Pm Anwar Luncur Aerotrain Klia Baharu Hari Ini


 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan pemeriksaan mengejut di kaunter kastam dan imigresen, Terminal 1 KLIA pada 2 Julai 2023


KUALA LUMPUR, 30 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis pelancaran Aerotrain KLIA di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) iaitu sistem perkhidmatan penggerak penumpang automasi tersebut yang telah dinaik taraf, akan menyambung semula operasi pada 10 pagi esok.
Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pengendali lapangan terbang itu kini bersedia melancarkan semula perkhidmatan itu yang dimodenkan sepenuhnya sekali gus menyaksikan satu lagi pencapaian penting dalam agenda transformasi lapangan terbang negara.
Diangkat sebagai ikon KLIA sejak 1998, perkhidmatan Aerotrain telah menjalani proses baik pulih yang menelan kos sebanyak RM456 juta bagi menggantikan flit dan infrastrukturnya yang sudah uzur di bawah peruntukan RM742 juta Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang MAHB bagi menjamin masa depan antara hab penerbangan tersibuk di rantau ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke memegang dokumen kelulusan operasi penuh Aerotrain KLIA yang akan diluncurkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 10 pagi 1 Julai 2025. Foto Facebook Loke Siew Fook
Kini dilengkapi set tren Alstom Innovia APM 300R yang canggih, sistem itu memiliki tiga unit tanpa pemandu yang mampu membawa sehingga 270 penumpang pada kelajuan 56 kilometer sejam.
Justeru itu, perjalanan antara terminal utama dan bangunan satelit kini dipendekkan kepada kurang daripada tiga minit.
Setiap tren dipasang dengan sistem pemantauan keadaan yang canggih bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan, meningkatkan kecekapan operasi serta keselesaan serta keselamatan penumpang sekali gus menangani kebimbangan sebelum ini mengenai kerosakan yang sering berlaku.
Sistem baharu ini telah menjalani ujian ketat selama enam bulan di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) antara Januari dan Jun 2025.
Perkhidmatan Aerotrain KLIA antara Terminal Utama dan Terminal Satelit KLIA bakal beroperasi mulai jam 10 pagi 1 Julai 2025.Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani berkata ujian teknikal dan keselamatan itu telah dilaksana bagi memastikan operasi tanpa kesilapan.
Pada asalnya, ia dijadualkan siap pada Mac 2025 namun projek itu berdepan kelewatan disebabkan isu rantaian bekalan global, cabaran integrasi sistem dan kerumitan pemasangan sistem tanpa pemandu yang baharu sambil memastikan operasi di KLIA.
KLIA T1 kini menguruskan pergerakan lebih 100,000 penumpang setiap hari dan Aerotrain memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesalinghubungan yang lancar terutama bagi proses memindahkan penumpang antarabangsa.
Apabila Aerotrain kembali beroperasi, lapangan terbang itu kini lebih bersedia untuk memenuhi peningkatan jumlah penumpang terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dan memulihkan KLIA seperti yang diunjurkan ke tahap trafik prapandemik.
Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa beliau telah menandatangani dokumen berhubung perkara tersebut yang dibenarkan beroperasi mulai jam 10 pagi 1 Julai 2025.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/pm-anwar-luncur-aerotrain-klia-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aerotrain Klia Maklumat Terkini Fungsi Kepentingan

Aerotrain Klia Maklumat Terkini Fungsi Kepentingan

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 162 hits
Selepas lebih dua tahun dihentikan perkhidmatan AeroTrain KLIA akan beroperasi semula secara rasmi pada 1 Julai 2025 jam 10 pagi Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke sistem baharu ini telah melalui pelbagai ujian keselamatan termasuk s...
Aerotrain Di Klia Kembali Beroperasi

Aerotrain Di Klia Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 136 hits
Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kembali beroperasi sepenuhnya bermula pukul 10 pagi 1 Julai 2025 Aerotrain adalah sistem pengangkutan dalaman utama KLIA sejak beroperasi pada 1998 namu...
Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 214 hits
Transport Minister Anthony Loke NSTP FUAD NIZAMSEPANG The Kuala Lumpur International Airport s long anticipated aerotrain system is set to begin operations next month following its completion of a major infrastructure upgrade that began in ...
Loke S Klia Aerotrain Defence Smacks Short Sightedness Blame Legacy Issue Instead Of Poor Maintenance

Loke S Klia Aerotrain Defence Smacks Short Sightedness Blame Legacy Issue Instead Of Poor Maintenance

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 146 hits
DETRACTORS are unwilling to accept Transport Minister Anthony Loke Siew Fook s reasoning that yesterday s temporary suspension to the KLIA Aerotrain service is attributable to legacy complications This came about as a damning report by ASEA...
Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 185 hits
THE resumption of Kuala Lumpur International Airport s Aerotrain service has been delayed to prioritise passenger safety according to Transport Minister Anthony Loke Siew Fook Speaking at a media preview in Sepang Loke emphasised that opera...
Best Layan Hindustan Sudahnya Tak Kemana Pun Cuti Hari Ini

Best Layan Hindustan Sudahnya Tak Kemana Pun Cuti Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum Kan SA cuti pas tu SA cadang nak jenjalan Putrajaya ke IOI Putrajaya ke kan haihhhh non hadonya sudahnya xnkemana pun sebab terjebak tgok banyak citer hindustan lama lama kat Prime Movie muahahahaha bengang je Suami SA pukul...
Elisya Sandha Kongsi Wajah Bahtera Elhaq Pada Usia 51 Hari Comelnya

Elisya Sandha Kongsi Wajah Bahtera Elhaq Pada Usia 51 Hari Comelnya

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 129 hits
Selepas kira kira 51 hari kelahiran anak keduanya Bahtera Elhaq pelakon Elisya Sandha tampil berkongsi wajah buah hati terbarunya buat tatapan umum Menerusi Instagramnya Elisya dan suami yang turut mengadakan majlis tahnik buat putera merek...
Sambutan Hari Lahir Angah Di The Soru Station Wangsa Maju

Sambutan Hari Lahir Angah Di The Soru Station Wangsa Maju

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 158 hits
Pertama kali kami sambut birthday lewat malam Memang tak jangka nak sambut pada tarikh 28 Jun sebab Angah Ammar sepatutnya tengok konsert Akim Majistrate tapi dia cancel saat akhir sebab IP16PM dia rosak Down ler rasanya tu The Soru Station...
Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 199 hits
Bot karam di Belawai 5 lagi mangsa ditemui hari ini Lima lagi mangsa bot karam di Belawai ditemui hari ini Foto JBPM KUCHING Lima mangsa bot karam di Belawai dalam Bahagian Mukah Sabtu lalu ditemukan hari ini sekali gus menjadikan semua 10 ...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Drama Epok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Prism Malaysia Melancarkan Luna Eco Penapis Udara Siri Nexa

Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021