Ping Blog Anda Di Babab Net
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta pada hari minggu ini. Yang pasti sahabat-sahabat telah menyusun pelbagai aktiviti yang akan di lakukan di rumah masing-masing kerana tidak boleh lakukan di aktiviti di luar kerana kita masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0). Pada pagi ini jua Naim ingin berkongsi sedikit pengalaman berkisar ping blog ini.Yang pasti ramai sahabat-sahabat ingin traffik yang menarik dan terbaik ke blog kita kan.
Page yang Naim maskudkan itu adalah laman web Babab.Net.Babab.Net adalah salah satu website ping blog yang sangat popular bagi Naim kerana kebanyakkan traffik banyak di sumbangkan oleh Babab.Net dengab submit link entri terbaharu kita dan ia akan menyumbang traffik yang sangat memuaskan ke blog kita. Kalau dahulu mereka di kenali sebagai pingbusuk.org. Di About Babab.Net admin website itu telah menegaskan :-
" Babab.net adalah aggregator site untuk membantu blogger-blogger baru di Malaysia mendapat tempat di search engine seperti google, bing dan lain-lain. Namun begitu, blogger yang sudah mendapat tempat di search engine juga tidak dihalang untuk menggunakan aggregator babab untuk mendapatkan lebih trafik atau untuk menyedarkan pembaca lain tentang kewujudan laman blog anda. "
Oleh itu marilah bersama-sama kita ping blog kita di Babab.Net. Naim tahu kebanyakkan kita tidak boleh share link blog di media sosial seperti Facebook di sebabkan di block oleh pihak Facebook sendiri. Yang pasti ini adalah alternatif terbaik untuk menjana traffik ke blg kita sendiri. Insha Allah , Naim akan tunjukkan langkah-langakah untuk ping blog kita.
1) Setelah masuk laman web Babab.Net. Anda kena klik pada Dapatkan code auto ping di sebelah kanan web tersebut.
Ok, setelah itu, anda kena copy banner code dan paste di dalam blog anda. ( Dashboard- Layout- Add Gadget- HTML-Javascipt) dan save. Baru code pertama.
Code Widget juga perlu di copy di letak di dalam blog kita. kerana code widget perkara wajib kerana ia salah satu menjana traffik jika klik. Cara ia sama sahaja seperti code pertama. ( Dashboard- Layout- Add Gadget- HTML-Javascipt).
Setelah selesai anda meletakkan Banner Code dan Code Widget di tempat yang bersesuaian di blog anda. Ini langkah seterusnya untuk ping blog anda.
2) Masih di Babab.Net, anda perlu klik pada Semakan status domain anda.Selepas itu ada kosong kosong di sebelah kiri. Anda kena masukkan url blog anda. Seterusnya klik pada Semak Domain.
3) Jika berjaya, ia akan di papar seperti gambar di atas ini, kemudian anda kena Klik LINK yang berwarna biru. Untuk langkah seterusnya.
4) Langkah seterusnya masukkan code number yang kosong itu dan tekan button Ping Sekarang. Blog anda di papar dengan artikel terbaharu yang kita baru update.
5) Tadaa... apabila blog kita di terima kita menerima Succes... gambar di atas adalah artikel yang sebelum ini.
Begitulah serba sedikit cara ping blog anda di Babab.Net. Naim harap anda semua faham ya. Jika tidak paham lagi, boleh tinggalkan komen di bawah ya. Terima kasih.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/02/ping-blog-anda-di-bababnet.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)