Kredit gambar abam lori pindah Secara rasminya bolehlah dikatakan hari Mrs. A betul-betul pindah adalah pada 28.12.2019 cause pada hari tulah khidmat abam lori digunakan sepenuhnya. Tak lupa juga yang tolong angkat-angkat barang kawan-kawan Along alhamdulillah mereka sangat-sangat membantu. Kawan-kawan Along tu tolong angkat barang-barang dari rumah lama sampailah kat rumah baharu tu pun mereka yang tolong angkatkan ke dalam rumah sampai ke dalam bilik-bilik sekali. Terima kasih banyak anak-anak you all memang terbaik!
Sementara tunggu Along sempat Mrs. A snap seketulPublic Holiday Christmas tu orang lain busy pi bercuti we all busy nak pindah. 26 dan 27 Disember 2019 tu pun Mrs. A purposely amik cuti cause nak pindah rumah. Hurm... readers pun mesti fahamkan betapa serabutnya proses nak berpindah ni, tak tahu mana nak dimulakan dulu tengok sana serabut, tengok sini serabut tapi mujurlah Mrs. A sihat-sihat aje takdelah sampai demam. Ialah berdasarkan pengalaman lalu Mrs. A sampai demam-demam giteww. Tapi pindah kali ni Mrs. A buat ikut my own sweet time jer... kalau semua nak dicuit memang stress dan boleh jatuh sakit. Lagi satu nak habaq nih! style pindah we all nih! memang ganas gitteww....
Ha! tu dia semua barang sumbat dalam plastik hitam jer... muahhhaaaa...Alhamdulillah proses angkut barang-barang tu settle pada hari Sabtu tu jugak. Ada barang-barang yang Mrs. A tak bawak pun mana yang masih elok tu Mrs. A hadiahkan kepada yang mahu. Alhamdulillah abam lori jugak yang punya arrangement katanya ada kawan dia yang susah tu berminat. Syukur dipermudahkan kalau tak manalah nak letak barang-barang tu kan...|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |