesa Berat Badan Bertambah Lepas Jadi Ibu Ernie Zakri Pernah Menangis Depan Syamel

Tak Perlu Tergesa Gesa Berat Badan Bertambah Lepas Jadi Ibu Ernie Zakri Pernah Menangis Depan Syamel

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 240 hits
Benar proses mendapatkan kembali berat asal sama seperti ketika sebelum mengandung memang tidak mudah bagi seorang wanita bergelar ibu Lebih lebih lagi yang sudah berusia Proses menurunkan berat badan umpama perjuangan maha hebat Penyanyi E...
Badan Jadi Kurus Kering Raja Afiq Dedah Kena Buatan Orang

Badan Jadi Kurus Kering Raja Afiq Dedah Kena Buatan Orang

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 176 hits
Jika kita sebut drama Sayangku Kapten Mukhriz pasti semua tebayangkan wajah pelakon Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razal yang menjadi watak utama untuk drama tersebut
Seekor Monyet Gigih Tolong Buang Kutu Di Badan Kucing Gelagat Keduanya Buat Ramai Tergelak

Seekor Monyet Gigih Tolong Buang Kutu Di Badan Kucing Gelagat Keduanya Buat Ramai Tergelak

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 171 hits
Monyet Gigih Tol0ng Bersihkan Kutu Di Badan Kucing Gelagat Keduanya Buat Netizen TergelakBiasanya kucing dan monyet sering bertngkar jika berjumpa antara satu sama lain Seringkali dilihat di kawasan kawasan perumahan atau kampung yang berde...
54 Badan Serah Memo Bantah Malaysia Sertai Cptpp Kosmo 29 12 2022

54 Badan Serah Memo Bantah Malaysia Sertai Cptpp Kosmo 29 12 2022

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 189 hits
PUTRAJAYA Selepas gagal memujuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini kali ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadikan harapan untuk tidak menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans Pas...
Video Geger Bukti Selingkuh Suami Norma Risma Dengan Mertua Kepergok Hubungan Badan

Video Geger Bukti Selingkuh Suami Norma Risma Dengan Mertua Kepergok Hubungan Badan

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 169 hits
Setelah ramai dibicarakan warganet kisah dari Norma Risma saat ini menjadi perhatian publik Norma Risma membagikan kisahnya mengenai mantan suami yang tega berselingkuh dengan ibu kandungnya sendiri Norma Risma bahkan masih tak percaya kedu...
Video Tengok Bentuk Badan Pakai Dress Ikat Belakang Mata Tajam Peminat D4kwa Neelofa Hamil Lagi

Video Tengok Bentuk Badan Pakai Dress Ikat Belakang Mata Tajam Peminat D4kwa Neelofa Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 177 hits
Baru baru ini selebriti berniqab Neelofa did4kwa sedang hamil anak kedua selepas muncul berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang di Brunei bagi tujuan perniagaan
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master