Pkns Tawar Diskaun Berganda Sempena Ulang Tahun Ke 55
Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 | Mencari rumah pertama atau ingin membeli rumah untuk pelaburan? Ini adalah masa yang tepat kerana kini sedang berlangsung Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 di Kompleks PKNS Shah Alam bermula 26 Julai 2019 sehingga 4 Ogos 2019.
PKNS tawar diskaun berganda sempena ulang tahun ke 55
Diskaun RM5,500 kepada 55 pembeli terawal!
Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak Hashim berkata, sempena ulang tahun ke 55, PKNS menawarkan diskaun tambahan berjumlah RM5,500 kepada 55 pembeli terawal sebagai simbolik ulang tahun ke 55 mereka. Bukan itu sahaja, PKNS turut menawarkan diskaun sehingga 20 % serta kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) dan duti setem Memorandum Pertukaran (MOT) secara percuma kepada bakal pembeli.
Diskaun RM5,500 kepada 55 pembeli rumah terawal
Pada siri koleksi hartanah kali ini juga turut menyaksikan satu perjanjian kolaborasi dimeterai antara PKNS dan Maybank untuk pelaksanaan Skim Smart Selangor First Home Buyer.
Rumah Selangorku
"Skim yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini adalah skim bantuan pinjaman untuk memudahkan rakyat Selangor di mana Maybank akan menyediakan pembiayaan sebanyak 90%. Manakala kerajaan negeri akan memberi bantuan pembiayaan sebanyak 10% dan PKNS dilantik menjadi agensi pelaksana skim ini".
"Skim ini adalah insentif pembiayaan pinjaman 100% pada kadar faedah yang rendah untuk 8 tahun pertama. Ini akan memudahkan pembeli untuk mendapatkan pinjaman, seterusnya memiliki rumah idaman mereka, " katanya.
Antara koleksi PKNS di Kota Puteri, Bernam Jaya dan Antara Gapi
Permohonan Hanya di Cawangan Maybank Seksyen 14, Shah Alam sahaja.
Permohonan untuk skim ini hanya boleh dibuat di cawangan Maybank Seksyen 14, Shah Alam sahaja. Skim yang terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) ini dibangunkan oleh PKNS dan Anak Syarikat PKNS sahaja yang terletak di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak.
Antara koleksi PKNS di Kota Puteri, Bernam Jaya dan Antara Gapi
Selain itu, Maybank juga akan membuka kaunter khas di sepanjang siri Koleksi Hartanah ini untuk urusan perkhidmatan semakan kelayakan pinjaman perumahan untuk para pengunjung yang hadir. Apa yang perlu dibawa hanyalah slip gaji 3 bulan untuk proses semakan kelayakan pinjaman bagi membolehkan pengunjung membeli mana-mana unit rumah di bawah projek PKNS yang ditawarkan sepanjang koleksi berlangsung.
Antara koleksi hartanah PKNS
"Dengan penglibatan Kumpulan Anak Syarikat PKNS pada pameran koleksi hartanah ini juga, pastinya menjanjikan pelbagai produk hartanah merentasi seluruh negeri Selangor yang ditawarkan. Malah kali ini juga terdapat pameran khusus untuk projek Rumah Mampu Milik (RMM) PKNS di bawah jenama Rumah Selangorku Idaman PKNS dengan tawaran harga bermula daripada RM185,000," katanya.
Pada koleksi ini juga PKNS menyasarkan nilai jualan RM60 juta dan beliau yakin sasaran ini mampu dicapai apabila melihat diskaun serta tawaran menarik diberi kepada pembeli. Beliau menambah, kepada orang ramai yang berhasrat memiliki rumah, jangan tunggu lagi kerana inilah masanya untuk rebut tawaran menarik ini yang menawarkan penjimatan dan rebat sehingga RM100,000.
Kepada orang ramai yang belum memiliki rumah kediaman dan masih tercari-cari rumah idaman, jangan lepaskan peluang ini dengan berkunjung ke Koleksi Hartanah Siri 2/2019 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam dan dapatkan rebat istimewa bersama pakej menarik yang ditawarkan.
#pkns55 #pkns55tahun#koleksiHartanahPKNS2019#RumahMampuMilik #RumahSelangorkuIdaman#MyFirstHome#HomeSweetHome#Maybank#PKNSDimercuKegemilangan#SelangoraKuSayang
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cekgunorazimah.com/2019/07/pkns-tawar-diskaun-berganda-sempena.html