Pks Tercicir Pakej Diumum Muhyiddin Hanya Lengah Masalah




Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur & Putrajaya (KLPICC) berpendapat bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) hanya “melengahkan” masalah yang dihadapi Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) akibat Covid-19.
“Selain institusi kewangan, semua inisiatif lain disusun sebagai kelewatan atau moratorium atau pembayaran lambat.
“Masalah cuma dilengahkan. Apabila cukup tempoh tangguhan pembayaran dan kelewatan tamat, masalahnya akan tetap masih ada,” kata Setiausaha Agung KLPICC, Dr AT Kumararajah.
Kumarajah juga berkata pihaknya bersedia untuk memberikan maklum balas konkrit yang jelas kepada Putrajaya dan berharap banyak langkah tambahan akan diumumkan dari rancangan mingguan Majis Tindakan Ekonomi (EAC).
“Jika tidak, kami tidak mempunyai pilihan selain merasa, PKS telah tercicir.
“Perdana menteri kata tidak siapa tercicir, tetapi kami (PKS) rasa tercicir,” kepada Malaysiakini.
Menurutnya, pakej ekonomi yang bernilai RM250 bilion itu tidak dilihat sebagai sebarang percubaan yang jelas dan tegas untuk memenuhi keperluan PKS.
“Apa sahaja yang dikatakan hanya dalam sistem kewangan bank – seperti lanjutan SRF (Tabung Bantuan Kemudahan Khas dan dana dijamin).
“Tidak ada pemindahan wang langsung dan subsidi yang mencukupi untuk pengekalan pekerjaan. Tiada langkah untuk mengambil kesempatan dan modal kerja yang rendah bagi PKS,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion yang diumumkan ekoran penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan kehidupan harian rakyat dan ekonomi negara.
Daripada jumlah itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Tambah Kumarajah lagi, suntikan wang lebih rendah daripada yang dijangkakan dan hanya memberi manfaat kepada orang berpendapatan rendah dan menurutnya, ia hanya menyelesaikan satu sisi masalah semasa.
“Sisi permintaan (demand) dijaga – tetapi bagaimana pula dengan bekalan (supply)? Untuk menggunakan metafora ‘Makcik Kiah’ yang kini mempunyai jumlah wang tunai berjumlah RM 4,200 (dan lain-lain RM 4,464 dalam simpanan dari subsidi lain dan pengecualian) – di mana dia akan membeli?” soalnya.
“Sisi pembekalan yang mana industri PKS yang semakin rapuh dan berpecah belah, telah lama bergelut dengan pertumbuhan rendah domestik dan global sebelum isu PKP, dan Covid-19 secara tiba-tiba keluar dari mana-mana merumitkan lagi keadaan. Yang terbaik digegarkan dan selebihnya dikacau,” tambah beliau.
Dalam pakej ekonomi itu yang diumumkan Muhyiddin semalam, kerajaan menyediakan lebih banyak kelonggaran pinjaman kepada PKS selain memberikan penangguhan cukai.
Berikut adalah pengumuman pakej-pakej khas berkaitan PKS yang diumum semalam:
*Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020. Ini adalah tambahan kepada langkah yang diumumkan terdahulu di mana Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan bermula 1 April 2020.
Subsidi upah sebanyak RM600 sebulan untuk tiga bulan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Januari 2020 dengan memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility (SRF) untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%. SRF dilancarkan pada Februari.
Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman. Skim ini dilancarkan pada 2019.
KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan. Langkah ini dijangka memberikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion.
Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.
Diskaun bil elektrik.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/28/pks-tercicir-pakej-diumum-muhyiddin-hanya-lengah-masalah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pks-tercicir-pakej-diumum-muhyiddin-hanya-lengah-masalah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatinrakyat Oleh Pm Ts Muhyiddin Yassin

Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatinrakyat Oleh Pm Ts Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 275 hits
TEKS UCAPANYAB TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSINPERDANA MENTERI MALAYSIAPAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saudara dan saudari raky...
Pakej Ransangan Rm250 Bilion Hanya Rm25 Bilion Ph

Pakej Ransangan Rm250 Bilion Hanya Rm25 Bilion Ph

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 227 hits
KENYATAAN MEDIA Majlis Presiden Pakatan menyambut baik nada berdamai Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin ketika beliau menyampaikan pakej rangsangan ekonomi Beliau mengakui bahawa kerajaan ini bukan kerajaan dipilih rakyat yang negara ...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Diumum Jumaat Ini Pm

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Diumum Jumaat Ini Pm

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 274 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang lebih menyeluruh Kawan kawan saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan pakej ...
Kabinet Muhyiddin Gagal Hanya Pantas Pecat Lantikan Politik

Kabinet Muhyiddin Gagal Hanya Pantas Pecat Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 218 hits
ULASAN Apabila Muhyidin mengumumkan senarai anggota kabinetnya yang begitu ramai pada 9 Mac 2020 jelas dia masih kabur apa yang bakal dihadapinya Kabinet itu pasti diputuskan tanpa membuat unjuran kedudukan kewangan kerajaan akibat wabak Co...
Pm Akan Umum Pakej Rangsangan Pks Jika Diluluskan Kabinet Mof

Pm Akan Umum Pakej Rangsangan Pks Jika Diluluskan Kabinet Mof

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 239 hits
Kementerian Kewangan sedang memperhalusi sebuah pakej rangsangan khas bagi perusahaan kecil dan sederhana untuk membantu kesukaran yang dialami oleh industri tersebut pada masa ini Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata cada...
Dr M Hanya Akan Jumpa Jika Muhyiddin Tak Lindungi Penjahat

Dr M Hanya Akan Jumpa Jika Muhyiddin Tak Lindungi Penjahat

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 208 hits
Malaysiakini Beberapa minggu selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan beliau akan meneliti prestasi kerajaan baru itu sebelum membuat keputusan bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Y...
Memahami Pakej Rangsangan Muhyiddin Berapa Dibelanja Dan Perlukah Kelulusan Parlimen

Memahami Pakej Rangsangan Muhyiddin Berapa Dibelanja Dan Perlukah Kelulusan Parlimen

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 207 hits
Kerajaan persekutuan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi berdepan kemelesetan ekonomi disebabkan wabak Covid 19 Wabak tersebut menyebabkan perintah kawalan pergerakan yang mengehadkan pergerakan rakyat di rumah dan menyebabkan aktivit...
Takkanlah Hanya Pakej Rm130 Juta Untuk 14 Negeri Bagi Tangani Kesan Ekonomi Adly

Takkanlah Hanya Pakej Rm130 Juta Untuk 14 Negeri Bagi Tangani Kesan Ekonomi Adly

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 235 hits
Adly Zahari bekas Ketua Menteri Melaka melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman RM 130 juta kepada 14 negeri bagi menangani kesan ekonomi kerana Covid 19 Menurut beliau ketika zaman PH mentadbir dahulu bagi negeri Melaka sahaja kerajaan P...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik

Holiday Schedule 2024