Pinjaman Sektor Tidak Produktif Punca Ekonomi Merosot




Masalah kejatuhan ringgit pada ketika ini tidak boleh dilihat secara terpisah dengan penambahan pinjaman kepada ‘sektor tidak produktif’ dalam dua dekad terakhir.
Menurut Ketua Biro Profesional Muda KEADILAN, Seah Jhen Pei, berdasarkan data Nilai Ditambah Pembuatan (MVA) Malaysia negara ini berada dalam skala menurun tahun demi tahun kerana modal pinjaman yang dikeluarkan lebih banyak tertumpu kepada pembelian hartanah atau kereta yang tidak menghasilkan keuntungan sebagaimana pinjaman membina kilang atau memulakan perniagaan baharu.
“Bagi sesebuah negara berdagang, kita memerlukan sektor pembuatan yang kukuh dan mampan untuk mengeluarkan barangan untuk diniagakan.
“Merujuk kepada data MVA kita, ia mengalami penurunan mendadak dari 2004 hingga 2019, menurun daripada 30% kepada 21% KDNK.
“Sebaliknya, pinjaman terkumpul oleh institusi perbankan untuk sektor hartanah meningkat daripada 29.1% kepada 66% antara tahun 1997 dan 2022.
“Sehingga tahun 2021, pinjaman terkumpul kepada sektor hartanah adalah hampir 9 kali daripada pinjaman kepada sektor pembuatan.
“Dalam erti kata lain, sebagai sebuah negara membangun, kita menghasilkan produk perdagangan yang semakin berkurangan pada tahun-tahun tersebut dengan modal ditarik dari sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (kepada sektor tidak produktif),” katanya dalam kenyataan.
Masalah yang timbul berdasarkan polisi ekonomi yang salah itu, kata Jhen Pei, ekonomi Malaysia bergerak ke arah perbelanjaan pengguna dan bergantung kepada faktor tersebut dan bukannya kepada enjin pertumbuhan sebenar iaitu sektor pembuatan yang boleh menjana banyak keuntungan.
“Ekonomi Malaysia kini sangat bergantung kepada perbelanjaan pengguna, yang menjadikan model ekonomi kita agak rapuh.
“Apabila sektor pembuatan tempatan dan PKS kita kekurangan dana, kita tidak dapat menghasilkan pengeluaran yang mencukupi walaupun untuk kegunaan domestik.
“Akibatnya, kita perlu mengimport walaupun barangan penting dan harganya sangat terdedah kepada kesan mata wang tempatan yang lemah,” ujarnya.
Oleh itu, kata penganalisis ekonomi itu, Malaysia amat perlu beralih kepada inisiatif Growth High Value (HGHV) yang ditekankan oleh Kerajaan Madani sejak setahun lalu bagi memantapkan pertumbuhan, khususnya melalui kegiatan eksport barangan industri.
“Inisiatif HGHV yang ditekankan oleh Kerajaan Madani adalah agenda reformasi ekonomi utama, yang sangat diperlukan oleh negara.
“Malaysia bukan sahaja perlu mengeluarkan barangan, tetapi juga barangan bernilai tinggi yang boleh menjadi pemacu utama ekonomi kita.
“Seharusnya, golongan belia negara ini turut memainkan peranan. Kita harus membayangkan diri kita berada dalam sektor HGHV ini. Belia kita perlu diarahkan ke sektor produktif ini,” katanya.
Beliau merujuk contoh Singapura dengan penduduk yang sedikit sekitar 5.9 juta tetapi mempunyain indeks MVA lebih tinggi berbanding Malaysia, dengan 33.5 juta penduduk kerana menumpukan HGHV.
“Menurut data MVA terkini oleh Bank Dunia, MVA Singapura ialah AS$ 95.69 bilion, manakala MVA Malaysia ialah AS$ 95.21 bilion pada tahun 2022.
“Dalam erti kata lain, MVA per kapita Singapura adalah 5.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, yang mewajarkan mengapa ringgit lebih rapuh berbanding dolar Singapura,” katanya lagi.
The post Pinjaman ‘sektor tidak produktif’ punca ekonomi merosot first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37039?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pinjaman-sektor-tidak-produktif-punca-ekonomi-merosot

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amaran Untuk Anwar 2024 Tahun Bala Bagi Ekonomi Dunia

Amaran Untuk Anwar 2024 Tahun Bala Bagi Ekonomi Dunia

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 541 hits
Amaran untuk Anwar 2024 tahun bala bagi ekonomi dunia ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be J1LB zs lY src in org https www youtube com embed J1LB zs lY wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtu...
Ekonomi Parah Jika Ringgit Cecah Paras Rm5 Berbanding Dolar Mp Pkr

Ekonomi Parah Jika Ringgit Cecah Paras Rm5 Berbanding Dolar Mp Pkr

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 387 hits
malaysiakini comPARLIMEN Seorang ahli parlimen PKR hari ini memberi amaran bahawa ekonomi negara akan menjadi parah jika ringgit mencecah paras melebihi RM5 berbanding dolar AS Wong Chen berkata meskipun kejatuhan nilai ringgit adalah bukan...
Radzi Cermin Diri Kegagalan 33 Bulan Pn Urus Ekonomi Amk

Radzi Cermin Diri Kegagalan 33 Bulan Pn Urus Ekonomi Amk

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 229 hits
Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Haziq Azfar menggesa Naib Presiden Parti Bersatu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bercermin diri ekoran kritikannya berhubung prestasi nilai matawang ringgit Menurut Haziq naratif songsang Rad...
Keh Keh Keh Mu Lajar Ekonomi Mana Mung Jangan Wat Malu Jah

Keh Keh Keh Mu Lajar Ekonomi Mana Mung Jangan Wat Malu Jah

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 383 hits
MMMS Kasihan dia dia ingat dia power bila sebut inflasi kelantan bawah 1 tapi bawah 1 tu lebih hampir pada kebantutan ekonomi kalau negatif lagi teruk sebab akan jadi deflasi Kalau deflasi berlaku ia akan menyebabkan kemelesetan ekonomi pen...
Kongress Ekonomi Melayu

Kongress Ekonomi Melayu

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 331 hits
Bersempena dengan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang sedang berlangsung hari ini sehingga Sabtu satu sesi fireside chat akan diadakan bersama Saudara Ibrahim Sani CEO Yayasan Peneraju dimana saya akan membincang dan membentangkan pelan da...
Imbas Kembali Cara Najib Pulihkan Ekonomi Negara

Imbas Kembali Cara Najib Pulihkan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 279 hits
Secara ringkasnya jika kadar faedah meningkat maka pelabur dana akan cenderung untuk beli bon bon dalam negara kita kerana pulangan yang lebih tinggi Jadi permintaan terhadap Ringgit meningkat dan akhirnya nilai Ringgit juga akan naik Tapi ...
Punca Tangan Menggeletar

Punca Tangan Menggeletar

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 409 hits
Ramai yang mengadu merasa shaking atau menggeletar sejak akhir akhir ini Tangan yang menggeletar adalah satu pergerakan yang tidak terkawal yang berpunca dari pelbagai faktor Punca tangan menggeletar mungkin termasuk faktor gaya hidup dan m...
Siplis Lelaki Punca Gejala Pencegahan Awal Dan Rawatan

Siplis Lelaki Punca Gejala Pencegahan Awal Dan Rawatan

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 380 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit siplis lelaki risiko gejala serta rawatan atau pencegahan yang boleh diambil Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah penyakit siplis lelaki yang perlu anda tahu ...
Who Is Anwar Ibrahim The Malaysian Leader Who Helped Trump Preside Over A Peace Deal

To Debate Satanic Us Trade Deal

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Family Life Protection Plan Malaysia Secure Your Loved Ones Future

Cara Solat Sunat Taubat Nasuha

Wabak Maut Menular Di Israel 8 Kematian Dan Hampir 5000 Kes

10 000 Langkah Kenapa Kaki Kena Rajin Melangkah

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rm250k Penalty Per Aerotrain Breakdown Should Have Been Imposed From Outset Not After Almost 2 Dozen Disruptions

K Car Elektrik Pertama Byd Racco Buat Debut Di Jepun

Kisah Benar Scam Siber Over 4 Million Malaysians Reached Through Real Life Scam Stories

Hujah Ini Mungkin Kurang Tepat

Covva House Bon Studio Colombia

Man Under Influence Of Drugs Alcohol Nabbed Over Temple Ruckus