Platform Edesa My Jom Support Produk Lokal Bumiputera
Tahukah anda, ada platform marketplace bernama edesa? Beberapa kali saya nampak events ini di sebuah Facebook Group semasa beriklan. Mari saya kongsikan sedikit info tentang platform bisnes ini, mana tahu ianya boleh bantu naikkan sales anda kan? Saya kongsikan info bagaimana nak jadi penjual juga kita support produk muslim di sini ya?
Jom support produk lokal!
Apa Itu Edesa My?
Edesa merupakan platform e-dagang yang agak baru di pasaran, bermula pada tahun 2022, khusus untuk meningkatkan ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana (IKS). Kini ianya sempurna untuk program support local produk dan syarikat tempatan kan
eDesa adalah satu aplikasi Produk Orang Kita yang Fokus kepada produk & perkhidmatan IKS, bersifat Tempatan, Mesra pengguna dan memberi Keuntungan kepada orang kita. eDesa memberi fokus kepada kelompok IKS yang terdiri daripada penjual, usahawan & pemilik perniagaan dari kelompok IKS. eDesa kini telah membuka peluang dan berkembang untuk menerima lebih banyak penjual untuk menjual dalam aplikasi eDesa
Yang bestnya, anda boleh memilih mendaftar sebagai penjual, sama ada individu atau syarikat
Baca info lanjut di sini, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/925188/sasar-20000-usahawan-desa-sertai-aplikasi-edesa-tahun-ini
Edesa ada applikasi ke
Ya, ada. Applikasi edesa anda boleh download dari play store
Klik sini untuk download https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app.edesa
Oleh kerana apps edesa My masih baru, saya ingatkan apps ni akan berat atau lag, eh rupanya smooth aje tau.
Beginilah paparan dashboard edesa.my
Cara daftar sebagai penjual edesa My
Mula-mula saya sarankan anda download dahulu apps edesa My. Dah download? Jom kita daftar sebagai peniaga di edesa My
Pendaftaran percuma ya
Tiada pembayaran dikenakan
Paparan sebagai penjual edesa MY
Paparan kedai ni anda boleh lihat senarai pekedai ya
Daftar sebagai penjual edesa MY di sini
Anda perlu memilih dan mengisi1. Jenis penjual (individu/syarikat/agency)2. Saya pilih individu, jadi saya kena isi maklumat peribadi beserta snap gambar kad pengenalan
Tak lama kemudian saya terima whatsapp dari pihak pengurusan Edesa MY
Alhamdulillah. Tak susah pun
Cara Order Di Edesa MY (Pembeli)
Hah, mudah sangat kan? Macam shopee versi bumiputera tau. Anda tengok tu, kos shipping juga berpatutan.
Ok. Marilah kita sokong platform jual beli bumiputera ini dari edesa.my
Alhamdulillah. Boleh beli kat sini tanpa was was
OK baiklah, saya nak cerita sikitlah tentang eDesa - Produk Orang Kita ni kan, sebenarnya di bina oleh orang Melayu kita, alhamdulillah dan kemudian mendapat kerjasama dan sokongan padu dari Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir Khalid.
E-desa yang dibangunkan pasangan suami isteri yang juga usahawan, Saiful Zaharin Zakariya dan Fadhilah Azmi dari Kuala Nerang adalah aplikasi e-dagang memfokuskan jualan produk dan perkhidmatan IKS termasuk pertanian, hasil laut, makanan, inap desa, barang mentah dan buah-buahan
Oleh itu marilah kita bersama-sama sokong platform jualan eDesa ini, anda sendiri lihat, agency besar seperti MARA juga ada di dalam platform eDesa ini kan? Ramai dah sertai dan letak produk jualan mereka. Harga shipping juga berpatutan, alhamdulillah.
Jadi Penjual Edesa MY Kena Cas Tak?
Ok baiklah. Bila bercakap pasal menjual produk di platform ni kan pasti ada casnya, begitu juga platform e-dagang eDesa My ni, kadar cas ialah sebanyak 3% sahaja. Alhamdulillah tak tinggi. Konsep jualan sama seperti platform Shopee dan Lazada.
Customer buat belian, anda poskan kemudian duit akan masuk ke akaun selepas 3 hari setelah produk itu diterima oleh pelanggan. Pelanggan boleh update review atau rating bagi servis dan produk tersebut. Sama kan
Apa Lagi Peluang Bisnes Yang Ditawarkan Oleh Edesa?
Rupanya selain jadi penjual sahaja, ada dua lagi program dari edesa iaitu DTG (Desa To Global (DTG)) dan GBP (Global Biz Package). Mari saya ceritakan serba sedikit info yang saya dapat dari laman website edesa.my
Desa To Global (DTG)
Aplikasi eDesa adalah sebuah platform marketplace edagang yang memberi fokus kepada pemasaran produk dan perkhidmatan IKS.Oleh kerana eDesa dibangunkan untuk kelompok penjual IKS, eDesa juga satu-satunya Aplikasi yang mempunyai program bimbingan berterusan bagi membantu dan membimbing para penjual agar dapat berniaga dan bersaing dalam dunia digitalisasi.Program bimbingan iaitu Program Desa To Global (DTG) ini memfokuskan kepada aktiviti meningkatkan keupayaan kepada akses pasaran edagang menggunakan Aplikasi eDesa.Program ini dijalankan dengan koleberasi agensi-agensi terpilih bagi memantau dan membimbing para penjual yang mengikuti program.Program ini bermula daripada pendaftaran, pemasaran, pembungkusan, seterusnya bimbingan berterusan.
Kriteria Pemilihan PesertaPemilik/ pengeluar/ penjual produk/perkhidmatan IKS Malaysia.Produk/perkhidmatan sedia untuk dipasarkan.Kedudukan operasi/ kedai perniagaan mempunyai liputan internet yang stabil.Mempunyai disiplin untuk mengembangkan perniagaan.Patuh kepada polisi yang telah ditetapkan.
Global Biz Package (GBP)
Program Global Biz Package (GBP) ialah program khusus untuk Pendigitilan Perniagaan.Pakej lengkap penggunaan aplikasi eDesa dan Aplikasi sistem kewangan yang berintegrasi untuk memudahkan pengoperasian perniagaan dan meluaskan pasaran produk mereka ke pasaran global supaya terus kekal berdaya saing.Kriteria Pemilihan Peserta
Pemilik/ pengeluar produk/ perkhidmatan IKS Malaysia.Produk/perkhidmatan sedia untuk dipasarkan.Perusahaan Mikro (jualan antara RM 150K – 300K) dan mempunyai rekod pengurusan kewangan.Perusahaan Mikro 60% ekuiti Milikan warganegara Malaysia.Patuh kepada polisi yang telah ditetapkan serta komited untuk mengikuti program.
Kesimpulan
𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁𝗽𝗹𝗮𝗰𝗲 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮? Kalau betul kita memang 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗢𝗗𝗨𝗞 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗘𝗞𝗔𝗗 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗢𝗜𝗞𝗢𝗧, Jom kita sebarkan platform 𝗲𝗗𝗲𝘀𝗮 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮
Jika kita sama-sama sebarkan insyaAllah eDesa akan menjadi pilihan utama untuk mendapatkan produk orang kita... Ini kali kita teruskan sampai berkembang maju ya. Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2023/11/edesa-my-support-produk-lokal-bumiputera.html