Pn Layak Ketuai Gabungan Baharu Untuk Tumbangkan Bn Jadi Kuasa Ketiga


Melalui sistem pilihan raya “first past the post” (parti pertama meraih majoriti mudah) yang diguna pakai di negara ini, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Pun begitu, adalah penting untuk mencerna mesej-mesej tersirat yang disampaikan oleh pengundi Johor daripada perspektif sistem undi popular.

Statistik menunjukkan daripada 1,426,573 pengundi yang mengambil bahagian pada PRN itu, terdapat 826,820 pengundi (56.89%) menolak BN dan hanya 599,753 pengundi (43.11%) menyokong BN.

Jika undi parti penentang BN digabungkan di peringkat DUN pula, BN sebenarnya hanya menang di 21 dari 56 kerusi sahaja sekaligus tidak mampu membentuk kerajaan negeri.

Walaupun statitisik ini tidak diguna pakai oleh sistem “first past the post”, ia memberi isyarat jelas bahawa BN sebenarnya boleh ditumbangkan.

Dengan syarat, satu kerjasama baru parti penentang BN diwujudkan dengan segera kerana UMNO dan BN nampaknya semakin gelojoh untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Keghairahan UMNO dan BN itu tidak pelik kerana mereka sangat yakin boleh memenangi PRU15 selagi parti lawannya gagal membuang ego masing-masing untuk membentuk kerjasama.

Sedangkan, keputusan PRU14 telah membuktikan penguasaan BN boleh diranapkan dalam sekelip mata apabila parti lawannya bersatu.

Persoalannya, parti mana yang sepatutnya mengetuai kerjasama baru itu? Adakah Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR)?

Jawapan jujur kepada persoalan itu boleh diperolehi daripada statistik undi popular PRN Johor yang menunjukkan PN menjadi penyumbang terbanyak iaitu 24% (334,457 undi) diikuti PH sebanyak 20.5% (284,969 undi) dan PKR pula sekadar 5.9% (82,556 undi).

Data-data ini pastinya boleh menjadi asas kepada rundingan untuk membentuk kerjasama yang diketuai oleh PN menjelang PRU15.

Namun, untuk merealisasikannya, DAP dan Amanah perlu meneruskan formula di Johor iaitu bersama-sama dalam PH tanpa penglibatan PKR.

PKR pula perlu berlapang dada menjalinkan kerjasama dengan PN dan ia lebih mudah dijayakan kerana tidak melibatkan Amanah dan DAP yang tidak dapat diterima PAS.

Kerenggangan hubungan PAS dan PKR juga sebenarnya tidak parah kerana ia bukan melibatkan dasar parti seperti perjuangan PAS untuk menegakkan hudud.

Sebaliknya ia berpunca daripada perbezaan pendapat akibat tindakan PKR mencetuskan Langkah Kajang pada 2014.

Serangan PKR terhadap PAS menggunakan “modal” hudud hanya berlaku selepas itu.

Soal pertelagahan PAS dan DAP juga tidak menjadi rumit lagi kerana kedua-dua parti ini bertanding di kerusi yang berbeza demografinya.

Justeru, satu kerjasama di bawah khemah besar penentang BN melibatkan PN+PKR+PH yang diketuai PN perlu dibentuk bagi mencapai cita-cita yang sama iaitu menewaskan BN.

Kepemimpinan parti-parti ini perlu mengenepikan ego masing-masing demi menterjemahkan aspirasi rakyat yang telah menolak BN pada PRU14 kerana mahu melihat pemimpin yang menyeleweng dikenakan hukuman setimpal.

Semua parti yang menentang BN tidak boleh mengkhianati aspirasi itu kerana kegagalan mereka bersatu akan menyebabkan BN menang besar dan pemimpinnya yang sudah didakwa dah dijatuhi hukuman oleh mahkamah akan lolos.

Nauzubillah min zalik, minta dijauhkan.

Oleh: Saladin Hasan Salleh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/03/pn-layak-ketuai-gabungan-baharu-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Pkr Selepas Sedar Parti Ph Jadi Gabungan Ketiga

Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Pkr Selepas Sedar Parti Ph Jadi Gabungan Ketiga

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 240 hits
RAFIZI RAMLIKeputusan Pilihan Raya Negeri Johor baru baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk...
Samsung Galaxy S22 Dan S22 Baharu Menyampaikan Pengalaman Kamera Revolusioner Dari Siang Sehingga Ke Malam

Samsung Galaxy S22 Dan S22 Baharu Menyampaikan Pengalaman Kamera Revolusioner Dari Siang Sehingga Ke Malam

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 193 hits
Cipta rakam dan kongsi kenangan terpilih anda menggunakan kamera berciri teknologi AI bertaraf profesional dalam siri Galaxy S terkiniSamsung Electronics Co Ltd kini memperkenalkan Galaxy S22 dan S22 dua peranti mercu baharu yang bakal menz...
Pemimpin Umno Cuba Bentuk Jajaran Baharu Untuk Gugat Kerajaan Perikatan Nasional

Pemimpin Umno Cuba Bentuk Jajaran Baharu Untuk Gugat Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 212 hits
MUAR Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata ada pemimpin UMNO yang cuba membentuk kerajaan dengan membuat pakatan jajaran baharu dengan DAP dan PKR Menurut beliau perkara itu berlaku selepas Umno berjaya menjadi kerajaan se...
Sudah Pulih Dari Covid 19 Ros Blackpink Muat Naik Vlog Baharu Di Youtube Buat Peminat

Sudah Pulih Dari Covid 19 Ros Blackpink Muat Naik Vlog Baharu Di Youtube Buat Peminat

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 225 hits
Ros BLACKPINK telah disahkan pulih sepenuhnya dari COVID 19 ARTIKEL BERKAITAN Pada 28 Februari lalu Ros BLACKPINK diuji positif bagi COVID 19 dan telah membatalkan segala aktivitinya di luar negara Hari ini pada 7 Mac YG Entertainment mengu...
Cipta 3 Rekod Baharu Bts Punyai Sejumlah 28 Guinness World Records Kini

Cipta 3 Rekod Baharu Bts Punyai Sejumlah 28 Guinness World Records Kini

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 345 hits
BTS telah mencipta tiga Rekod Dunia Guinness baharu Sepanjang bulan lalu BTS telah mencipta rekod baharu di platform media sosial Instagram TikTok dan Twitter Menjelang Februari 2022 BTS telah mencapai 60 5 juta pengikut di Instagram yang m...
Kuasa Berkuasa

Kuasa Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 160 hits
KUASA BERKUASA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt TAHTA dan kuasa Jika biasa biasa terkadang tidak dijeling pun walau sebelah mata Apatah lagi mahu bertegur sapa kecuali ada mahunya senyum lisan dan ...
Panas Demi Kuasa Mutlak Rakyat Terus Dimangsakan Umno

Panas Demi Kuasa Mutlak Rakyat Terus Dimangsakan Umno

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 205 hits
TAJUK BICARA YB KHALID ABDUL SAMAD PRN JOHOR RAKYAT KALAH BN MENANG APA IMPLIKASINYA DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtu be svzcPRMjWAM Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Poli
2 019 Kes Baharu Covid 19 Icu Pada Kapasiti Meningkat 42

2 019 Kes Baharu Covid 19 Icu Pada Kapasiti Meningkat 42

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 216 hits
PETALING JAYA Sebanyak 2 019 pesakit baharu membabitkan kes Covid 19 dimasukkan ke hospital semalam kata Kementerian Kesihatan Daripada jumlah itu sebanyak 1 247 kes atau 61 8 dalam kategori 1 dan 2 manakala baki 772 kes atau 38 2 adalah ka...
Big Hit Dedah 7 Ahli Dari Trainee A Bakal Debut Sebagai Kumpulan Lelaki Baharu

Big Hit Dedah 7 Ahli Dari Trainee A Bakal Debut Sebagai Kumpulan Lelaki Baharu

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 263 hits
Barisan terakhir Trainee A yang akan menjadi kumpulan lelaki seterusnya di bawah Big Hit Music telah pun diumumkan Pada 8 Mac saluran YouTube rasmi Trainee A dari label Big Hit Music telah mendedahkan tujuh ahli kumpulan itu sebelum mereka ...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co