Pkpp Dilanjut Hingga 31 Mac Pkpb Pkpd Diterus Ikut Jadual


Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke seluruh negara yang  berakhir semalam sehingga 31 Mac depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu mengambil kira penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan setelah mendapati peningkatan kes agak ketara.
“Ini masih berlaku di seluruh negara dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan perintah ini juga telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan.
Namun, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa negeri dan lokaliti tertentu masih diteruskan seperti biasa.
Keputusan ini meliputi PKPB di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah serta PKPD di sejumlah kawasan ditetapkan mengikut tempoh masa yang diputuskan sebelum ini.
Kerajaan telah pun menguatkuasakan PKPP di seluruh negara mulai 10 Jun 2020 sebelum disambung lagi pada 1 September berikut dan sepatutnya tamat pada 31 Disember lepas.
Pelaksanaan terbaharu PKP Fasa 8 selama tempoh tiga bulan lagi ujarnya, antara lain ekoran peningkatan kes disumbangkan hasil pelaksanaan siri saringan wajib terhadap pekerja asing.
Proses itu dijalankan secara besar-besaran di beberapa negeri tumpuan dan juga akibat dari penularan dalam komuniti yang dikesan terutama di Lembah Klang dan beberapa negeri lain.
“Justeru, segala prosedur operasi standard (SOP) PKPP adalah terpakai bagi tempoh kuat kuasa diwartakan tertakluk perubahan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.
Ismail Sabri menjelaskan, antara aktiviti yang masih di bawah senarai terlarang bagi kawasan PKPP adalah di pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran dalam premis tersebut.
Selain itu tambah beliau, larangan turut meliputi apa-apa aktiviti dengan kehadiran ramai di sesuatu tempat sehingga menyukarkan SOP bagi usaha pelaksanaan penjarakan fizikal.
Namun ujarnya, aktiviti pelancongan berdasarkan ketetapan diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini perlu mematuhi SOP ketat yang ditetapkan.
“Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi SOP, amalkan memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dan memberi amaran kepada sesiapa tidak patuh norma baharu itu,” katanya.
Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya elak tempat sempit, sesak atau bercakap rapat bagi mencegah diri daripada dijangkiti pula virus Covid-19 dalam kalangan anggota komuniti.
PKP mula dilaksanakan sejak 18 Mac tahun lalu, namun, dilanjutkan kepada Fasa 2, 3 dan 4 sebelum PKPB pula bermula pada 13 Mei sehingga 9 Jun lepas apabila PKPP diperkenalkan.
Cabaran tahun baharu 2021 jelas Ismail Sabri, adalah lebih besar bukan sahaja bagi negara, malahan dunia kecuali semua pihak patuhi SOP dan kawalan kendiri untuk kekal selamat
“Marilah kita mulakan perjalanan 2021 ini dengan tekad dan azam untuk terus bersama-sama dalam mendepani apa jua cabaran khususnya memerangi wabak Covid-19,” tegas beliau. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/pkpp-dilanjut-hingga-31-mac-pkpb-pkpd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpp Di Seluruh Negara Dilanjutkan Mulai Hari Ini Hingga 31 Mac 2021

Pkpp Di Seluruh Negara Dilanjutkan Mulai Hari Ini Hingga 31 Mac 2021

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 364 hits
Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2021 Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Keselamatan Datuk Seri ismail Sabri dan dimaklumkan dalam muat ...
Pkpp Dilanjut Sehingga 31 Mac Depan Ismail Sabri

Pkpp Dilanjut Sehingga 31 Mac Depan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 352 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan sekatan ke atas aktiviti awam di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan akan dilanjutkan hingga 31 Mac depan PKPP yang telah dilaksanaka...
Pkpp Dilanjut 31 Mac

Pkpp Dilanjut 31 Mac

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 292 hits
PKPP DILANJUT 31 MAC KUALA LUMPUR 010121 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di seluruh negara yang sepatutnya tamat semalam dilanjutkan hingga 31 Mac depan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perintah itu sudah direkodka...
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Sambung Hingga 31 Mac Ismail Sabri

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Sambung Hingga 31 Mac Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 322 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di seluruh negara dilanjutkan lagi mulai hari ini hingga 31 Mac depan Bagaimanapun perintah itu tidak melibatkan Selangor Kuala Lumpur dan Sabah serta lokaliti lokaliti tertentu yang diletakkan di bawah...
Pkpb Di Selangor Kl Lanjut Hingga 14 Jan Depan

Pkpb Di Selangor Kl Lanjut Hingga 14 Jan Depan

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 167 hits
PETALING JAYA Perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dan Kuala Lumpur dilanjutkan hingga 14 Jan depan susulan terdapat peningkatan mendadak kes COVID 19 kata Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob Ketika ini semua sembilan...
Pengecualian Cukai Jualan Kereta Dilanjut Hingga Jun

Pengecualian Cukai Jualan Kereta Dilanjut Hingga Jun

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 332 hits
PETALING JAYA Kementerian Kewangan menerusi satu pekeliling menyatakan pengecualian cukai jualan sepenuhnya untuk kereta penumpang pemasangan tempatan dilanjutkan sehingga 30 Jun depan Kementerian itu turut melanjutkan pengecualian 50 cukai...
Permohonan Upu Online Bermula 4 Januari Hingga 31 Mac 2021 Tarikh Penting Upu Online

Permohonan Upu Online Bermula 4 Januari Hingga 31 Mac 2021 Tarikh Penting Upu Online

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 374 hits
Permohonan UPU Online Bermula 4 Januari hingga 31 Mac 2021 Pelajar yang ingin membuat permohonan UPU secara online untuk kemasukan sesi akedamik 2021 2022 boleh mula memohon mulai sekarang hingga bulan mac 2021 nanti Permohonan UPU Online 2...
Awani Ringkas Kerajaan Perlu Nilai Semula Sop Pkpb Pkpp

Awani Ringkas Kerajaan Perlu Nilai Semula Sop Pkpb Pkpp

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 342 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terk
Jangan Syok Sendiri Pkpb Pkpp Sama Sahaja Kkm Perlu Nilai Semula Sop Pakar

Jangan Syok Sendiri Pkpb Pkpp Sama Sahaja Kkm Perlu Nilai Semula Sop Pakar

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu melakukan penilaian semula terhadap prosedur operasi standard yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan PKP Pemulihan Gesaan itu dibuat Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Islam ...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Best Way To Spend Your Much Awaited Vacation

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Mangsa Banjir Johor Terus Meningkat

Agreeableness

Floating Market Pulau Suri Tumpat Kelantan Seronok Jalan Jalan Cari Makan Kat Sini