Plantdemik
Ketika era pandemik melanda, izikan aku tulis hal selainnya.
Sebelum ni, maknanya awal tahun ni aku ada beli sejenis lampu solar led uv ke apa-ntah untuk pokok. Lampu ni kononnya untuk memberi cahaya dan zat tambahan kepada pokok, terutamanya pokok yang indoor. Aku beli sebab nak bagi supplement lah kat pokok-pokok aku tu, sebab balkoni aku ni cahaya yang sampai tak berapa nak sampai, suam-suam air teh lepas dicicah biskut kosong.
Namun, sejak beberapa bukan yang lepas, aku dapati berlakunya perubahan yang ketara yang mana cahaya terik mula menerangi balkoni. Aku agak melonjak gembira melihatkan perubahan baharu ni. Memandangkan aku baru pindah ke rumah berbalkoni ni, akan suspek ada fasa-fasa musim panas dan musim redup. Dan sekarang adalah summer time gitu.
Walaubagaimanapun, setelah musim panas berlanjutan, wujud pula isu baru iaitu terlebih cahaya terik matahari. Kesannya mula tampak pada pokok-pokok aku yang melecur dan ada jugak yang arwah tak sebab bawak masuk ke rumah. Situasi ini agak membimbangkan aku. Maka aku pun membuat susunan baru, kedudukan pokok-pokok aku ubahsuai agar dapat melindungi pokok-pokok yang spesis tak tahan panas / tak boleh direct sunlight. Bila dah ubah-ubah tu, nampaklah ruang kekosongan yang ditinggalkan, nampak macam tak kena lah sebab pemandangannya tak seimbang.
Aku pun melalui fasa termenung dan mencari jawaban. Seperti selalunya, jawapannya aku jumpa di sebuah aplikasi magis, iaitu Shoppe. Aku jumpa beberapa jenis pokok yang tahan panas, untuk aku eksperimen dan simfonikan di ruang balkoni aku. Antara yang menjadi pilihan adalah seperti pokok loropetalum, althenanthera. oxmoxylum, croton dan pine. Pokok Pine ni pulak ada beberapa jenis, tapi aku tak kisahlah asalkan dapat dia jadi peredup kepada pokok-pokok lain dahlah.
Untuk makluman, balkoni aku tu sekangkang kera je jadi pokok-pokok tersebut pun aku beli yang anak-anak. Aku harap dorang serasi dan dapat dinaturalisasikan dengan kehidupan di balkoni kecil. Setakat hari ni nampaknya pine-pine macam okey, cuma yang macam loropetalum dan althenanthera tu melecur gak kena panas, harey betul.
Tapi tu la, bila tak cukup panas aku sampai beli lampu untuk pokok, bila dah terlebih panas terpaksa lak teduhkan, macam kehidupan la yang ada fasa-fasa. Kalau sekarang kita mengalami fasa kemarau, harap bertabah , bertahan dan terus lalui semampunya, sementara. Kita yakin hal ni sementara, segala hal pun sementara..hope for better future k.
Bila hal termenung pasal panas dah settle, sekarang aku dok termenung mencari inspirasi pulak untuk optimumkan ruang. Main pokok ni kena pakej dengan seni main ruang. Kalau nampak aku termenung sorang-sorang mata putih je mandang ke balkoni, tu jangan ingat aku tengah high gam gajah, itu dok seru idea dan inspirasi ruang dan peluang..nak bagi pokok-pokok hidup secara sinergi dan tidak merusuh ni kena modal dan banyak mikir. Setakat ni takde jawapan lagi, pastu tetiba macam minat adenium pulak, ah sudah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.notapurba.com/2021/07/plantdemik.html