Pm Anwar Mulakan Siri Lawatan Ke Itali Perancis Dan Brazil


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan rasmi ke Perancis atas undangan Presiden Emmanuel Macron pada 4 Julai 2025. Foto Arkib G20 Summit
PUTRAJAYA, 30 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu siri lawatan ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil bermula 1 Julai ini.
Siri lawatan Perdana Menteri kali ini yang bermula dengan lawatan rasmi tiga hari ke Itali mulai Selasa adalah sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan mempromosi kerjasama ekonomi di peringkat global.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, di ibu negara Itali, Anwar dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Giorgia Meloni untuk memperkasa hubungan ekonomi dua hala serta meneroka inisiatif baharu dalam bidang kebudayaan.
Katanya, satu sesi meja bulat perniagaan juga akan diadakan, menghimpunkan peneraju industri dari kedua-dua negara yang pada masa ini merekodkan nilai dagangan antara Malaysia dan Itali berjumlah RM14.61 bilion.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika sidang media di Putrajaya pads 30 Jun 2025.“Turut dijadualkan ialah dialog bersama pemimpin komuniti Islam serta pertemuan bersama warga dan diaspora Malaysia yang menetap di Itali,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Tunku Nashrul berkata, seterusnya di Paris, Perdana Menteri akan bertemu Presiden Emmanuel Macron untuk membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, teknologi dan pendidikan.
Katanya, nilai dagangan antara kedua-dua negara kini berjumlah RM15.95 bilion.
Beliau menjelaskan, Anwar turut akan menyertai sesi meja bulat bersama syarikat-syarikat utama Perancis, berdialog dengan pemimpin komuniti Islam tempatan, serta menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sorbonne.

Menurut Kementerian Luar, di Brazil Perdana Menteri akan menghadiri sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro sebagai negara rakan dalam pakatan yang dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Indonesia dan Iran.
Zahid berkata dalam lawatan rasmi ke Itali, Perdana Menteri akan diiringi oleh lima menteri Kabinet iaitu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir, katanya.

Menurut Zahid, turut mengiringi Perdana Menteri ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berkaitan serta satu delegasi korporat melibatkan 13 syarikat daripada pelbagai sektor dari Malaysia.
Beliau berkata, Anwar dan delegasi dijangka tiba di Lapangan Terbang Fiumicino, Rom sekitar 7.50 malam pada Selasa, 1 Julai dan beliau dijangka menghoskan majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Itali pada malam yang sama.
Pada Rabu, 2 Julai Perdana Menteri akan terlibat dalam mesyuarat meja bulat bersama kapten-kapten industri Itali dan Malaysia dalam sebuah acara yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Itali yang dipanggil “Malaysia, Italy Economic Partnership Roundtable”, katanya.
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden AS, JD Vance dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen di Palazzo Chigi, Rom pada 18 Mei 2025. Foto Giorgia MeloniBeliau berkata mesyuarat meja bulat itu akan melibatkan lebih daripada 50 syarikat, persatuan dan industri dari Malaysia dan Itali.
Pada hari yang sama Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Imam Yahya Pallavicini, Naib Presiden Comunita Religiosa Islamica Italiana (COREIS) dan Abdellah Redouane, Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali dan Masjid Rom.
Menurut Zahid, pada Khamis, 3 Julai, Perdana Menteri akan diwawancara oleh Rai News 24, rangkaian berita televisyen tempatan yang utama dan berpengaruh di Itali.
Dalam sesi temu ramah itu, Perdana Menteri dijangka ditemu bual mengenai hubungan dua hala di antara Malaysia dan Itali, perdagangan dan pelaburan serta berkongsi mengenai Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia, katanya.
Delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan pesawat sewaan khas bagi melakukan lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil bermula 1 hingga 9 Julai 2025.Beliau berkata pada tengah hari 3 Julai, Anwar dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Itali, Meloni di Palazzo Chigi.
Semasa pertemuan ini, kedua-dua pihak akan membincangkan beberapa perkara yang merangkumi kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan, kerjasama dalam bidang pertahanan, tenaga boleh baharu dan alam sekitar, agro-komoditi dan bidang digital.
Turut akan dibincangkan ialah kerjasama dalam hubungan sesama rakyat termasuk pendidikan, pertukaran kebudayaan, sektor pelancongan, isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama seperti situasi di Timur Tengah, kata Zahid.
Beliau berkata lawatan Perdana Menteri ke Itali adalah sangat signifikan dalam mencerminkan hubungan akrab di antara kedua-dua negara.
Dalam lawatan ini, kedua-dua pemimpin akan menegaskan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan dua hala melalui kerjasama yang lebih komprehensif.

