Pkr Ph Dan Malaysia Siri 2




Ini fakta yang perlu kita telan. Kezaliman terhadap banyak pihak termasuk kepada Tian Chua, Ezam, Hishamuddin Rais, Raja Petra, Saari Sungib dan ramai lagi dulu mendapat sambutan kerana mereka berani tampil membela ketidakadilan terhadap Anwar. Bukan kerana sosok mereka memang sangat berpengaruh sehingga boleh mencetuskan arus reformasi yang terus dirasakan sampai hari ini. Masing-masing mungkin ada pengikut mereka. Tapi jumlah pengikut ini rata-rata muncul dan membesar selepas peristiwa 1998 bukan kerana mereka memang tokoh hebat yang punya ribuan pengikut tersedia.

Isu orang lama orang baru rentetan apa yang berlaku di Kongres seperti perkelahian antara budak sekolah yang lebih senior dan lebih junior. Nampak lekeh. Macamlah tidak ada orang lama yang berkhianat. Macamlah tidak ada orang baru yang berani. Macamlah orang lama betul semua. Macamlah orang baru tak tahu apa dan tak ada sumbangan. Macamlah orang lama tak ada sumbangan besar. Macamlah orang baru lebih tahu segalanya. Macamlah orang lama sudah tidak diperlukan. Macamlah orang baru segala-galanya.

Dakwaan siapa lebih bagus yang lama atau yang baru ini sebenarnya memalukan. Orang lama harus sedar mereka tidak menang di zaman awal tetapi mendapat sokongan generasi baru untuk berada dalam prestasi sekarang. Orang baru juga harus sedar  kita berada di sini hasil perjuangan yang dicetuskan dan dimulakan oleh orang lama. Ada beza antara pencetus dan pemula. Jika Anwar tak bangkit melawan membela maruahnya, tak ada pemula yang boleh menggarap seluruh kekuatan pelbagai kaum sehebat beliau. Yang sembang hebat memang ramai boleh buat.

Inilah kekuatan PKR. PKR adalah parti paling beraneka. Segala macam latar belakang demografik ada dalam parti ini. Tapi nampaknya naratif Malaysia Baru yang mahu membela rakyat dengan formula baru - bukan berasaskan kaum - tenggelam. Kongres tempoh hari gagal mengangkat persoalan ini lebih daripada pertembungan antara dua pemimpin tertingginya.

Azmin yang dulunya dikecam kerana berleluasa dalam parti dan dilindungi Anwar kini menjadi seteru utama Anwar. Kedua-dua mereka mungkin tidak mahu mengaku tetapi sekurang-kurangnya tanggapan itu ada dalam kalangan orang-orang lama dan baru yang cakna dengan perkembangan parti. Tian Chua dan Sivarasa yang kini menjadi orang kuat Azmin lebih tahu tentang leluasanya Azmin dalam parti kerana kekuatan kewangan dan penggunaan maksimum tanggapan bahawa beliau orang kepercayaan Anwar.

Sivarasa konon membangkitkan masalah bermula sejak sebelum PRU14 dalam soal pemilihan calon pilihan raya dan nama-nama yang diangkat ke Kabinet. Ini membayangkan fokus beliau adalah kepada kuasa. Beliau patut akui bahawa masalah PKR hari ini sebenarnya bermula sejak 2008. Ini kerana parti telah mengangkat Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor. Siapa yang tidak berpuas hati ketika itu? Azmin Ali.

Tian Chua dan Sivarasa pasti ingat antara hujah-hujah menghentam Khalid Ibrahim ialah kerana beliau culas datang ke mesyuarat parti. Tian dan Sivarasa pasti ingat bagaimana MPP yang dikuasai oleh Azmin cuba memaksa Khalid Ibrahim letak jawatan dan mengusul penggulingan Presiden kerana tidak mengangkat Azmin sebagai MB.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/pkrph-dan-malaysia-siri-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Ph Dan Malaysia Siri 3

Pkr Ph Dan Malaysia Siri 3

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 493 hits
Umum mungkin mengatakan Khalid Ibrahim dijatuhkan melalui Langkah Kajang Tapi Langkah Kajang hanya dibuat selepas PRU13 Tian Chua dan Sivarasa pasti tahu siapa pemimpin dan kumpulan yang bersungguh memaksa parti menukar MB sejak 2008 Tian C...
Pkr Ph Dan Malaysia Siri 1

Pkr Ph Dan Malaysia Siri 1

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 340 hits
Rumah siap pahat masih berbunyi Pepatah ini sesuai menggambarkan Kongres PKR minggu lalu Nampaknya masalah parti itu yang nampak macam menuju penyelesaian 24 jam sebelum bermula Kongres itu menjadi semakin besar Ini tidak sihat untuk Malays...
Pkr Ph Dan Malaysia Siri 4

Pkr Ph Dan Malaysia Siri 4

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 267 hits
Keputusan Azmin untuk menolak pembentukan Pakatan Harapan hanyalah semata mata kerana bimbang beliau akan dijatuhkan sebagai MB Azmin tidak pernah pedulikan setiakawan Yang penting ialah dirinya sendiri Setiakawan hanyalah slogan untuk meng...
Pkr Infighting Spells Doom For Malaysia Says Umno Number 2

Pkr Infighting Spells Doom For Malaysia Says Umno Number 2

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 329 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan has voiced concern that PKR leaders continue to quarrel over the prime minister s post as seen at the Pakatan Harapan party s recent congress Mohamad said it was unfortunate that there had been no discuss...
While New Malaysia Burns Pkr Squabbles

While New Malaysia Burns Pkr Squabbles

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 383 hits
Ah lips that say one thing while the heart thinks another Alexandre Dumas The Count of Monte Cristo Well the peace treaty between Anwar Ibrahim and Azmin Ali did not last long When I wrote that Anwar should expel Azmin a few politicians fro...
Sejarah Pkr Malaysia

Sejarah Pkr Malaysia

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 444 hits
SEJARAH PKR MALAYSIA Tim Presiden menolak PRESIDENnya sendiri menjadi PERDANA MENTERI KE8 yg punya MAJORITI Kerusi PARLIMEN terbanyakYang Mana Peralihan kuasa ini memang telah TERMAKTUB didalam konsensus yg telah dipersetujui diantara gabun...
Ikuti Senarai Penuh Carian Tertinggi Di Google Malaysia Sempena Yearinsearch2019

Ikuti Senarai Penuh Carian Tertinggi Di Google Malaysia Sempena Yearinsearch2019

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 425 hits
Pihak Google Malaysia baru sahaja mengeluarkan data dimana memaparkan carian tertinggi yang dibuat oleh pengguna di Malaysia bagi tahun 2019 dengan menggunakan enjin pencarian Google sepanjan tahun Jika sebelum ini korang boleh tengok senar...
Lenovo Perkenal Wakil Malaysia Dalam Pertandingan Pubg

Lenovo Perkenal Wakil Malaysia Dalam Pertandingan Pubg

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 404 hits
Malaysia bakal meletakkan harapan kepada pasukan Gaventure menentang 50 pasukan lain dalam game PUBG anjuran Lenovo di pertandingan akhir di Pantip Mall di Bangkok dari 13 15 Disember 2019 Sepanjang Oktober Lenovo mengadakan pusingan kelaya...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall