Plantar Fasciitis Apa Yang Perlu Anda Tahu


Fascia plantar adalah ligamen yang melekat pada tulang tumit (calcaneus) yang menjadi lapisan dalaman ataupun dasar bagi jari-jari kaki (metatarsals). Lapisan otot, tendon, saraf, dan saluran darah terletak di atas lapisan bahagian bawah kaki. Fascia plantar meliputi lapisan ini dan bertindak sebagai bowstring pada bahagian bawah kaki, membantu tulang kaki mengekalkan bentuk (melengkung). Terdapat laspisan lemak meliputi fascia plantar yang terletak di bawah tulang tumit. Pad (lapisan lemak) ini bertindak sebagai penyerap daya bagi tumit apabila setiap kali melangkah.

Plantar fasciitis adalah punca yang paling biasa bagi kesakitan di tumit. Jika anda menegangkan fascia plantar anda, ia menjadi lemah, bengkak, dan gatal-gatal (radang). Kemudian tumit atau bahagian bawah kaki anda sakit apabila anda berdiri atau berjalan.

Plantar fasciitis adalah perkara biasa dalam orang pertengahan umur. Ia juga berlaku di kalangan mereka yang lebih muda yang banyak menggunakan kaki dalam menjalankan rutin harian, seperti atlet atau tentera. Ia boleh berlaku dalam satu kaki atau kedua-dua kaki.

Plantar fasciitis disebabkan oleh daya yang memaksa ligamen yang menyokong lengkungan tapak kaki anda untuk menegang. Ketegangan yang berulang boleh menyebabkan koyakan kecil berlaku di ligamen. Ini boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Ini adalah lebih cenderung untuk berlaku apabila:
Kaki anda terlalu kedalam apabila berjalanAnda mempunyai lengkungan tapak kaki yang tinggi atau kaki rata (flat foot).Anda berjalan, berdiri, atau berlari untuk jangka masa yang lama, terutamanya pada permukaan keras.Anda mempunyai berat badan berlebihan.Anda memakai kasut yang tidak sesuai atau tapaknya haus.Tendon Achilles atau otot betis yang ketat.

Kebanyakan orang dengan plantar fasciitis mempunyai sakit apabila mereka mengambil langkah-langkah pertama mereka selepas mereka bangun dari katil atau duduk untuk masa yang lama. Kesakitan akan berkurangan selepas beberapa langkah. Tetapi kesakitan boleh menjadi lebih teruk apabila menjalankan rutin harian yang lain sepanjang hari. Ia lebih menyakitkan apabila anda mendaki tangga.

Jika anda mempunyai sakit kaki pada waktu malam, anda mungkin mempunyai masalah yang berbeza, seperti artritis, atau masalah saraf seperti tarsal tunnel syndrome.

Juru terapi akan memeriksa kaki anda dan melihat anda berdiri dan berjalan. Dia juga akan bertanya beberapa soalan tentang:
kesihatan masa lalu anda, termasuk apa penyakit atau kecederaan yang anda pernah alami.gejala anda, seperti bahagian mana paling rasa sakit dan bila masanya kaki menjadi tersangat sakit.Tahap aktif anda dan apa jenis aktiviti fizikal yang dilakukan.

Terdapat banyak kemungkinan kecederaan yang boleh berlaku kepada tapak kaki. Juru terapi akan melakukan analisis secara pemerhatian terhadap kecederaan dan jika kecederaan tersebut boleh di rawat secara terus tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh juru terapi dan jika keadaan cedera itu serius, juru terapi akan menyarankan anda untuk berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Doktor mungkin mengambil X-ray kaki anda jika dia mengesyaki masalah dengan tulang kaki anda, seperti keretakan.

Proses pemulihan: Tempoh masa 2 ke 5 bulan.
Fasa 1: Rawatan kecederaan awal (teknik RICE)
Fasa 2: Mendapatkan semula julat gerakan maksimum (ROM)
Fasa 3: Kembalikan semula kawalan pada tapak kaki
Fasa 4: Kembalikan semula kawalan normal otot bahagian betis(gastrocnemius dan soleus)
Fasa 5: Kembalikan semula biomekanik normal kaki
Fasa 6: Meningkatkan keupayaan teknik berlari dan mendarat(melompat).Fasa 7: Kembali ke Sukan atau Kerja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.terapisukan.com/2016/01/plantar-fasciitis-apa-yang-perlu-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
218 Fibonaci

Pentingnya Muhasabah Diri

Persediaan Awal Haji

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Jangan Pandang Belakang 2

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan

Andika Mahesa Feat Dodhy Kangen Band Dimana Perasaanmu Chord

Boss Level A Bmw R100 Caf Racer With Carbon Leaf Spring Suspension

The 5 Best Electric Tea Kettles Of 2024

Hitung Hari Bersalin Shila Amzah Usaha Nak Bersalin Normal Doakan Tau