Menurut beliau lawatan ini akan memberi mandat dan momentum untuk mempertingkatkan hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang lebih strategik pada masa hadapan.
Secara keseluruhan lawatan ini akan menjadi wadah untuk Perdana Menteri mengetengahkan dasar luar Malaysia terutama pendirian negara dalam isu serantau dan global di pentas antarabangsa serta fokus kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada masa ini, kata Zahid.
Beliau berkata pada tahun 2024 jumlah perdagangan Malaysia dan Itali adalah sebanyak RM14.61 bilion, dengan jumlah eskport Malaysia ke Itali melibatkan RM6.71 bilion dan import Malaysia dari Itali adalah sebanyak RM7.89 bilion, katanya.
Beliau berkata secara keseluruhan Itali merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Eropah.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/pm-anwar-mulakan-siri-lawatan-ke-itali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tiba Di Brazil Untuk Sidang Kemuncak Brics

Anwar Tiba Di Brazil Untuk Sidang Kemuncak Brics

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 137 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Rio de janeiro pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke 17 yang dianjurkan oleh Brazil Pesawat yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Gale o ...
Lawatan Pm Anwar Disambut Hebat

Lawatan Pm Anwar Disambut Hebat

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 122 hits
Setibanya kami di Istana Merdeka saya dan delegasi disambut meriah sempena kunjungan rasmi Usai pemeriksaan barisan kehormat saya dan Presiden Prabowo Subianto lantas meneruskan acara dan agenda perbincangan yang mencakup pelbagai isu melib...
Lawatan Pm Anwar Ke Italy

Lawatan Pm Anwar Ke Italy

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 118 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Rom untuk melakukan lawatan kerja tiga hari ke Itali disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan Duta Besar Malaysia ke Itali Datuk Zahid Rastam Duta Kanan bagi Hal Ehwal Protokol Itali Fa...
Sertai Lawatan Ke Rom Khaled Nordin Sedia Temui Gergasi Teknologi Ketenteraan Itali

Sertai Lawatan Ke Rom Khaled Nordin Sedia Temui Gergasi Teknologi Ketenteraan Itali

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 127 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kini berada di Rom bagi menyertai lawatan kerja rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2025 Khaled Nordin sudah tiba di Itali Dalam ...
Pm Anwar Bakal Bertemu Pemimpin Daripada 36 Syarikat Itali Termasuk Mnc Di Rom

Pm Anwar Bakal Bertemu Pemimpin Daripada 36 Syarikat Itali Termasuk Mnc Di Rom

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 117 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan penting bersama 36 syarikat utama Itali termasuk syarikat multinasional gergasi seperti Leonardo SpA STMicroelectronics dan Ferrero sempena lawatan kerja sulung beliau ke R...
Group Pans Anwar S Hypocrisy Over Police Probe Vows To March On June 28

Group Pans Anwar S Hypocrisy Over Police Probe Vows To March On June 28

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 230 hits
Independent youth group Mandiri has slammed Prime Minister Anwar Ibrahim for his hypocritical stance on youths voicing out against the prevalence of corruption in the nation Lamenting the police investigation against Muda acting president A...
Anwar S Dilemma Grows As Allies Compete For Cabinet Posts

Anwar S Dilemma Grows As Allies Compete For Cabinet Posts

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 146 hits
THE resignations of PKR s Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad as economy and natural resources ministers have sparked a race among unity government parties for the vacant Cabinet posts This has deepened the dilemma faced by Prim...
Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Konsert Dia Misha Omar 2025

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Pasar Malam Sekolah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar