Plot Cerita Politik Malaysia Sentiasa Berubah




Politik penuh drama yang plot ceritanya berubah-ubah. Tiada skrip dan pengarah dalam drama politik biarpun ada pihak-pihak ingin menjadi pengarah dan penulis skripnya.

Polimik dalam krisis politik kita hari ini ialah berkaitan dengan perbuatan mungkir janji dan khianat terhadap perjanjian yang telah disepakati di kalangan parti-parti komponen yang terlibat pada waktu mereka menubuhkan Pakatan Harapan (PH) dahulu untuk menghadapi PRU-14 sebagai satu gabungan.
Gabungan PH kini masih wujud, namun tanpa Bersatu. Akibatnya, tampuk pemerintahan PH jatuh hilang kuasa peringkat Pusat dan beberapa negeri.
Muafakat Nasional (MN) yang terdiri gabungan UMNO dan Pas, disertai dengan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO bersama MCA dan MIC serta PBRS, dicampur pula dengan sebahagian ahli Parlimen dari Bersatu dan GPS dari Sarawak dan sebahagian ahli Parlimen PKR yang mengubah sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentuk Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan Pusat.
Plot drama itu tidak pernah berlaku di negara kita. Ini kali pertama. Malaysia kini diperintah oleh gabungan parti untuk membentuk kerajaan Pusat. Menariknya dalam gabungan parti itu pula wujud gabunga parti. Ini kira parti dalam parti.
Entiti pertama dalam PN ialah Barisan Nasional (BN) yang disertai UMNO, MCA, MIC dan PBRS. PN itu sendiri adalah gabungan Bersatu, Pas, Gerakan, SAPP dan STAR. Satu lagi gabungan dalam gabungan PN ialah GPS yang terdiri PBB, PRS, PDP dan SUPP. Parti dalam GPS asalnya adalah parti komponen BN semasa PRU14.
Kerajaan PN digelar kerajaan 'pintu belakang' oleh mereka yang masih setia dengan PH. Lalu, ungkapan pengkhianat dilontarkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dianggap sebagai punca kepada jatuhnya PH.
Inilah drama politik. Yang ingin bercakap tidak perlu kepada skrip dan tidak ikut pengarah. Babak-babak tidak perlu berturutan dan tidak perlu ada rasional atau lojik untuk meneruskan babak seterusnya.
Kemelut sekarang berkaitan hubungan UMNO dengan Bersatu. UMNO sejak awal telah menyatakan gabungan mereka dengan Bersatu dan parti-parti lain dalam kerajaan PN hanya setakat untuk menyelesaikan kemelut pemilihan Perdana Menteri dan seterusnya menubuhkan kerajaan Pusat.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat pengesahan bahawa tidak akan bersama Bersatu dalam PRU15 nanti. Keputusan itu tidak disenangi oleh sesetengah pemimpin UMNO yang dilihat proBersatu.
Ia turut sama mengheret Pas yang menjadi sebahagian Parti Perikanan Nasional dan pada masa menjadi kerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Masional.
Pemimpin UMNO proBersatu menyerang pemimpin tertinggi UMNO lain yang kononnya mementingkan diri apabila menolak kerjasama dengan Bersatu. Sedangkan pada masa sama, mereka yang tidak ingin bersama Bersatu menuduh pemimpin UMNO proBersatu juga memperjuangkan kepentingan peribadi.
Jadi, pihak mana sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri, berbanding kepentingan parti?
Perlu ditegaskan, keputusan tidak berkerjasama dengan Bersatu pada PRU15 adalah keputusan MKT yang berpaksikan kepada kehendak majoriti ahli akar umbi. Maka, kehendak proBersatu dianggap keputusan minoriti.
Tradisi dalam UMNO, sebarang keputusan dasar parti adalah diputuskan dalam MKT atau Persidangan Agung UMNO (PAU). Justeru, tradisi itu perlu dipatuhi semua pihak.
Politik di Malaysia sering bertukar plot cerita. Apabila plot cerita baharu timbul, orang tidak peduli lagi tentang plot cerita dahulu. Mereka lebih pentingkan untuk babak seterusnya.
Babak politik Malaysia tidak ada ‘kebenaran’. Ia adalah lakonan oleh watak-watak yang berusaha menentukan halatuju politik masing-masing.
Suhu politik Malaysia tidak pernah 'sejuk' dengan isu. Ia sentiasa hangat di media sosial dan parlimen kedai kopi. Habis satu babak, ia akan disambung dengan babak cerita lain. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2021/03/gzz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Mca Asas Kestabilan Politik Malaysia

Benarkah Mca Asas Kestabilan Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 403 hits
Parti Cina ini tinggal di mana Malaysia atau negara komunis SAYA sempat menonton rakaman AGM MCA 2021 Pemuda dan Wanita melalui saluran YouTube yang dimuat tarikh MCA ditonton tidak sampai 500 orang Sepatutnya dengan keahlian lebih sejuta s...
Melihat Politik Malaysia Kecoh Dan Ketandusan Pemimpin Umur 96 Bukanlah Penghalang Untuk Kembali Semula

Melihat Politik Malaysia Kecoh Dan Ketandusan Pemimpin Umur 96 Bukanlah Penghalang Untuk Kembali Semula

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 362 hits
Melihat Politik Malaysia Kecoh Dan Ketandusan Pemimpin Umur 96 Bukanlah Penghalang Untuk Kembali Semula
Inisiatif Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2 0 Akan Dikaji Semula

Inisiatif Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2 0 Akan Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 314 hits
PUTRAJAYA 15 Mac Kerajaan akan kaji semula inisiatif Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2 0 bagi mengubah struktur industri bekalan elektrik negara Ia berikutan pelaksanaan inisiatif MESI 2 0 memberi kesan besar kepada pengguna ...
Awani Ringkas Muktamad Isu Kalimah Allah Hari Ini Malaysia Tetap Beli Astrazeneca

Awani Ringkas Muktamad Isu Kalimah Allah Hari Ini Malaysia Tetap Beli Astrazeneca

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 584 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Malaysia Pernah Buat Vaksin Nipah Kenapa Tidak Bangunkan Vaksin Covid

Malaysia Pernah Buat Vaksin Nipah Kenapa Tidak Bangunkan Vaksin Covid

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 618 hits
Kelemahan program pendaftaran vaksinasi Covid 19 agak serius berikutan 1 4 juta warga yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dilaporkan sebagai tidak lengkap dan mungkin menimbulkan kesukaran mencapai angka 80 imunisasi kelompok dalam ...
China Looks To Strengthen Vaccine Cooperation With Malaysia

China Looks To Strengthen Vaccine Cooperation With Malaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 301 hits
COVID 19 China will continue to work closely with Malaysia to strengthen cooperation on the Covid 19 vaccine and to assist the country to recover from the pandemic at an earlier time Ambassador designate Ouyang Yujing said China and Malaysi...
Sacking Of Saudi Minister Not Linked To Malaysia S Increased Haj Quota Says Source

Sacking Of Saudi Minister Not Linked To Malaysia S Increased Haj Quota Says Source

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 280 hits
A file picture of Muslims perform Friday prayers at the Grand Mosque in Mecca Saudi Arabia with social distancing in place on Feb 26 2021 ReutersPETALING JAYA The sacking of Saudi Arabia s Minister of Haj and Umrah is not linked with Malays...
Corruption In Malaysia Has An Escape Clause

Corruption In Malaysia Has An Escape Clause

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 279 hits
From Kua Kia SoongThe defection by former PKR vice president Xavier Jayakumar to the Perikatan Nasional government just as the Malaysian Anti Corruption Commission was closing in on him has exposed the MACC s lack of commitment to a truly i...
Laporan Utusan Malaysia Bantu Azhari Dapat Rawatan Fisioterapi

Laporan Utusan Malaysia Bantu Azhari Dapat Rawatan Fisioterapi

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS AHMAD Kamal Abdullah menyerahkan sumbangan daripada Perkeso kepada bapa Azhari Badiauzaman Mohd Zain di Seksyen 17 Shah Alam Selangor semalam UTUSAN MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRISSHAH ALAM Hasrat bekas pekerj...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai