Pisau Raja Tutankhamun Berasal Dari Angkasa Lepas


Raja Tutankhamun telah memerintah Mesir pada Dinasti ke-18 selama kira-kira 9 tahun sebelum kematiannya pada 1323 SM iaitu pada penghujung Zaman Gangsa semasa Mesir berada pada kemuncak kekuasaannya.


Populariti dan minat orang ramai untuk mengkaji raja Mesir ini sangat mendalam sejak penemuan makamnya yang dijumpai dalam keadaan hampir sempurna.

Selain itu, dia juga merupakan salah satu daripada hanya sebilangan raja Mesir yang dipuja sebagai dewa dengan penemuan binaan kuil sejauh Nubia.

Firaun sememangnya diketahui umum biasa membawa bersama harta dan barangan berharga untuk ditanam apabila mati.

Jadi, penemuan pisau belati milik Raja Tut yang ditanam bersama mumianya bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Namun, asal-usul pisau tersebut telah menjadi antara topik hangat yang menarik minat para ahli arkeologi dari seluruh dunia.

Penemuan makam Tutankhamun

Makam Tutankhamun telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi berbangsa Inggeris iaitu Howard Carter pada tahun 1922 dalam satu ekspedisi yang dilakukan di Lembah Raja-raja, Mesir.

Selain mumia Tutankhamun, makam itu menempatkan 5,398 barangan lain termasuklah dua bilah pisau belati yang diletakkan di dalam balutan mumia sendiri.

Howard Carter dan keranda yang menyimpan mumia Tutankhamun

Pencarian dan ekskavasi di makam firaun berusia 19 tahun itu bermula sejak 1915 dan telah dibiayai oleh George Herbert yang merupakan Earl Carnarvon ke-5.

Walaupun makam itu tidak bertutup dan telah dirompak beberapa kali, ia telah dilupakan antara kurun ke-12 dan 11 Sebelum Masihi kerana tertimbus sepenuhnya oleh serpihan batu yang mungkin dibawa oleh banjir atau disebabkan kerja-kerja pembinaan makam baru.

Makam Tutankhamun yang ditemui didapati menyimpan pelbagai objek lain seperti takhta, keranda yang diperbuat daripada emas tulen, topeng muka, mangkuk, trompet, piala, makanan, minuman, kasut dan linen yang dipercayai akan membantu raja tersebut dalam kehidupannya selepas mati.

Binaan kawasan makam Raja Tutankhamun

Terdapat juga beberapa objek logam yang dibalut bersama mumia seperti penyandar kepala di dalam topeng, gelang emas beserta tangkal dan juga dua bilah pisau belati berhulu emas.

Di bahagian abdomennya merupakan pisau yang keseluruhannya diperbuat daripada emas manakala sebilah lagi yang dijumpai di paha kanannya pula diperbuat daripada besi.

Dalam semua objek yang dijumpai, hampir kesemuanya dibuat dengan hasil pertukangan yang kasar kecuali pisau belati istimewa itu.

Antara objek-objek lain yang dijumpai dalam makam

Pisau Tutankhamun telah menarik perhatian ramai ahli akademik dan sejarawan sejak penemuannya kerana bilahnya diperbuat daripada besi.

Pada Zaman Gangsa, besi adalah sejenis bahan yang sangat jarang dijumpai maka, pisau firaun ini telah mencetuskan pelbagai teori bahawa ia berasal daripada meteorit.

Pisau dari angkasa lepas

Bilah besi pisau ini telah dipasang ke dalam pemegang yang diperbuat daripada emas dan diukir dengan cantik serta terdapat tombol kristal di bahagian hujungnya.

Sarung pisau juga diperbuat daripada emas dan dihiasi dengan ukiran sejenis serigala dan corak bulu pelepah serta bunga lili.

Umum mengetahui tamadun Mesir purba sangat kaya dengan sumber mineral asli seperti tembaga, gangsa dan emas yang telah mula digunakan sejak milenium ke-4 Sebelum Masihi lagi untuk tujuan ritual, kesenian, upacara dan pemberian hadiah.

Namun, logam besi merupakan sesuatu yang sangat jarang didapati serta dianggap jauh lebih berharga daripada emas.

