Pkr Lebih Jadi Rebutan Jika Sendirian Tapi Ph Plus Tanpa Pkr Tak Mungkin Mampu Ke Mana2 Walau Ada Mahathir Bersamanya


 
Dalam PRU15 akan datang yang mungkin tarikhnya sebelum pertengahan tahun depan, keadaan yang besar kemungkinan akan berlaku adalah pertandingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH.
Melihat keghairahan UMNO untuk kembali berkuasa serta penolakan majoriti bahagian-bahagiannya ternadap kerjasama dengan Bersatu, kompromi pembahagian kerusi antara dua parti Melayu itu hampir mustahil mencapai kata sepakat.
Lebih-lebih lagi UMNO tetap bekeras enggan melepaskan sebarang kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu, termasuk yang dibawa lari oleh bekas pemimpinnya untuk melompat mengejar nikmat ke lubuk Bersatu.
Dengan itu, hubungan UMNO dengan Bersatu dan kedudukan BN dalam PN dijangka akan berakhir sebaik saja Parlimen dibubarkan.
UMNO dipercayai bertanding menggunakan tiket BN, manakala Bersatu dengan disokong Pas akan menggunakan lambang PN serta akan berlaku pertembungan sesama sendiri.
Mengikut kiraan matematik mudah, dalam pertandingan tiga penjuru itu nanti, peluang serta harapan PH untuk menang banyak kerusi dan kembali berkuasa adalah lebih cerah berbanding PN mahupun BN.
Maka itu, tidak sukar untuk memahami mengapa Pejuang dan Warisan ingin kembali kepada idea diwujudkan gabungan besar dan perlunya PH Plus dijenamakan semula.
Tujuannya tidak lain ialah untuk mereka menumpang kekuatan PH untuk menjadi kerajaan semula, di samping kekal dengan agenda lama menolak kemaraan Anwar Ibrahim.
Bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng yang semalam mengeluarkan kenyataan media menggesa dibentuk gabungan besar semua parti pembangkang dan diwujudkan semula PH Plus, mereka ini nyata sudah sehati sejiwa dengan Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal.
Tidak mustahil sebenarnya sejak kebelakangan ini Mohamad Sabu dan Guan Eng bukan saja setakat bermain mata dengan Tun Mahathir dan Shafie, malah selalu berjumpa atau “berdinner” secara rahsia.
Jika tidak, takkanlah nada berkaitan idea gabungan besar, PH perlu menukar pemimpinnya, pembangkang harus bersatu semula dan PH Plus mesti dihidupkan kembali, semuanya nampak tersusun dan mengikut tempo yang begitu teratur.
Di sebalik itu, Tun Mahathir yang difahami mahu dinobatkan menerajui gabungan baru pembangkang kekal berdiam diri, seolah-olah suci dan tidak terlibat apa-apa dalam usaha menghidupkan PH Plus itu.
Sebagaimana Muhyiddin Yassin sebelum ini dianggap pengkhianat kerana membawa keluar
Bersatu daripada PH dan menjadikan gabungan itu berpecah dan akhirnya tumbang sebagai kerajaan, tindakan Mohamad Sabu dan Guan Eng melontarkan idea penyatuan pembangkang melalui PH Plus dengan tujuan membawa masuk Tun Mahathir dan Shafie juga tidak kurang ada ciri-ciri khianatnya.
Sebelum Muhyiddin bertindak khianat, Tun Mahathirlah yang lebih dulu menjadi pengkhianat dengan merosakkan nama PH sebagai kerajaan dengan mengatakan manifesto bukan kitab suci, mengkhiati janji peralihan kuasa dan kemudian cuba menukar sokongan yang diperolehinya kepada pembentukan kerajaan perpaduan, manakala Shafie tidak pernah bersetuju untuk menerima Anwar sebagai pengganti atau calon Perdana Menteri.
Pelik sungguh, kenapa Amanah dan DAP ingin membawa kembali pengkhianat ke dalam PH, sedangkan kerana sikap khianat Tun Mahathir itulah mereka hilang keseronokan berjawatan menteri.
Lalu, apa pilihan terbaik buat Anwar dan PKR jika Mohamad Sabu dan Guan Eng tetap berkeras ingin membawa semula Tun Mahathir dan Shafie ke dalam gabungan besar pembangkang atas nama PH Plus?
Harus disedari bahawa PH dan PKR amat sinonim di mana PKR adalah PH dan PH adalah PKR, tanpa PKR, PH boleh dikata tidak mampu ke mana-mana.
Kiranya Mohamad Sabu dan Guan Eng sudah lupa kepada asas tersebut atau tidak lagi mahu mengenang sumbangan Anwar mewujud dan mengukuhkan kedudukan PH – bermula daripada Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan – PKR sebaiknya memilih untuk jalan sendiri sama ada mereka keluar PH atau Amanah dan DAP yang keluar daripada gabungan tersebut.
Sebagai parti berbilang kaum yang ada sejarah dan dikenali rakyat, malah logonya pernah menang pada PRU14 lalu, masa depan PKR tidak akan mati jika memilih bersenditian.
Sebaliknya, Amanah dan DAP kalau kekal bersama PH yang tanpa PKR di dalamnya atau mereka keluar PH, kalau pun tidak mati, pasti tidak mampu menang sebanyak kerusi yang ada sekarang.
Lebih jauh daripada itu, bergabung atas nama apa sekali pun – Amanah, DAP, Pejuang, Warisan dan lain-lain parti pembangkang tetapi tanpa PKR di dalamnya – percayalah, masa depannya juga tidak akan ke mana.
Di dalam gabungan pembangkang, baik PH atau PH Plus – keberadaan PKR adalah tunjang kekuatan yang kedua-duanya saling melengkapi dan memerlukan.
Di samping itu, selain bersendirian adalah lebih baik buat PKR dan dalam masa yang sama dapat mengajar Amanah dan DAP erti persahabatan serta setiakawan, keputusan PKR untuk bersendirian juga lebih meletakkannya sebagai rebutan.
Dengan tidak lagi ada DAP bersamanya serta kedudukannya sebagai parti campuran, BN dan PN pasti saja amat mendambakan untuk PKR bersama mereka.
Bagi UMNO dan BN, dengan keadaan MCA dan MIC yang tidak berfungsi, berpakat dengan PKR adalah pilihan yang tepat untuk menutup kelompongan atau kegagalan parti Cina dan India itu.
Begitu juga dengan PN, dengan ahlinya hanya Bersatu, Pas serta dua parti Sabah, Star dan SAPP, bekerjasama dengan PKR tentu saja menyumbang banyak manfaat dalam mengisi kekosongan untuk memenangi kerusi bandar dan separa bandar.
Kata mudahnya, kalau Amanah dan DAP lebih mahu menjulang Pejuang dan Warisan, silakanlah kerana di luar lingkungan PH atau PH Plus, masa depan PKR bukan saja kekal cerah, malah lebih menjadi rebutan oleh BN dan PN.
Tetapi, dengan meninggalkan Anwar dan PKR serta memilih bersama Tun Mahathir dan Shafie, di mana agaknya masa depan Mohamad Sabu dan rakan-rakan Amanahnya, begitu juga dengan Guan Eng serta DAPnya?
 (Shahbudindotcom 18/12/2020)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/pkr-lebih-jadi-rebutan-jika-sendirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Seboleh Mungkin Mahu Kekal Bentuk Pentadbiran Lalu Tapi Tak Tolak Jajaran Baru

Zahid Seboleh Mungkin Mahu Kekal Bentuk Pentadbiran Lalu Tapi Tak Tolak Jajaran Baru

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 243 hits
Diterbitkan Hari ini 12 09 pmUmno seboleh mungkin mahu mengekalkan bentuk pentadbiran lalu dalam kerajaan Perak yang akan ditubuhkan tetapi tidak menolak jajaran politik baru kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid berkata ia selepa...
Anak Bukan Rezeki Semata Tapi Amanah Kalau Tak Mampu Wajib Rancang

Anak Bukan Rezeki Semata Tapi Amanah Kalau Tak Mampu Wajib Rancang

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 330 hits
Saya nak 10 anak lantoklah kata suami pada isterinya tanpa memikirkan keselamatan si isteri Tanpa menghulurkan bantuan dalam menguruskan anak anak Malah ada yang menafikan hak anak anak untuk mendapatkan pelajaran yang sempurna pemakanan ya...
Lelaki Ini Cuma Mampu Melamar Kekasih Nya Di Restoran Kfc Sahaja Tapi Apa Yang Dia Dapat Sangat Mengejutkan

Lelaki Ini Cuma Mampu Melamar Kekasih Nya Di Restoran Kfc Sahaja Tapi Apa Yang Dia Dapat Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 481 hits
LELAKI INI CUMA MAMPU MELAMAR KEKASIH NYA DI RESTORAN KFC SAHAJA TAPI APA YANG DIA DAPAT SANGAT MENGEJUTKAN Dikelilingi kerusi merah seorang lelaki dilihat melutut dihadapan teman wanita nya Orang ramai di restoran KFC mula bersorak dan ber...
Bn Bayangkan Mungkin Bertanding Sendirian Pru 15

Bn Bayangkan Mungkin Bertanding Sendirian Pru 15

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 288 hits
Umno tidak akan teragak agak menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional dan bertanding bersendirian pada pilihan raya akan datang atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan jika PPBM terus ghairah mahu menjadi parti dominan dalam kerajaan ...
Anak Dah Setahun Lebih Masih Tak Bercakap Faktor Ini Mungkin Penyebab Ibu Ayah Kena Cepat Bertindak

Anak Dah Setahun Lebih Masih Tak Bercakap Faktor Ini Mungkin Penyebab Ibu Ayah Kena Cepat Bertindak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 322 hits
Bertindak segera jika bayi berusia 12 18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna itu petanda awal masalah pertuturan Bertindak awal lebih baik Menurut Nawal Mohd Shafie Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik Sunway Medical...
Pakatan Plus Revival Unlikely As Anwar Shafie And Dr Mahathir Not Talking To Each Other Sources Say

Pakatan Plus Revival Unlikely As Anwar Shafie And Dr Mahathir Not Talking To Each Other Sources Say

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 211 hits
The plan to revive the so called grand coalition of Opposition parties dubbed Pakatan Harapan Plus is hampered by the lack of communication between Datuk Seri Anwar Ibrahim Tun Dr Mahathir Mohamad and Datuk Seri Shafie Apdal sources said Se...
Bayar Rm3 Bilion Tapi Mana Pergi Lebih 23 Juta Vaksin

Bayar Rm3 Bilion Tapi Mana Pergi Lebih 23 Juta Vaksin

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 271 hits
December 23 2020 Bekas pemimpin Umno Datuk Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan apa alasan kerajaan yang didakwa telah membayar RM3 bilion hanya untuk pembelian 10 juta dos vaksin Covid 19 Sedangkan katanya Belgium secara rasmi telah menyebut ...
Pkr Leader Open To Grand Coalition In Opposition But Insists No Mahathir

Pkr Leader Open To Grand Coalition In Opposition But Insists No Mahathir

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 301 hits
Selangor PKR Youth said it is open to discussing the possibility of forming a grand coalition in the opposition but insists that the arrangement cannot include former prime minister Dr Mahathir Mohamad Selangor PKR Youth urged for the propo...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage