Pkr Perlu Naratif Dan Formula Baharu



SEMUA pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bermuhasabah dan memperbaiki segala kelemahan mereka susulan kekalahan demi kekalahan bermula dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hingga ke terbaharu PRN Johor, Sabtu lalu.
Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan PKR kembali ke landasan betul bagi menawan kembali hati pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), seperti mana yang dilakukan pada PRU14.
Malah, Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST) itu berpandangan, PKR selaku rakan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang kalah paling teruk berbanding DAP dan Amanah, perlu mencari naratif dan formula baharu untuk mengulangi kejayaan mereka ke Putrajaya empat tahun lalu.
Chandra yang menjadi antara tulang belakang dan antara pengasas penubuhan parti Keadilan (kini PKR) pada tahun 1999 berkata, selepas lebih 20 tahun ditubuhkan sudah tiba masanya untuk PKR melakukan kajian terperinci mengenai hala tuju dan matlamat perjuangan mereka sekarang.
“Kekalahan teruk dalam keempat-empat PRN amat menyedihkan kerana suatu ketika PKR adalah sebuah parti pembangkang yang utama, kuat dan digeruni oleh lawan termasuk BN/ UMNO.
“Bagaimanapun, sekarang keadaannya amat menyedihkan kerana pada PRN Johor, PKR hanya mampu menang satu kerusi sahaja. Justeru, saya melihat PKR perlu melakukan postmortem secara mendalam, jujur dan rasional kenapa majoriti rakyat Malaysia menolak calon PKR,” katanya.
Untuk rekod, pada PRN Johor Sabtu lalu,BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala PH 11 kerusi, PN tiga kerusi, PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pula masing-masing satu kerusi.
Chandra yang pernah menjadi Timbalan Presiden pertama Parti Keadilan berkata, tindakan itu perlu kerana misi besar seterusnya ialah PRU15 yang mungkin diadakan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
SEJARAH KEJAYAAN
Chandra mengakui sedih melihat nasib yang kini menimpa PKR kerana dulu ia adalah parti politik pertama dalam sejarah Malaysia berjaya memenangi banyak kerusi di kawasan campuran dan bukan majoriti Melayu.
Sebelum ini, Chandra berkata, kebanyakan parti politik sebagai contoh UMNO hanya menang di kawasan majoriti Melayu, MIC di kawasan majoriti kaum India, manakala, DAP dan MCA menguasai kerusi majoriti orang Cina.
“Bagaimanapun, apa yang uniknya sejak beberapa PRU lalu, PKR menjadi parti pertama yang boleh menang sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu di kawasan tertentu walaupun bukannya secara menyeluruh.
“Itulah satu kejayaan besar PKR sebagai sebuah organisasi politik, sebelum bergabung dengan parti lain untuk membentuk Pakatan Rakyat (PR) dan kemudian PH,” katanya lagi.
Chandra melihat antara punca utama parti berkenaan kini seperti ‘harimau patah taring’ kerana sikap Anwar sendiri yang suka membuat sandiwara politik dan ‘obsesi’ mahu mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
“Apabila Anwar memulakan permainan politik dengan mengatakan beliau mempunyai sokongan ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, saya katakan buktikanlah.
“Anwar juga pernah mendakwa beliau sudah menghantar senarai ahli Parlimen yang menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi ia hanya sekadar dakwaan dan tidak berjaya direalisasikan sampai sekarang. Saat itu, rakyat mula hilang kepercayaan dan muak dengan PKR.
“Ini adalah permainan politik Anwar dari dahulu kerana pada tahun 2008 pun dia pernah menyatakan sudah mempunyai sokongan ahli Parlimen mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan baharu, namun kita tahu ia hanyalah cakap-cakap kosong sahaja,” ujar beliau.
KONSEP PERJUANGAN
Chandra nenambah, faktor kedua kemerosotan sokongan rakyat kepada PKR adalah kerana ramai pemimpin utamanya termasuk beliau sendiri serta bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden, Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan parti itu.
“Saya antara pemimpin terawal mengambil keputusan meninggalkan Keadilan (kini PKR) dan selepas itu semakin ramai keluar parti sekali gus menyebabkan sokongan rakyat semakin merosot,” katanya.
Bagaimanapun, Chandra percaya, PKR mampu bangkit semula jika benar-benar menggunakan kelebihan mereka sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang mampu membela nasib dan kebajikan masyarakat berbilang bangsa.
“Konsep berbilang kaum PKR tidak sama dengan DAP. Walaupun DAP mengatakan mereka adalah parti berbilang kaum namun hakikat sebenar adalah berbeza. Ini kerana konsep berbilang kaum DAP tidak akan diterima oleh semua kaum lain terutama orang Melayu yang merupakan kaum majoriti.
“Bagaimanapun, konsep semua kaum yang diperjuangkan PKR adalah berbeza dengan DAP sebab itulah, ia boleh diterima oleh rakyat.
“Namun, apa yang merosakkan imej PKR adalah soal perebutan kuasa dan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan sebagainya,” jelas beliau.
Ditanya sama ada wajar atau tidak PKR menampilkan wajah baharu yang lebih segar menggantikan Anwar, Chandra berkata, itu adalah keputusan yang hanya boleh diputuskan oleh ahli PKR.
“Saya fikir itu bukan hak kita untuk menentukan siapa patut memimpin PKR selepas ini kerana ia adalah hak ahli dan pemimpin parti berkenaan untuk membuat pilihan sendiri secara bijak.
“Tapi mereka juga harus jujur dan berterus-terang mengenai punca sebenar kenapa PKR kini hilang sokongan dan kepercayaan,” katanya ~ SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/pkr-perlu-naratif-dan-formula-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Hadapi Persepsi Buruk Harus Bina Naratif Baharu Chang Lih Kang

Ph Hadapi Persepsi Buruk Harus Bina Naratif Baharu Chang Lih Kang

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 101 hits
Kekalahan demi kekalahan sejak Pilihan Raya Negeri Melaka seharusnya menyedarkan Pakatan Harapan dan KEADILAN bahawa persepsi yang dicipta oleh BN dan Pas terhadap gabungan itu telah melekat dalam di hati rakyat Bagi Naib Presiden KEADILAN ...
Pn Layak Ketuai Gabungan Baharu Untuk Tumbangkan Bn Jadi Kuasa Ketiga

Pn Layak Ketuai Gabungan Baharu Untuk Tumbangkan Bn Jadi Kuasa Ketiga

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 159 hits
Melalui sistem pilihan raya first past the post yang diguna pakai di negara ini kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor semalam tidak boleh dipertikaikan lagi Pun begitu adalah penting untuk mencerna mesej mesej tersirat ...
Zahid Beri Bayangan Calon Pru 15 70 Adalah Muka Baharu

Zahid Beri Bayangan Calon Pru 15 70 Adalah Muka Baharu

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 70 peratus muka baharu calon UMNO dan Barisan Nasional bakal dinamakan sempena Pilihan Raya Umum tidak lama lagi Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga sayap Pemuda Wanita serta Puteri UMNO tidak perlu ...
Protokol Baharu Percepat Proses Elak Sesak Di Klia Klia2 Kata Kj

Protokol Baharu Percepat Proses Elak Sesak Di Klia Klia2 Kata Kj

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 146 hits
Khairy Jamaluddin berkata selepas 1 April ini pengembara Malaysia atau pengembara negara lain yang ingin masuk ke Malaysia perlu melakukan ujian RTK Antigen profesional dengan tanggungan sendiri PETALING JAYA Kerajaan menetapkan beberapa pr...
Umno Tampil 70 Muka Baharu Pada Pru15 Kata Zahid

Umno Tampil 70 Muka Baharu Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 157 hits
Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan calon muka baharu bagi menarik sokongan rakyat terhadap Umno seperti dilakukan dalam PRN Johor dan Melaka KUALA LUMPUR Umno akan mengemukakan 70 muka baharu dan calon berumur 50 tahun ke bawah pada pilih...
Tahniah Ketua Pengarah Jakim Yang Baharu Kenyataan Media Ppim 18 03 2022

Tahniah Ketua Pengarah Jakim Yang Baharu Kenyataan Media Ppim 18 03 2022

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 247 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengalu alukan pelantikan Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang baharu Kami mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Datuk Hajah Hakimah di atas pelan...
As Temui Wabak Virus Maut Baharu

As Temui Wabak Virus Maut Baharu

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 205 hits
SEEKOR sengkenit di AS didapati mengandungi virus yang boleh membawa kematian manusia Getty iStockphoto ATLANTA Georgia Gigitan sengkenit atau kutu babi di negeri Georgia Amerika Syarikat dilaporkan berisiko membawa kepada kematian selepas ...
Saya Jumpa Ramai Orang Baharu Jisoo Blackpink Kongsi Pengalaman Jadi Pelakon

Saya Jumpa Ramai Orang Baharu Jisoo Blackpink Kongsi Pengalaman Jadi Pelakon

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 161 hits
Ji soo BLACKPINK telah menjadi bintang muka hadapan bagi majalah Vogue edisi April Selepas sesi penggambaran yang panjang dan memenatkan Ji soo terlibat dengan sesi temu bual dalam keadaanya yang kekal ceria Sepanjang kariernya Ji soo telah...
O Riuh Siri Minuman Baharu Dari Coolblog Dengan Tiga Perisa

O Riuh Siri Minuman Baharu Dari Coolblog Dengan Tiga Perisa

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 123 hits
Siapa peminat air Coolblog dekat sini Genglah dengan admin Dahlah murah banyak pilihan pula tu Admin selalu beli perisa yang blue coral tu kadang kadang minta campur dengan perisa lain hihi Kalini admin cuba pula siri O Riuh pula sebab ada ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly