Pakej Ransangan Rm250 Bilion Hanya Rm25 Bilion Ph



KENYATAAN MEDIA: Majlis Presiden Pakatan menyambut baik nada berdamai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin ketika beliau menyampaikan pakej rangsangan ekonomi. Beliau mengakui bahawa “kerajaan ini bukan kerajaan dipilih rakyat”, yang “negara ini sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan”, dan “situasi dihadapi sekarang tidak pernahberlaku dalam sejarah”.
Oleh itu, kami ingin mengulangi mesej Majlis Presiden Pakatan Harapan pagi ini bahawa Kerajaan harus menggunakan pendekatan yang lebih tulen dan ikhlas untuk mengendalikan krisis ini dan mengenepikan persaingan politik pada ketika ini. Pakatan Harapan bersedia untuk memberi kerjasama jika Kerajaan memulakan langkah dwipartisan yang tulus dan ikhlas.
Kita diberitahu bahawa pakej rangsangan yang diumumkan adalah bernilai RM250 bilion. Namun, selepas pemerhatian yang teliti, rangsangan fiskal terus sebenar oleh Kerajaan hanyalah RM25 bilion, yang akan dibiayai melalui pertambahan pinjaman Kerajaan.
Rangsangan ini sebahagian besarnya dapat dilaksanakan hasil daripada reformasi dalam perolehan dan kewangan kerajaan dalam tempoh 2 tahun yang lalu. Contohnya, penjimatan daripada projek mega-projek LRT3, MRT2 dan ECRL berjumlah RM45 bilion. Konsesi PLUS yang baru disusun semula bukan sahaja memberikan diskaun 18% segera kepada kadar tol kepada penumpang, ia juga segera melepaskan Kerajaan daripada terus membayar pampasan kepada pengendali lebuh raya. Dana yang sebelum ini diperuntukkan untuk pampasan sedemikian di dalam Bajet 2020 kini boleh diperuntukkan semula untuk pakej rangsangan ini.
Kami mengalu-alukan pembayaran bantuan tunai ‘one-off’ RM1,600 untuk isi rumah dengan pendapatan bulanan bawah RM4,000, RM1,000 untuk isi rumah dengan pendapatan bulanan melebihi RM4,000, serta bantuan tunai kepada individu yang belum berkahwin dan mahasiswa.
Pakatan Harapan telah mencadangkan pembayaran bantuan tunai RM1,000 pada bulan Mac dan pembayaran RM1,000 pada bulan April.
Pakej yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin adalah baik untuk “Makcik Kiah”, watak yang digunakannya mewakili rakyat Malaysia biasa, selama dua bulan. Dari segi itu, ia adalahdialu-alukan.
Pakej ini dilihat dapat bertahan dalam tempoh dua bulan, Namun begitu, ia tidak memberi banyak impak melangkaui tempoh dua bulan bagi “Makcik Kiah” dan seluruh pekerja dan peniaga di Malaysia.
Lebih banyak yang perlu dilakukan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menanggung kesan ekonomi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Oleh itu, subsidi gaji RM600 bagi setiap pekerja tidak mencukupi untuk mengurangkan kesan krisis ini. Kami ingin mencadangkan supaya subsidi gaji dinaikkan kepada RM1,200 bagi setiap pekerja.
Selain daripada suntikan fiskal sebanyak RM25 bilion, perkara lain yang terdapat dalam pakej rangsangan adalah:
Moratorium pinjaman bagi individu (ditanggung oleh bank) – RM63 bilion Penangguhan pinjaman untuk perniagaan (ditanggung oleh bank) – RM35 bilion Pengeluaran KWSP (simpanan dari rakyat) – RM40 bilion Pengeluaran Skim Persaraan Swasta (sehingga RM1500) – RM3 bilion Penangguhan pinjaman PTPTN – RM750 juta Penangguhan pinjaman PTPK – RM149 juta Diskaun untuk elektrik – RM530 juta Internet percuma (disediakan oleh Telcom) – RM600 juta Dana jamin – RM50 bilion Dana Jaminan Makanan – RM1 bilion Dana Khas Jaminan untuk Nelayan – RM64.6 juta Kemudahan pinjaman Bantuan Khas untuk PKS – RM5 bilion Kemudahan Peruntukan tambahan untuk pinjaman kredit mikro – RM500 juta Kemudahan pinjaman oleh Syarikat Jaminan Kewangan Syarikat – RM5 bil Walaupun ini hanya pengiraan kasar, kerana terdapat beberapa butiran tidak jelas daripada ucapan PM. Hal ini bermakna sekitar RM205 bilion daripada RM250 bilion yang diumumkan sebenarnya merupakan penangguhan atau jaminan pinjaman.
Terdapat anggapan dalam pandangan Perdana Menteri bahawa peniaga masih berminat untuk meminjam. Tetapi, ia hanya akan berlaku jika negara kembali berurusan seperti biasa setelah PKP ditamatkan pada satu ketika dan perniagaan masih beroperasi seiring dengan permintaan ekonomi untuk barangan dan perkhidmatan.
Dapat dilihat juga bahawa Kerajaan bercadang untuk membiayai suntikan fiskal yang agak kecil melalui pemotongan perbelanjaan kementerian lain yang akan mencetuskan kitaran penjimatan yang tidak perlu untuk ekonomi sekarang ini.
Kerajaan, menurut Perdana Menteri, tidak berniat untuk terus membuat pinjaman bagi membiayai suntikan fiskal, “demi kepentingan jangka panjang,” mungkin untuk “waktu-waktu getir”. Sebenarnya kita sudah berada di situasi getir dan krisis ini merupakan satu malapetaka terburuk di dalam sejarah negara.
Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan suntikan fiskal yang lebih besar dalam beberapa minggu akan datang. Jika tidak ekonomi negara mungkin akan menjurus kepada keadaan lebih buruk dengan lebih banyak kehilangan pekerjaan.
Kami juga akan menggesa Kerajaan melancarkan penyelarasan seakan “waktu perang”untuk proses perolehan, pengeluaran dan pembekalan bagi:
1. Makanan, sayur-sayuran dan pengeluaran pertanian
2. Sarung tangan perubatan untuk pasaran tempatan dan dunia
3. Lima bekalan perubatan yang perlu diutamakan waktu ini
a. topeng muka
b. kit pengujian
c. sanitizer
d. peralatan Perlindungan Peribadi (PPE)
e. alat bantuan pernafasan
4. Platform atas talian/ e-dagang
5. Logistik
Oleh sebab pakej rangsangan ini berkesan untuk dua bulan, Pakatan Harapan menyeru kerajaan, atas semangat dwipartisan sejati untuk meneruskan persidangan Parlimen pada18 Mei 2020, atau membawanya ke hadapan, sebaik sahaja PKP berakhir.
Hal ini adalah dapat membolehkan kerajaan dan pembangkang membentuk pelan tindakan secara dwipartisan supaya negara bergerak ke hadapan, termasuk merangka Belanjawan baharu dengan mengambil kira semua senario dan faktor yang terlibat.
Ia merupakan satu kelaziman dalam negara-negara demokratik untuk membahaskan pakej rangsangan ekonomi kerajaan di parlimen untuk memastikan pelaksanaan dijalankan dengan baik, serta terdapat pemantauan.
Krisis ini memerlukan pendekatan ekonomi yang “melakukan apa sahaja yangdiperlukan”.Demi kepentingan negara dan rakyat, kerajaan perlu mengambil pendekatan dwipartisan untuk melakukan semaksima mungkin supaya kita dapat mengelakkan negara terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi yang belum pernah kita hadapi sebelum ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat
Mohamad Sabu Presiden,
Parti Amanah Negara
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung,
Parti Tindakan Demokratik (DAP)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26876

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Announces Rm250 Billion Economic Rescue Plan Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion

Pm Announces Rm250 Billion Economic Rescue Plan Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 238 hits
Pm Announces Rm250 Billion Economic Rescue Plan Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion
Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion Jelas Terbukti Mahathir Dan Guan Eng Berbohong Mengenai Kedudukan Kewangan Negara

Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion Jelas Terbukti Mahathir Dan Guan Eng Berbohong Mengenai Kedudukan Kewangan Negara

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 228 hits
Terbukti akhirnya sebenarnya cerita negara ada masalah kewangan sememangnya penipuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng Negara diserahkan oleh Dato Sri Najib Tun Razak pada Pakatan Harapan dalam keadaan baik Pengumuman pakej rangsanga...
Kerajaan Belanja Rm25 Bilion Saja Bukan Rm250 Bilion

Kerajaan Belanja Rm25 Bilion Saja Bukan Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 359 hits
MALAYSIA DATELINE Majlis Presiden Pakatan menyambut baik nada berdamai Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin ketika beliau menyampaikan pakej rangsangan ekonomi Beliau mengakui bahawa kerajaan ini bukan kerajaan dipilih rakyat yang negar...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 380 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion yang baharu sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion Pakej ini melibatkan semua ...
Pakej Rangsangan Rm250 Bilion Apa Maksudnya

Pakej Rangsangan Rm250 Bilion Apa Maksudnya

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 245 hits
PANDUAN KINI Kerajaan persekutuan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi berdepan kemelesetan ekonomi disebabkan wabak Covid 19 Wabak tersebut menyebabkan perintah kawalan pergerakan yang mengehadkan pergerakan rakyat di rumah dan menyeb...
Pm Umum Pakej Prihatin Rakyat Bernilai Rm250 Bilion

Pm Umum Pakej Prihatin Rakyat Bernilai Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 248 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan suntikan sebanyak RM250 billion dengan matlamat melindungi rakyat menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid 19 Jumlah itu termasuk suntikan fiskal seba...
Bantuan Prihatin Nasional Bpn 2020 Rm250 Bilion Untuk Anda

Bantuan Prihatin Nasional Bpn 2020 Rm250 Bilion Untuk Anda

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 529 hits
SOURCE appeared first on Bantuan Prihatin Nasional BPN 2020 Berjumlah RM250 Bilion Untuk Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 utnuk bujang B40 M40 dan pelajar pengajian tinggi Perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yaasin baru sahaja umumkan P...
Pakej Ransangan Ekonomi Untuk Bujang Student Ipt

Pakej Ransangan Ekonomi Untuk Bujang Student Ipt

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman hari ini mengenai Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat Muhyiddin berkata menerusi pakej itu semua...
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 262 hits
Pada 27 Mac lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT bertujuan untuk LINDUNGI RAKYAT SOKONGAN PERNIAGAAN dan KUKUHKAN EKONOMI Berikut adalah infografik senarai pengumuman pakej bantuan sempena COVID...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ditegur Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Ai Nora Ariffin Terima Dengan Hati Terbuka Saya Akan Lebih Berhati Hati

Dah Tumpang Bermalam Pandai Pandai Je Kemas Rumah Orang

Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source