Pkp Produktiviti Buruh Turun 0 8 Peratus Suku Pertama 2020


KUALA LUMPUR, 21 MEI: Produktiviti buruh Malaysia bagi bagi suku pertama 2020, mencatatkan penurunan 0.8 peratus daripada 1.4 peratus pada pada suku keempat 2019 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.
Nilai ditambah per pekerja adalah sebanyak RM22,578 pada suku pertama 2020 berbanding RM24,263 pada suku keempat 2019.
Produktiviti buruh, atau nilai ditambah per pekerja dianggar dengan membahagikan nilai ditambah dan pekerja yang merangkumi majikan, pekerja, bekerja sendiri dan pekerja keluarga tanpa gaji.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata produktiviti buruh Malaysia yang diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja meningkat 2.1 peratus (S4 2019: 1.4 peratus) dengan nilai ditambah per jam bekerja adalah RM40 per jam (S4 2019: RM42 per jam).
Peningkatan produktiviti buruh per jam bekerja pada suku ini adalah berikutan penurunan besar dalam jam bekerja berbanding pengeluaran output yang sederhana, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Pelaksanaan fasa pertama PKP menyebabkan kejatuhan jumlah jam bekerja pada suku ini.
“Purata jam bekerja pada suku ini hanya 44.3 jam seminggu (S4 2019: 45.0 jam seminggu). Nilai ditambah yang menunjukkan output barangan dan perkhidmatan domestik yang dihasilkan tumbuh marginal 0.7 peratus pada S1 2020 berbanding 3.6 peratus pada suku sebelumnya,” katanya.
Beliau berkata meskipun prestasi ekonomi yang perlahan pada 0.7 peratus pada suku pertama, pekerjaan meningkat 1.6 peratus dengan merekodkan sebanyak 15.2 juta orang.
Mohd Uzir berkata dari sudut sektor ekonomi, produktiviti buruh mengikut pekerja bagi sektor Pertanian turun 8.9 peratus (S4 2019: -6.1 peratus) manakala bagi sektor perlombongan dan pengkuarian susut 0.4 peratus (S4 2019: -4.0 peratus).
Sektor Pembuatan mencatatkan penurunan pertumbuhan produktiviti buruh mengikut pekerja pada 0.2 peratus (S4 2019: 0.8 peratus) manakala sektor pembinaan jatuh 5.3 peratus (S4 2019: 3.2 peratus).
Sektor Perkhidmatan merupakan satu-satunya sektor yang mencatatkan peningkatan positif produktiviti buruh per pekerja pada kadar 0.5 peratus (S4 2019: 2.9 peratus), katanya.
Mohd Uzir berkata selain permintaan global yang lebih perlahan, peristiwa luar jangka ini telah turut mempengaruhi ekonomi Malaysias.
Kejatuhan produktiviti buruh mengikut pekerja pada masa yang mencabar ini adalah berikutan kebanyakan industri mengekalkan pekerja di sebalik pertumbuhan perlahan pengeluaran.
Bagaimanapun, beliau berkata prestasi produktiviti buruh mengikut jam bekerja meningkat berikutan berlakunya pengurangan ketara jumlah jam bekerja terutamanya dalam tempoh PKP dan tidak dipengaruhi penggunaan automasi dalam industri.
Di sebalik kejutan ekonomi yang dialami, Mohd Uzir berkata industri dengan penggunaan teknologi tinggi berupaya mengekalkan produktiviti dan perniagaan mereka.
“Industri yang berintensifkan modal serta mengadaptasi automasi dilihat lebih berdaya tahan dan mempunyai produktiviti buruh yang lebih tinggi berbanding industri yang berintensifkan buruh.
“Sebagai contoh, aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman di Malaysia yang sinonim dengan penggunaan guna tenaga yang ramai dalam operasi sesebuah restoran atau kedai makan, akan berhadapan dengan isu kejatuhan produktiviti buruh semasa berlakunya krisis seperti pandemik Covid-19.
“Ini kerana, walaupun berlaku kekurangan permintaan perkhidmatan tersebut, pengusaha masih mengekalkan pekerja dan meneruskan pembayaran gaji,” katanya.
Beliau berpandangan bahawa penggunaan automasi, penyesuaian operasi perniagaan dapat dilaksanakan dengan segera semasa menghadapi krisis dan seterusnya produktiviti buruh dapat dikekalkan.
Dalam hal ini, industri perlu memanfaatkan krisis ini untuk menilai kembali struktur perniagaan sedia ada dengan melaksanakan inovasi ke arah norma perniagaan baharu.
Seterusnya, dalam jangka masa panjang, negara akan dapat menangani isu ketidakpadanan pekerja dengan mewujudkan lebih banyak pekerjaan mahir.
Beliau berkata krisis ini juga sewajarnya dijadikan titik perubahan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah.
Ia sekaligus akan meningkatkan pulangan kepada faktor pulangan bersesuaian dengan tahap pendidikan tertiari penduduk di negara ini yang semakin meningkat.
Memandangkan kebanyakan industri di negara ini masih berintensifkan buruh, pada masa ini setiap pengeluaran bernilai RM1, pengagihan kepada pekerja adalah sebanyak RM0.36 sahaja, katanya.
Mohd Uzir berkata, jalinan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan dan industri adalah penting ke arah transformasi industri berintensifkan modal dan peralihan kepada teknologi tinggi.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/pkp-produktiviti-buruh-turun-08-peratus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stok Bekalan Darah Seluruh Negara Turun 40 Peratus Sepanjang Pkp Orang Ramai Diseru Derma Darah Segera Kkm

Stok Bekalan Darah Seluruh Negara Turun 40 Peratus Sepanjang Pkp Orang Ramai Diseru Derma Darah Segera Kkm

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 270 hits
Stok bekalan darah di seluruh negara didapati telah mengalami penurunan 40 peratus berbanding tahun tahun sebelumnya sepanjang PKP dilaksanakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar penggunaan darah sejak Peri...
Strategy Analytics Samsung Galaxy A51 Adalah Telefon Android Paling Popular Pada Suku Pertama 2020

Strategy Analytics Samsung Galaxy A51 Adalah Telefon Android Paling Popular Pada Suku Pertama 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 416 hits
Strategy Analytics salah satu badan yang melakukan kajian berkenaan pergerakan pasaran kini telah mengeluarkan laporan terbaru berkenaan jualan telefon pintar pada peringkat global sekaligus memperlihatkan telefon pintar Android yang popula...
Canalys Ini Adalah 10 Telefon Popular Untuk Suku Pertama 2020 Diterajui Iphone 11

Canalys Ini Adalah 10 Telefon Popular Untuk Suku Pertama 2020 Diterajui Iphone 11

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 318 hits
Canalys salah satu badan yang menganalisa trend jualan kini telah mengeluarkan data terbaru mereka berkaitan 10 telefon pintar yang paling popular pada peringkat global sepanjang suku pertama 2020 yang lepas iaitu antara Januari hingga Mac ...
Cerita Our Hari Raya 2020 Pkp Stay At Home Kita Jaga Kita

Cerita Our Hari Raya 2020 Pkp Stay At Home Kita Jaga Kita

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 534 hits
hi semua Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Tarikh hari raya aidilfitri 2020 jatuh pada 24 Mei cun sangat hari Ahad so ada extra cuti sehingga hari Selasa Tapi tahun ni rasanya hampir semua rakyat Malaysia berhari raya cara PKP just stay at ...
2 Bulan Masjid Dikunci Akhirnya Hari Ini Solat Jumaat Pertama Kali Diadakan Selepas Pkp

2 Bulan Masjid Dikunci Akhirnya Hari Ini Solat Jumaat Pertama Kali Diadakan Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 750 hits
Setelah hampir dua bulan Malaysia tidak mengadakan solat berjemaah di masjid dan surau selepas daripada Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Hari ini menjadi detik sejarah apabila pihak kerajaan telah membenarkan masjid dan surau dibuka...
Covid19 Pulau Pinang Sedia Sambut Ketibaan Pelancong Menjelang Suku Tahun Ketiga Keempat 2020

Covid19 Pulau Pinang Sedia Sambut Ketibaan Pelancong Menjelang Suku Tahun Ketiga Keempat 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 439 hits
Pulau Pinang menjangkakan bakal menyambut ketibaan pelancong menjelang suku tahun ketiga dan keempat tahun ini susulan penularan pandemik COVID 19 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Keseniaan Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang Yeoh Soon Hi...
Analisis Gbp Usd Untuk 28 Mei 2020 Sasaran Pertama Pada Harga 1 718 Telah Tercapai Perhatikan Pergerakan Menaik Dan

Analisis Gbp Usd Untuk 28 Mei 2020 Sasaran Pertama Pada Harga 1 718 Telah Tercapai Perhatikan Pergerakan Menaik Dan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 409 hits
Ringkasan Coronavirus Korea Selatan mungkin akan berhadapan dengan sekatan coronavirusAnalisis teknikal Emas telah diperdagangkan ke atas Seperti yang saya jangkakan harga mencapai sasaran kenaikan pertama saya dari semalam pada harga 1 718...
Ramadhan Pkp 2020 Macam Mana Nak Bayar Zakat

Ramadhan Pkp 2020 Macam Mana Nak Bayar Zakat

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 357 hits
Alhamdulillah dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid19 pada tahun ini kita masih lagi mampu berpuasa dengan selesa dan tetap meriah walau hanya duduk di rumah sahaja sebenarnya besar hikmah musibah Covid19 yang hadir ni jika...
Salam Aidilfitri 2020 Di Musim Pkp

Salam Aidilfitri 2020 Di Musim Pkp

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 477 hits
Salam Aidilfitri 2020 Alhamdulillah Masih bernyawa Dan sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2020 Meskipun dalam musim Covid 19 raya tetap raya sempena meraikan sebulan kejayaan berpuasa di Bulan Ramadan Berbeza memang berbeza sangat rasany...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persiapan Kejohanan Merentas Desa

Ayu Damit Feat Emeer Bakri Cukup Kita Chord

70 Patriotic 4th Of July Crafts That Will Spark Joy And Creativity This Independence Day

Norza Leaves Bam On A High

Experts Public Deserves Answers On High Profile Macc Probes

Tempoh Gajah Mengandung