Pkr Berpecah Kerana Tun Mahathir




Bibit-bibit perpecahan jelas ternampak semakin ketara dan nyata dalam PKR sekarang ini.


Malah, Anwar Ibrahim yang mengasaskan PKR sebagai landasan memperjuangkan reformasi dalam negara sepertinya kian tidak dihormati lagi oleh mereka yang dulu adalah merupakan “budak-budaknya” saja.


Pasca pemilihan PKR baru-baru ini yang menyaksikan Azmin Ali, Khalid Jaafar dan beberapa pemimpin lain mempertikaikan perlantikan yang dibuat oleh Anwar, keadaan terus bertambah kusut hari demi hari kebelakangan ini.


Terbaru, Zuraida Kamaruddin, Naib Presiden PKR turut menyerang Anwar dengan melabelnya sebagai pengkhianat kepada demokrasi serta mengamalkan kepimpinan diktator.


Kenapakah tiba-tiba PKR bergolak dan seakan menuju perpecahan sekarang ini?


Mengapa semakin ramai begitu berani mempertikaikan perlantikan yang dibuat oleh Anwar, sedangkan atas kuasanya sebagai Presiden PKR beliau bebas melantik sesiapa saja?


Kenapakah dalam pemilihan-pemilihan sebelum ini di mana ia turut menyaksikan Azmin dicabar juga kedudukannya, tetapi PKR tetap tenang sebaik pemilihan berakhir?


Mengapakah kali ini hanya kerana Rafizi Ramli yang menentang Azmin dan kemudian dilantik sebagai Naib Presiden, gelora dan hempasan ombak serta badai yang melanda PKR seakan berterusan dan tidak berhenti-henti?


Apakah Rafizi yang menjadi punca perpecahan dalam PKR?


Apakah semua ini juga memperlihatkan kepimpinan Anwar tidak lebih baik penerimaannya oleh ahli-ahli PKR berbanding kepimpinan Dr. Wan Azizah Wan Ismail?


Lebih musykil, kenapa semakin ramai yang berani bersuara dan melakukan penentangan terhadap Anwar sedangkan beliau adalah bakal Perdana Menteri selepas ini?


Jika kita imbas dan teliti kembali, riak-riak perpecahan dalam PKR ini berlaku hanyalah selepas Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan dan Tun Mahathir kembali memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua.


Sebelum dan sebaik Pakatan Harapan menang, memang sudah dipersetujui Anwar adalah bakal pengganti kepada Tun Mahathir yang  mana tempoh peralihan itu disebut sendiri oleh Perdana Menteri ialah dalam  jangkamasa dua tahun.


Tetapi, soal pengganti itu tiba-tiba jadi bercelaru dan nama Azmin segera menjadi sebutan sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 tidak lama selepas bekas Menteri Besar Selangor itu dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, meskipun namanya tidak disenaraikan oleh PKR untuk menduduki sebarang jawatan menteri.


Untuk apa Tun Mahathir memberi jawatan kanan dalam kerajaan kepada Azmin jika bukan untuk mewujudkan persaingan dan menanam benih-benih perpecahan?


Perlantikan beliau sebagai menteri kanan dalam kabinet Tun Mahathir dilihat oleh banyak pemerhati sebagai isyarat bahawa Perdana Menteri mahu menyerahkan kuasa kepada Azmin dan bukan kepada Anwar.


Lebih jelas kemudiannya, Tun Mahathir terus menunjukkan keakrabannya terhadap Azmin serta melantiknya sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah, badan pelaburan utama kerajaan.


Di kalangan Bersatu dan PKR pula berkembang desas-desus yang bukan lagi terselindung dengan menyebut Azmin adalah bakal Perdana Menteri ke-8 dan ini secara tidak langsung mewujudkan persaingan antara beliau dengan Anwar.


Hakikatnya, jika Tun Mahathir tidak melantik Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan membiarkannya terus kekal sebagai ketua kerajaan negeri Selangor, pergolakan dan perpecahan dalam PKR mungkin tidak seperti yang ada sekarang.


Kiranya Tun Mahathir tidak melantik Azmin sebagai menteri di kementerian yang kanan juga, mungkin tidak timbul isu tentang tergugatnya kedudukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.


Jika Azmin masih Menteri Besar Selangor dan tidak diura-urakan sebagai bakal Perdana Menteri ke-8, Khalid Jaafar, Zuraida Kamaruddin dan lain-lain pemimpin PKR barangkali tidaklah seperti sekarang beraninya mengkritik dan menyerang Anwar.


Realiti, inilah gaya "pecah dan perintah" atau "divide and rule" yang menjadi amalan Tun Mahathir sehingga beliau mampu berkuasa selama 22 tahun melalui UMNO sebelum ini.


Dulu beliau melakukannya dalam UMNO, kini ia dilakukan kepada PKR . Dulu musuh kuasa Tun Mahathir ada dalam UMNO, tapi kini ancaman kepada kuasanya berada dalam PKR.


Maka itulah "pecah dan perintah 2.0" dilakukannya kepada PKR. (ShahbudinHusin 15/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/pkr-berpecah-kerana-tun-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Malaysia Akan Mengkaji Keperluan Mengharamkan Kelengkapan 5g Huawei

Tun Mahathir Malaysia Akan Mengkaji Keperluan Mengharamkan Kelengkapan 5g Huawei

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 249 hits
Sejak tahun lalu terdapat beberapa negara seperti Australia dan New Zealand yang mengharamkan Huawei dari membekalkan kelengkapan 5G mereka untuk kegunaan sistem selular Antara alasan yang diberikan ialah Huawei dikatakan melakukan intipan ...
Tun Mahathir Bertemu Macky Sall Sebaik Tiba Di Dakar

Tun Mahathir Bertemu Macky Sall Sebaik Tiba Di Dakar

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 225 hits
DAKAR Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Presiden Senegal Macky Sall sejurus selepas ketibaan beliau ke negara itu untuk menghadiri satu persidangan mengenai Afrika Pertemuan itu berlangsung di Ista...
Dap Sanggah Tun Mahathir Projek Kereta Ke 3

Dap Sanggah Tun Mahathir Projek Kereta Ke 3

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 294 hits
Seorang veteran DAP mengingatkan kerajaan tentang kegagalan Proton mengatakan ramai dalam kalangan rakyat masih meragui rancangan kereta nasional ke 3 Bekas pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata Proton gagal kerana kronisme budaya ko...
Tidak Masuk Akal Singapura Beli Air Rm0 03 Seribu Gelen Jual Semula Kepada Malaysia Pada Nilai As 60 Tun Mahathir

Tidak Masuk Akal Singapura Beli Air Rm0 03 Seribu Gelen Jual Semula Kepada Malaysia Pada Nilai As 60 Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 294 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata harga semasa jualan air mentah kepada Singapura adalah sangat tidak adil dan ia perlu disemak semula Kami sudah cuba berunding Singapura enggan Malah Singapura enggan membawa kes ke mahkamah L...
Israel Tuduh Tun Mahathir Anti Semitisme Larang Kemasukan Atletnya Bertanding

Israel Tuduh Tun Mahathir Anti Semitisme Larang Kemasukan Atletnya Bertanding

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 341 hits
Israel menuduh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad anti semitisme melampau selepas beliau melarang atlet Israel daripada bersaing dalam acara yang melayakkan mereka untuk ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Malaysia didakwa enggan memberik...
Pertemuan Tun Mahathir Kurz Cipta Sejarah

Pertemuan Tun Mahathir Kurz Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 331 hits
21 Januari 2019 9 15 PM VIENNA Pertemuan dua hala Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Canselor Republik Austria Sebastian Kurz di Federal Chancellery di sini hari ini mencipta sejarah seb
Dahsyat Terdiam Pengaju Soalan Bila Tun Mahathir Jawab Di Oxford Union Isu Malaysia Singapore

Dahsyat Terdiam Pengaju Soalan Bila Tun Mahathir Jawab Di Oxford Union Isu Malaysia Singapore

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 391 hits
Dahsyat Terdiam Pengaju Soalan Bila Tun Mahathir Jawab Di Oxford Union Isu Malaysia Singapore
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari