Pm Anwar Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Timor Leste Di Vietnam


 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa mesra ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
HANOI, 25 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan kedua-dua pemimpin itu di sini malam ini.
Pertemuan kedua-dua pemimpin itu diadakan sempena persidangan Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua yang dianjurkan kerajaan Vietnam, esok.
Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Anwar menjelaskan pertemuannya dengan Ramos-Horta membincangkan pembangunan infrastruktur, industri halal, pendidikan tinggi, hingga perdagangan antara kedua-dua negara dan terus berusaha meningkatkan peluang ekonomi dan kemakmuran bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Dengan lebih 200 syarikat Malaysia yang beroperasi di Timor Leste dan kerjasama dalam bidang TVET serta biasiswa pendidikan, masa depan hubungan ini ternyata semakin cerah dan penuh harapan.
“Sementalahan, penerbangan terus ke Dili yang bakal diluncurkan kelak akan mengeratkan hubungan rakyat kedua-dua negara, memudahkan perniagaan, pelancongan, dan pendidikan,” ujarnya.
Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama selaku Pengerusi ASEAN 2025 dengan turut disertai delegasi serantau antaranya dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Laos dan Brunei Darussalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimBercakap kepada media Malaysia, Duta Besar Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai berkata, ucaptama Perdana Menteri pada forum itu akan menekankan usaha untuk memperkukuh kumpulan serantau itu dalam menangani beberapa isu utama.
“Ucaptama Perdana Menteri secara umum akan mengetengahkan usaha untuk memperkukuh ASEAN dalam menghadapi persaingan kuasa besar, memajukan agenda ekonomi digital ASEAN, memacu inisiatif hijau, serta mengutamakan pembangunan mampan bagi menjamin masa depan negara anggota ASEAN,” katanya.
Terdahulu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Anwar mengadakan kunjungan serupa ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam di ibu pejabat parti berkenaan di sini menandakan simbolik permulaan lawatan kerja dua hari beliau ke negara anggota ASEAN itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimKunjungan hormat itu diadakan kira-kira sejam sejurus ketibaan Anwar di sini jam 7.10 malam waktu tempatan (8.10 malam waktu Malaysia).
Ini merupakan lawatan kedua beliau ke Vietnam sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022.
Pada pertemuam itu, Anwar dan Lam meluangkan masa kira-kira 30 minit membincangkan pelbagai isu berkaitan hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dengan Vietnam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta di hotel penginapan di Hanoi, Vietnam pada 25 Februari 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimLam sebelum ini mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada November tahun lepas, kunjungan pertama beliau sejak dipilih sebagai ketua Parti Komunis Vietnam pada Ogos 2024.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/pm-anwar-adakan-kunjungan-hormat-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Russia

Pm Anwar Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Russia

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 227 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Russia Sergei Shoigu di Perdana Putra Putrajaya pada 27 Februari 2025 Foto BernamaPUTRAJAYA 27 Feb Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ib...
Anwar Arrives In Hanoi To Begin Two Day Working Visit To Vietnam

Anwar Arrives In Hanoi To Begin Two Day Working Visit To Vietnam

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 310 hits
HANOI Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived here for a two day working visit to Vietnam during which he is scheduled to deliver a keynote address at the 2nd Asean Future Forum on Wednesday The special aircraft carrying the Prime M...
Presiden China Afrika Selatan Bakal Melawat Malaysia Pm Anwar

Presiden China Afrika Selatan Bakal Melawat Malaysia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 298 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik pelancaran di Majlis Perasmian Wajah Baharu Alamanda di Centre Court Alamanda Shopping Centre Putrajaya pada 23 Februari 2025 Foto Eizairi ShamsudinPUTRAJAYA 23 Feb Datuk Seri Anwar I...
Pm Anwar Adakan Pertemuan Dengan Menteri Luar Cuba

Pm Anwar Adakan Pertemuan Dengan Menteri Luar Cuba

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 318 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla pada Jumaat bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua dua negara Foto Facebook Anwar Ibr...
Pm Anwar Jemput Presiden Cuba Lawat Malaysia

Pm Anwar Jemput Presiden Cuba Lawat Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 242 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla pada Jumaat bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua dua negara Foto Facebook Anwar Ibr...
Anwar Harap Rafizi Diberi Laluan Mudah Sebagai Timbalan Presiden Pkr

Anwar Harap Rafizi Diberi Laluan Mudah Sebagai Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 296 hits
Malaysiakini nbsp Peluang Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk mengekalkan jawatannya pada pemilihan parti akan datang dilihat semakin kukuh selepas mendapat sokongan daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim Anwar berharap Rafizi yang juga m...
Ds Anwar Ucapkan Terima Kasih Kepada Presiden Umno Ds Zahid Hamidi

Ds Anwar Ucapkan Terima Kasih Kepada Presiden Umno Ds Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 464 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan Presiden PKR itu berkata kepimpinan parti terutamanya Datuk Seri Ahm...
Anwar Pays Vietnam S Leader To Lam Courtesy Call

Anwar Pays Vietnam S Leader To Lam Courtesy Call

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 260 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim met with general secretary of the Communist Party of Vietnam To Lam in Hanoi today HANOI Prime Minister Anwar Ibrahim paid a courtesy call on general secretary of the Communist Party of Vietnam To Lam at the par...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy