Pm Anwar Salur Sumbangan Bantu Kanak Kanak Buta Detita Hidup Barah Saraf


 

Azman menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada Mohd Herman Rusli di HTA, Kuala Lumpur. Foto Instagram Mohd Herman Rusli
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Muhammad Hariz Iman Mohd Herman, yang mengalami masalah hilang penglihatan akibat barah neuroblastoma (barah saraf), mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga kanak-kanak itu hari ini.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, kepada Mohd Herman Rusli, 38, iaitu bapa Muhammad Hariz Iman atau nama manjanya Hariz, yang berumur dua tahun enam bulan, ketika menziarahi keluarga itu di Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur (HTA), dekat sini.
Khabar gembira itu dikongsikan Mohd Herman menerusi hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya, hari ini.

“Alhamdulillah… Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat (YB) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sumbangan yang diberikan dan disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Datuk Azman Abidin.
“Terima kasih juga kepada Ustaz Muhammad Fikri Abd Aziz (Ketua Cabang Keadilan Putrajaya) serta Tuan Radin Azmi Radin Rahman.
“Sumbangan dan keprihatinan ini amat bermakna bagi kami sekeluarga, terutama buat anak saya, Muhammad Hariz Iman, dalam perjuangan kami berperang dengan kanser ini,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Mohd Herman turut menghargai sokongan yang diberikan oleh Anwar.
“Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan keberkatan yang berlipat ganda.
“Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah Hariz, yang dilahirkan normal namun hilang kedua-dua belah penglihatannya sebelum disahkan menghidap barah neuroblastoma tahap empat pada 5 Ogos tahun lalu.
Anak keempat daripada lima beradik itu sudah menjalani lapan kitaran kemoterapi rapid Cojec dan dua kitaran kemoterapi AIS di HTA.
Mengikut jadual, enam lagi kitaran kemoterapi akan dijalankan pada 17 Februari depan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/pm-anwar-salur-sumbangan-bantu-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Salur Sumbangan Kepada Ibu Tunggal Miskin Tegar

Pm Anwar Salur Sumbangan Kepada Ibu Tunggal Miskin Tegar

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 255 hits
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pasir pada 23 Februari 2025 Foto Facebook Ahmad Farhan FauziPERMATANG PAUH 24 Feb Perdana Ment...
Umrahgo Bantu Bakal Jemaah Dapatkan Pakej Umrah Selamat

Umrahgo Bantu Bakal Jemaah Dapatkan Pakej Umrah Selamat

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 156 hits
UmrahGo peneraju aplikasi dan portal Umrah di Malaysia menjadi platform terbaik dalam bagi membolehkan orang Islam mencari pakej Umrah yang selamat dengan mudah Ketua Pegawai Eksekutif UmrahGo Akmal Saufi Mohamed Khaled menjelaskan pada tah...
Polis Tahan Pekerja Pajak Gadai Bantu Siasatan Kes Bunuh Peniaga Wanita

Polis Tahan Pekerja Pajak Gadai Bantu Siasatan Kes Bunuh Peniaga Wanita

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 175 hits
Malaysiakini nbsp Polis menahan seorang pekerja kedai pajak gadai di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan Khamis ...
Kes Bunuh Peniaga Wanita Polis Tahan Seorang Pekerja Pajak Gadai Di Kuala Terennganu Bantu Siasatan

Kes Bunuh Peniaga Wanita Polis Tahan Seorang Pekerja Pajak Gadai Di Kuala Terennganu Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 175 hits
KUANTAN Polis menahan seorang pekerja kedai pajak gadai di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan Khamis lepas Ketu...
Pmx Dah Arwah Rindu Pmx Ostat Fawwas Kecewa Pmx Tak Bantu Parlimen Per

Pmx Dah Arwah Rindu Pmx Ostat Fawwas Kecewa Pmx Tak Bantu Parlimen Per

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 173 hits
Fawwas Mad Jan Menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan membaca komen dia social media Kononya Anwar Ibrahim sudah Meninggal Dunia dengan Memanggil arwah kepada ds anwar Ibrahim Politik sempit beginilah yang memundurkan negara dan fik...
Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti

Drama Seadanya Kita

Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan

Influencer Cantik Mati Dikelar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord

Citizens Can Arrest But Mustn T Go Overboard Say Lawyers

Police Probe Viral Video Of Cyclists Blocking Car In Shah Alam

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Adakah Kanak Kanak Boleh Mengambil Magnesium

My Favourite Way To Take A Break