Pkpd Sekali Lagi Di Ambert Court



PKPD sekali lagi di Ambert Court.  Apartment Ambert Court di Jalan Genting, Daerah Bentong, Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  bermula Sabtu ini  susulan penularan hasil keputusan saringan kontak rapat bukan warganegara pada Ahad lalu.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti yang mempunyai enam blok setinggi 23 tingkat dengan 741 unit itu pernah dilaksanakan PKPD pada 10 Disember lalu sebelum dilanjutkan sehingga 20 Januari lepas.
Turut dikenakan PKPD di kawasan peranginan popular itu sehingga 13 Ogos ini ujar beliau lagi, ialah sebuah tapak pembinaan hotel mewah yang dikenali sebagai Grand Ion Delemon.
Tidak ketinggalan juga masih di Pahang, PKPD  melibatkan skim tanah rancangan persekutuan dalam Daerah Lipis iaitu kawasan Felda Sungai Koyan di Mukim Ulu Jelai susulan keputusan positif membabitkan seorang kontak rapat warga tempatan di situ yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada 27 Julai lalu.
“Di Terengganu, PKPD akan meliputi Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak, Daerah Kemaman manakala di Kedah pula, kawasan Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Daerah Baling selain di Kelantan, Kampung Wek di Batu 23, Labok, Jajahan Machang dan Kampung Lucok Stol, Rantau Panjang, Jajahan Pasir Mas.
“Di Perak, ia di Daerah Perak Tengah iaitu Kampung Biak Hilir, Mukim Bandar serta Kampung Biak Darat, Kampung Biak Baroh dan sebahagian Kampung Pasir Salah, Mukim Pasar Salak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Sabah paling banyak lokaliti yang dilaksanakan PKPD antaranya Kampung Airport Lama, Bahagian Tawau dan Kampung Marintanman, Sipitang, Bahagian Pedalaman; Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis, Daerah Keningau serta Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong, Telupid, Bahagian Sandakan.
Selebihnya jelas Hishammuddin, melibatkan dua lokaliti di Daerah Ranau dalam Bahagian Pantai Barat iaitu kawasan Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou.
Dalam pada itu ujarnya, dua lokaliti lagi di negeri tersebut disambung lagi PKPD sehingga 13 Ogos depan meliputi perumahan kakitangan syarikat Sabah Forest Industry di Daerah Sipitang dan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu selain di Sarawak melibatkan Kampung Seratau, Kuching.
Bagaimanapun kata beliau, Kampung Astana dan Kampung Sungai Bedil ditamatkan PKPD termasuk Penjara Tawau dan kuarters Taman Ehsan, Bahagian Tawau dan Kampung Perpaduan Gumpa, Bahagian Kudat.
Begitu juga PKPD melibatkan Taman Mewah, Kelemak, Daerah Alor Gajah, Melaka dan kawasan Jalan Batu Nilam di Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor; serta Di Perak, ia meliputi Asrama Tropicana, Bukit Merah; Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai, Daerah Kerian serta kilang syarikat Latexx dan asrama pekerjanya di Taiping. – UTUSAN ONLINE
PKPD sekali lagi di Ambert Court
Baca Artikel Menarik :
Bina Hospital Di Lapangan Terbang Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid Layari Laman Facebook MYKMU
Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

 
The post PKPD sekali lagi di Ambert Court appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/29/pkpd-sekali-lagi-di-ambert-court/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Lokaliti Di Kuantan Dikenakan Pkpd

13 Lokaliti Di Kuantan Dikenakan Pkpd

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 270 hits
Anggota Angkatan Tentera Malaysia melakukan kerja kerja membuka kawat berduri di sekitar laluan masuk dan keluar ke kawasan Projek Perumahan Rakyat Pantai Ria di Pantai Dalam selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dilaksanak...
Pkpd Di 34 Mukim Di Selangor Tamat Tengah Malam Ini

Pkpd Di 34 Mukim Di Selangor Tamat Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 216 hits
Oleh KUALA LUMPUR Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di 34 mukim di Selangor bermula tengah malam ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas sidang khas Majlis...
Pkpd Di Selangor Ditamatkan Seluruh Negara Di Bawah Fasa Pelan Pemulihan Negara

Pkpd Di Selangor Ditamatkan Seluruh Negara Di Bawah Fasa Pelan Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di 34 mukim di negeri Selangor yang dijadualkan tamat pada hari ini 16 Julai 2021 tidak akan dllanjutkan Keputusan itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Kerajaan Putuskan 13 Lokaliti Dalam Daerah Kuantan Di Kenakan Pkpd Bermula Ahad Ini

Kerajaan Putuskan 13 Lokaliti Dalam Daerah Kuantan Di Kenakan Pkpd Bermula Ahad Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di 24 lokaliti termasuk 13 lokaliti di daerah Kuantan berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan C...
Hari Ke 8 Pkpd Seremban Selangor Sudah Merdeka

Hari Ke 8 Pkpd Seremban Selangor Sudah Merdeka

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 369 hits
Hari ni sudah masuk hari ke 8 PKPD di Seremban Macam semalam jugak kes masih meningkat di sini Hari ni dapat berita sedih Sebenarnya sejak semalam lagi berita sedih satu demi satu sampai Semalam sorang sahabat meninggal dunia akibat Covid H...
Awani Ringkas Aidiladha Ydp Agong Harap Rakyat Bersabar Pkpd Tamat Di 12 Lokaliti

Awani Ringkas Aidiladha Ydp Agong Harap Rakyat Bersabar Pkpd Tamat Di 12 Lokaliti

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 317 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S
Hari Ke 9 Dan 10 Pkpd Seremban Writing Block

Hari Ke 9 Dan 10 Pkpd Seremban Writing Block

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 344 hits
Tertewas dua hari tidak mencoretkan sebarang cerita di sini Begitulah lumrah penulis sambilan Bukan tiada masa namun idea tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk tulisan Lagipun aku kepenatan menghadap laptop sepanjang minggu Kelas webinar d...
Sarapan Pkpd

Sarapan Pkpd

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 254 hits
memasak dan sarapan dengan apa yang ada dirumah itu lah yang terbaik buat masa ini kan dengan kes yang semakin meningkat saban hari lebih baik kita duduk dirumah diam2 doa banyak2 semuga covid ni cepat berlalu dah hampir setahun tak dapat b...
Court To Deliver Ruling On Friday If Nsc Act Is Unconstitutional

Court To Deliver Ruling On Friday If Nsc Act Is Unconstitutional

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 318 hits
Anwar Ibrahim s lead counsel Gopal Sri Ram had submitted that the NSC Act is unconstitutional as it has taken away a number of basic fundamental rights PUTRAJAYA The Federal Court will deliver its verdict on Friday whether the National Secu...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal