Pisau Siang Udang Memudahkan Kerja Pembersihan Udang
Entah dari mana saya tengok pisau udang ni tak tahulah. Rasanya di facebook kot. Lepas tu saya cari di Shopee. Tengok harga murah, saya pun masuk bakul lalu terbeli. Beli dua, satu untuk saya dan satu untuk mak di kampung.
Selalu makan udang galah, memang wajiblah ada pisau khas pembersih udang dan boleh guna untuk potong juga bersihkan perut ikan juga. Lagi mudah ada pisau khas ni sebab saiznya yang lebih praktikal untuk buang usus udang dan bahagian perut udang yang berhampiran dengan otak udang
Untuk memudahkan kerja pembersihan udang, gunakan gunting yang tajam, buang segala sesungut dan kaki serta ekornya sikit. Buang bahagian kulit udang yang ditengah tu.
Udang ni kepala dia besar, otak kecil. Dalam kepala udang yang besar tu terletaknya perut dan sistem perkumuhan udang. Otak udang yang berhampiran dengan perut udang sentiasa terdedah kepada najisnya.
Jadinya kena buang perut atau tahi yang terdapat dalam kepala udang. Saya buang sekali giginya
Bahagian belakang yang dibuang kulitnya tu perlu dipotong bahagian tengah untuk keluarkan usus udang. Usus ke tahi entah. Yang panjang tu hitam tu. Dalam gambar selepas dibuang tahi tu
Bahagian hujung pisau yang runcing dan bergigi tu sangat memudahkan untuk keluarkan tahi dan perut udang.
Pisau ni sangat tajam je. Mudah betul nak potong bahagian belakang udang ni. Jangan pisau makan jari tuan sudah lah. Risau juga tu kalau tak berhati hati. Kot lah tiba tiba terberangan..
Bersih sudah udang galah ni. Sangat memudahkan kerja bersihakan udang berbanding guna pisau bersaiz biasa tu. Sebelum ni nak buang usus belakang tu guna pencungkil gigi yang belum digunakan, tebuk pada ruas ketiga dan tarik keluar.
Macam tu pun mudah juga tapi lidi tu selalu terpatah lah pula. Dah ada pisau khas ni lebih baik. Untuk bersihkan udang biasa bersaiz kecil pun boleh. Biasanya kalau udang kecil sangat saya cabut terus kepala tinggal buang tahi belakang tu je.
Belum rasmikan pisau ni untuk potong dan bersihkan perut ikan. Baru guna untuk udang je. Siang ikan lagi mudah guna gunting je untuk semua bahagian.
Selesai pembersihan udang, lepas tu masak ringkas je. Udang goreng berlada dan kacang botor tumis.
Kalau nak beli pisau, boleh cari di Shopee...gunakan keyword pisau siang udang atau pisau udang nanti jumpalah. Harga murah seringit lebih je
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/11/pisau-udang.html