Pkr Selangor Beralih Arah Bukan Lagi Kepada Azmin


POLITIK sering kali dikaitkan dengan isu. Tanpa isu, orang politik tidak mampu pergi jauh dan sesuatu isu juga mampu membunuh karier bukan sahaja orang politik, bahkan sesiapa sahaja jika ia gagal dijelaskan secara menyakinkan, terutamanya kepada rakyat.
Apatah lagi jika ia melibat persoalan moral. Moral yang dikaitkan pula bukannya kesalahan melanggar lampu isyarat jalan, tetapi seks luar tabii. Satu perlakuan seks songsang yang bukan sahaja ditolak masyarakat bahkan dilaknat agama dengan sehina-hinanya.
Videonya ada dan pasangannya juga mengaku tetapi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya, disusuli laporan polis serta qazaf melalui Setiausaha Politiknya. Itu sememangnya langkah yang mesti diambil jika beliau merasakan diri difitnah.
Pun begitu banyak pihak melihat ia tidak mencukupi. Pada mereka yang sedang memerhati, terbit persoalan mengapa Azmin tidak saman sahaja pihak yang memfitnahnya kerana dakwaan seks songsang ini terlalu berat, tambahan pula beliau dicabar untuk menyaman.
Terbaharu Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mahu Azmin menggunakan mahkamah sebagai medan membersihkan diri jika benar beliau tidak terbabit dalam video seks berkenaan. Kata Abdullah Sani biar rakyat menilai siapa bercakap benar dan siapa pula berbohong.
Malang bagi Azmin, ketika beliau dipalitkan dengan isu sebegini besar, partinya PKR dilihat bermain tarik tali. Berbeza sama sekali dengan pendirian PKR ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpalit isu serupa, baik ketika kes liwat mahupun ‘China doll’.
Kini, sudah hampir sebulan sejak penyebaran video aksi songsang berkenaan dan hari-hari yang berlalu menyaksikan suara penyokong Azmin semakin tidak kedengaran. Bukan sahaja di PKR pusat tetapi di Selangor sendiri yang sebelum ini dianggap kubu kuatnya.
Beberapa pemimpin PKR Selangor yang sebelum ini tegar mendokong Azmin tetapi sekarang mengelak daripada tampil memberi ulasan kepada media dan kalau pun bercakap, nadanya jauh berbeza.
Maka sebab itu, apabila seorang pemimpin kanan PKR menyebut kepada penulis minggu lalu bahawa Azmin hanya tinggal Zuraida Kamaruddin, Muhammad Hilman Idham, serta beberapa kerat Wanita dan AMK dalam PKR Selangor yang masih menyokongnya, ia terlihat ada asasnya.
“Saya terperanjat tengok video berkenaan, saya kasihan dengan Azmin tetapi sebagai orang politik, saya rasa hayat politik Azmin ‘is finish’,” kata pemimpin kanan PKR tersebut.
Sekarang, semuanya terpulang kepada Azmin, arah mana yang hendak beliau pilih kerana sebagai ahli politik berpengalaman tentu sahaja dia tahu pergantungan kepada Perdana Menteri semata-mata, tidak mampu menyelamatkan hayat politiknya di mata ahli PKR serta rakyat keseluruhannya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/01/pkr-selangor-beralih-arah-bukan-lagi-kepada-azmin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Leader Decries Plot To Frame Anwar For Plot Against Azmin

Pkr Leader Decries Plot To Frame Anwar For Plot Against Azmin

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 344 hits
Since the sex videos implicating Azmin Ali surfaced there have been attempts to portray PKR president Anwar Ibrahim as the mastermind according to Penang PKR vice chair Jason Ong The whole plot was simply to make Anwar look bad in the eyes ...
Kenapa Majlis Tertinggi Pkr Tidak Bersidang Bersemuka Dengan Azmin Dan Membuat Ketetapan

Kenapa Majlis Tertinggi Pkr Tidak Bersidang Bersemuka Dengan Azmin Dan Membuat Ketetapan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 278 hits
Persidangan untuk mendapatkan penjelasan termasuk boleh hentak meja baling kerusi atau naik atas meja bagi menegakan kebenaran Begitu juga samada Azmin perlu berehat dari kabinet serta parti Dan samada Haziq perlu digantung Mesti dapat kepu...
Azmin Bertemu Pegawai Setiausaha Kerja Pkr Negeri

Azmin Bertemu Pegawai Setiausaha Kerja Pkr Negeri

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 260 hits
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Isnin mengadakan pertemuan tertutup dengan kira kira 40 pegawai parti dari ibu pejabat PKR dan Setiausaha Kerja parti negeri dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lum...
Popcorntambah Anwar Kata Dia Kepimpinan Pkr Tak Perlu Masuk Campur Urusan Azmin Haziq Pula

Popcorntambah Anwar Kata Dia Kepimpinan Pkr Tak Perlu Masuk Campur Urusan Azmin Haziq Pula

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 1481 hits
Anwar berkata bahawa dirinya enggan untuk masuk campurtangan dalam isu skandal video akhir zaman yang mana pelakunya dikatakan mirip individu bernama Azmin Ali dan Haziq Aziz Itu adalah keputusan Mohamed Azmin dan peguamnya Saya fikir tidak...
Pkr Youth Statement Backing Azmin Not Wing S Official Stand

Pkr Youth Statement Backing Azmin Not Wing S Official Stand

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 254 hits
KLANG PKR Youth secretary Ahmad Syukri Che Ab Razab says the statement by its vice chief Mohd Nazree Mohd Yunos that the wing supports Datuk Seri Azmin Ali does not reflect its official stand on the matter PKR Youth denies the statements we...
Tian Chua Ahli Pkr Perlu Sokong Azmin Macam Sokong Anwar

Tian Chua Ahli Pkr Perlu Sokong Azmin Macam Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 259 hits
Ahli PKR perlu menolak politik fitnah dan jijik kata Tian Chua Foto oleh Hari AnggaraBUTTERWORTH 25 Jun Naib Presiden PKR Tian Chua menggesa anggota parti itu untuk menolak politik kotor yang sedang melanda negara dan bersatu menyokong penu...
Lega Kem Azmin Ali Apabila Haziq Aziz Dipecat Dari Pkr Tapi

Lega Kem Azmin Ali Apabila Haziq Aziz Dipecat Dari Pkr Tapi

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 2411 hits
Selepas diberi tekanan berulang kali daripada kem Azmin Ali akhirnya Lembaga Displin PKR mengambil ketetapan untuk memecat Haziq Aziz daripada parti tersebut Mengapa kita boleh katakan bahawa Lembaga Displin tunduk kepada tekanan adalah tin...
Yang Kena Tuduh Azmin Yang Mengaku Haziq Pkr Parti Intim Lgbt

Yang Kena Tuduh Azmin Yang Mengaku Haziq Pkr Parti Intim Lgbt

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 450 hits
Siasatan polis masih berjalan Pelik tak Azmin diminta bercuti dari jawatan kabinet Apa kaitan Haziq digantung jawatan kontrak kerajaan Betullah tu PKR tidak ambil tindakan ke atas Haziq alasan tunggu siasatan polis Kenapa parti tidak boleh ...
Azmin Ali Pula Naik Hantu Desak Haziq Aziz Dibuang Keahlian Pkr

Azmin Ali Pula Naik Hantu Desak Haziq Aziz Dibuang Keahlian Pkr

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1010 hits
Fuhhhhhh tiba tiba angin berubah mendadak Hebatnya seseorang pemimpin pelakon video akhir zaman itu adalah dia buat selamba jer kesalahannya dan pusing ikut cerita lain Paling latest Azmin Ali pula desak parti untuk memecat keahlian Haziq A...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Fuel Prices Remain Unchanged

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Modul Karangan Spm Pasca Pkp

Soalan Percubaan Spm 2020 Percubaan Bahasa Melayu Spm 2020

Nasi Tomato Salam

Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang Bertema Seni Citarasa Ramadan Hidangan 1001 Rasa

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

Video Tular Bukan Lebuh Raya Baru China Ke Pakistan