Tambahan pula, hampir kesemua bukti arkeologi menunjukkan aktiviti peleburan logam di Lembah Nil hanya bermula pada kurun ke-6 S.M.

Maka, tidak hairanlah kehadiran pisau besi pada mumia Tutankhamun ini menjadi tanda tanya bagi para pengkaji seluruh dunia.

Walaupun kandungan nikel yang tinggi pada pisau tersebut menandakan ia berasal daripada batuan meteor, tidak ada bukti sahih yang dapat menyimpulkan teori berkenaan ketika itu.

Tambahan pula, artifak-artifak Mesir agak sukar dianalisis kerana kesukaran mendapatkan kebenaran untuk menjalankan ujian secara lebih dekat.

Kemajuan teknologi sekitar dua dekad yang lalu terutamanya penciptaan spektroskopi pendarfluor X-ray (XRF) yang membolehkan pengesanan sebarang komposisi kimia tanpa merosakkan artifak telah membolehkan para saintis membuktikan bahawa pisau tersebut mengandungi bahan daripada salah satu antara 76 meteorit yang pernah dijumpai.

Kaedah ujian dilakukan
Apabila sesuatu bahan dihentam oleh sinar gama atau X-ray berkuasa tinggi, ia mengeluarkan sinar cirian yang digelar pendarfluor X-ray.

Teknik ini digunakan untuk analisis kimia pelbagai objek dalam bidang sains forensik, arkeologi, seni dan geokimia.

Keputusan ujian ke atas pisau Tutankhamun yang diterbitkan pada bulan Jun 2016 dalam jurnal "Meteorites and Planetary Science" menunjukkan hampir kesemuanya adalah logam besi dengan 11% nikel dan 0.6% kobalt.

Komposisi bahan tersebut serta nisbah antara nikel dan kobalt itu juga mengesahkan yang pisau itu berasal daripada serpihan tahi bintang.

Besi meteor ialah satu-satunya sumber besi paling tulen dalam aloi yang boleh didapati sebelum Zaman Besi dan merupakan bahagian utama dalam meteorit besi.

Meteorit besi ini pula dipercayai merupakan serpihan-serpihan daripada asteroid dan planetesimal yang sudah lama dan jauh lebih besar.

Ujian mesin XRF yang boleh dilakukan tanpa sentuhan

Aloi besi meteor yang mengandungi besi bernikel ini terjadi dalam dua fasa iaitu kamasit dan tenit.

Meteorit besi adalah sangat jarang berlaku berbanding meteorit batu. Ia mempunyai ciri-ciri spektrum asteroid jenis-M dan merupakan objek yang dipercayai wujud dalam cakera protoplanetari dan serpihan di sekeliling bintang.

Walaupun hanya 5.7% daripada kejadian meteorit yang boleh dilihat itu merupakan meteorit besi, ia membentuk sehingga 90% (500 tan) daripada jumlah jisim kesemua meteorit yang diketahui.

Hal ini demikian kerana ketumpatannya yang jauh lebih tinggi berbanding meteorit lain.

Selain itu, ia juga lebih cenderung terselamat daripada kemasukan atmosfera dan perubahan cuaca di Bumi.

Tutankhamun ini diterajui oleh para penyelidik dari Polytechnic University of Milan, University of Pisa, Itali dan Muzium Mesir di Kaherah.

Mereka membandingkan besi yang terkandung dalam pisau tersebut dengan 11 meteorit yang jatuh dalam radius sejauh 2,012 kilometer.

Ujian mendapati kandungan logam pisau tersebut berpadanan dengan meteorit "Kharga" yang ditemui berhampiran Marsa Matruh pada tahun 2000.

Meteorit "Hoba" di Namibia

Meteorit besi terbesar yang digelar "Hoba" dijumpai pada tahun 1920 di Wilayah Otjozondjupa, Namibia.

Beratnya dianggarkan melebihi 60 tan dan ia merupakan besi semula jadi dengan jisim paling berat di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Misteri Kewujudan Nefertiti Permaisuri Agung FiraunMisteri Artifak Firaun Seiras Michael Jackson
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/11/pisau-raja-tutankhamun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stesen Angkasa Lepas Ini Boleh Anda Lawati Menjelang 2027

Stesen Angkasa Lepas Ini Boleh Anda Lawati Menjelang 2027

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 188 hits
Fiskyen sains pernah meramalkan manusia akan mula tinggal di stesen angkasa lepas pada tahun 1999 Realiti tidak menyamai fiksyen dan setakat ini satu satunya stesen angkasa lepas hanya membuka pintu kepada pelancong dalam jumlah yang amat t...
Isteri Aku Cantik Persis Korea Lepas Kahwin Baru Tahu Dia Kuat Kentut Dan Busuk

Isteri Aku Cantik Persis Korea Lepas Kahwin Baru Tahu Dia Kuat Kentut Dan Busuk

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 703 hits
Gambar sekadar hiasanBila baca tajuk story aku ni korang jangan lah jump to the conclusion terus ok Sebelum kau orang nak komen negatif ke positif ke meh dengar aku citer dulu Macam ni Aku ni kahwin dengan seorang perempuan yang sangat cant...
Di Hari Ulang Tahunnya Pelajar Sma Di California Lepas Tembakan Di Kelas

Di Hari Ulang Tahunnya Pelajar Sma Di California Lepas Tembakan Di Kelas

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 256 hits
Seorang pelajar SMA di California Selatan membunuh dua teman sekelasnya dan melukai tiga siswa lainnya mengeluarkan pistol kaliber 0 45 kaliber dari ranselnya dan melepaskan tembakan dalam hitungan detik saat baru memasuki kelas
Apamautipulagi Lepas Isu Peja Dap Boikot Prk Tg Piai

Apamautipulagi Lepas Isu Peja Dap Boikot Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 421 hits
Apakah benar selepas meletop isu Menteri Besar Perak YAB Ahmad Faizal Azumu aka Peja mendedahkan perangai sebenar DAP di Perak DAP ambil keputusan untuk TIDAK mahu melibatkan diri dengan kempen di PRK Tg Piai Setiausaha Agung DAP Lim Guan E...
Jururawat Dakwa Kena Ganggu Lepas Kerat Tali Azimat Di Pinggang Mayat Wanita Tua

Jururawat Dakwa Kena Ganggu Lepas Kerat Tali Azimat Di Pinggang Mayat Wanita Tua

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 393 hits
Umum mengetahui bahawa dunia ini bukan sahaja dihuni manusia namun juga makhluk lain sama ada boleh dilihat dengan mata kasar ataupun tidak Biarpun kita difahamkan mereka berada di mana mana tetapi sesetengah lokasi lebih kerap dikaitkan de...
Minggu Lepas Scan Minggu Ni Tak Scan Sah Doktor Ni Pemalas Doktor Tampil Jelaskan Keperluan Scan Perut Ibu Hamil

Minggu Lepas Scan Minggu Ni Tak Scan Sah Doktor Ni Pemalas Doktor Tampil Jelaskan Keperluan Scan Perut Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 422 hits
Apabila disahkan mengandung beberapa minggu kemudian si ibu diminta doktor untuk datang ke klinik semula bagi tujuan imbasan tumbesaran bayi Sudah pastinya ibu dan bapa teruja melihat perkembangan bayi mereka Dan setiap kali pemeriksaan dij...
Sempat Sejam Bersama Mama Lepas Papa Azankan Adik Pergi Dengan Tenang

Sempat Sejam Bersama Mama Lepas Papa Azankan Adik Pergi Dengan Tenang

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 398 hits
Kehilangan anak yang dinantikan sebagai penyeri dalam keluarga satu ujian yang cukup besar bagi setiap pasangan suami isteri Apatah lagi kehadirannya itu pengubat kepada kehilangan anak pertama sebelum itu Namun takdir yang ditentukan tiada...
Dipercayai Tertekan Mak Ayah Bercerai Lelaki Lepas Geram Serang Puluhan Budak Tadika Guna Cecair Kimia

Dipercayai Tertekan Mak Ayah Bercerai Lelaki Lepas Geram Serang Puluhan Budak Tadika Guna Cecair Kimia

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 375 hits
Lebih daripada 50 orang kebanyakannya kanak kanak didakwa dicederakan oleh seorang lelaki yang memecah masuk sebuah tadika di China dan menyembur mereka dengan cecair kimia lapor pihak berkuasa Menurut pihak polis bandar Kaiyuan suspek yang...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri