Pindaan Perlembagaan 2022 Dorong Pemimpin Umno Jadi Diktator Tun Abdul Hamid


By SatuBerita
-May 20, 2022
Tun Abdul Hamid
Oleh TUN ABDUL HAMID MOHAMAD

MAKA Persidangan Agung Khas UMNO pada 15 Mei 2022 pun meluluskan pindaan kepada Perlembagaan UMNO. Mari kita lihat pindaan itu dengan lebih dekat. Fasal 10.1.1 setelah dipinda, berbunyi:

“Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan ATAU tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang mana terkemudian.”

Untuk memudahkan perbincangan ini, saya hanya merujuk kepada jawatan-jawatan yang disebut dam Fasal 9.3 iaitu:

“Presiden, Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden dan dua puluh lima orang Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali.”

Sebelum dipinda, MKT hanya boleh menangguh pemilihan selama 18 bulan, menjadikan hayat jawatan pemegang-pemegang itu 3 tahun + 18 bulan = 4 tahun 6 bulan. Pemilihan mesti diadakan sebelum tamat tempoh 4 tahun 6 bulan itu.

Selepas dipinda, MKT ada dua pilihan: tidak lebih daripada 18 bulan ATAU tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu PRU.

Perhatikan perkataan “atau” yang digunakan dalam ayat itu. Ertinya, MKT hanya boleh memilih salah satu daripada dua pilihan yang ada itu.

JIKA PADA TARIKH TAMATNYA TEMPOH TIGA TAHUN ITU, TEMPOH LIMA TAHUN HAYAT PARLIMEN ITU JUGA AKAN TAMAT TIDAK LAMA LAGI DAN MKT MAHU TEMPOH MEREKA MEMEGANG JAWATAN DILANJUTKAN SEBERAPA LAMA YANG BOLEH, LEBIH BAIK MKT TIDAK MENGGUNAKAN KLAUSA KEDUA. INI KERANA KLAUSA PERTAMA BOLEH MEMBERIKAN MEREKA 18 BULAN TAMBAHAN, TIDAK KIRA PRU DIADAKAN SEBELUM TAMAT TEMPOH 18 BULAN ATAU TIDAK.

Jika dalam keadaan itu mereka menggunakan klausa kedua, pemilihan mesti dibuat dalam tempoh enam bulan selepas PRU diadakan yang, besar kemungkinan, adalah kurang daripada 18 bulan.

Katakanlah PRU baru sahaja diadakan sebelum tamatnya tempoh tiga tahun itu. Dalam keadaan ini, jika MKT memilih menggunakan klausa pertama, penangguhan hanya selama 18 bulan selepas tarikh tamat tempoh tiga tahun itu.

Sebaliknya, jika ia memilih klausa kedua, sama ada penangguhan akan lebih atau kurang daripada 18 bulan tertakluk kepada bila PRU berikutnya diadakan. Jika ia diadakan di hujung tempoh lima tahun hayat Parlimen, ia boleh jadi hampir 3 tahun + 5 tahun + 6 bulan = 8 tahun 6 bulan.

Kita lihat satu senario lagi, iaitu di mana UMNO adalah parti memerintah dan Presiden UMNO adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang kebanyakannya ahli MKT mahu terus memegang jawatan dalam parti seberapa lama yang boleh tanpa pemilihan baru. MKT boleh menggunakan klausa kedua.

Presiden UMNO boleh mengatur bila tarikh pemilihan diadakan tertakluk kepada apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan UMNO. Sebagai Perdana Menteri beliau boleh pula mengatur tarikh PRU dalam tempoh lima tahun hayat Parlimen itu yang boleh memberi tempoh paling panjang baginya dan penyokong-penyokongnya memegang jawatan parti.

Ia boleh jadi hampir lapan tahun enam bulan (3 tahun + 5 tahun + 6 bulan = 8 tahun 6 bulan.)

ERTINYA, MEREKA BOLEH MEMEGANG JAWATAN HAMPIR TIGA KALI GANDA DARIPADA TEMPOH TIGA TAHUN ASAL. AKIBATNYA, AKAN BERKURANGLAH AMALAN DEMOKRASI DALAM UMNO DAN IA AKAN MENJADIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO SEBAGAI DIKTATOR.

Itukah yang dikehendaki olah Presiden, ahli-ahli MKT, penjawat-penjawat UMNO yang menjadi perwakilan dan mengundi meluluskan pindaan itu? Adakah terdapat di antara mereka yang tidak mengetahui akibatnya? Adakah ahli-ahli biasa memahaminya dan mahukan demikian?

Saya tidak faham apa tujuannya dimasukkan kata-kata “yang mana terkemudian”. Saya tidak nampak bagaimana ia menjadi relevan. MKT hanya boleh memilih satu daripada dua pilihan itu. Jika MKT memilih klausa pertama, pemilihan perlu dibuat sebelum tamat tempoh 18 bulan.

Tarikh untuk pemilihan berikutnya diketahui pada masa penangguhan dibuat lagi. Jika MKT memilih klausa kedua, pemilihan perlulah dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU diadakan. Bila? Tidak diketahui sebab tarikh PRU berikutnya belum diketahui.

Biar apa pun, tempoh 18 bulan dan enam bulan selepas PRU berikutnya itu tidak berjalan selari kerana MKT cuma boleh pilih salah satu daripada dua pilihan itu pada sesuatu masa. Dari mana datangnya yang mana terkemudian? Tiga perkataan itu adalah superflous (berlebihan).

PENDAFTAR PERLU MEMINTA PENJELASAN DARIPADA UMNO APAKAH TUJUANNYA MEMASUKKAN PERKATAAN-PERKATAAN ITU. JIKA PENJELASAN YANG MEMUASKAN TIDAK DAPAT DIBERI DAN PENDAFTAR HENDAK MELULUSKAN JUGA PINDAAN ITU, PERKATAAN-PERKATAAN ITU HENDAKLAH DIPOTONG.

Kita tahu bahawa pindaan itu tidak akan berkuatkuasa melainkan setelah ia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Peruntukan undang-undang mengenainya berbunyi begini:

“1. Tiadalah sesuatu pertubuhan berdaftar boleh –

(a) …

(b) meminda aturan-aturannya,

dengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar…”

Peruntukan ini langsung tidak menyebut apa tujuan mendapat kelulusan itu dan apakah faktor-fakor yang perlu dipertimbangkan sama ada kelulusan hendak diberi atau tidak.

Mengikut laporan akhbar, ditanya oleh wartawan, Ketua Pengarah (Pendaftar) menjelaskan:

“Kami perlu meneliti pindaan itu dari segi istilah dan terma-terma dalam perlembagaan parti itu, selain meneliti proses Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) termasuk jumlah kehadiran mesyuarat.

…ada banyak perkara perlu diteliti, lebih lagi ini membabitkan terma perundangan berkaitan perlembagaan parti…”

Pejelasan Pendaftar pun hanya sekadar menyebut untuk meneliti terma dan istilah yang digunakan dan prosedur mesyuarat, dalam kata lain, format, bukan isi.

Biar apa pun kita tunggulah keputusan Pendaftar. Tetapi, jika pindaan itu diluluskan sekalipun, ia tidak boleh digunakan untuk menangguh tarikh pemilihan sekali lagi untuk melanjutkan tempoh jawatan penjawat-penjawat pada masa ini. Berbuat demikian bererti menggunakan kedua-dua pilihan itu, lepas satu, satu. Itu tidak dibenarkan oleh pindaan itu.

Saya sarankan UMNO kembali ke pangkal jalan. Tiga tahun sekali pemilihan sudah cukup panjang. Dalam keadaan yang sangat terkecuali, penangguhan tidak lebih dari enam bulan adalah patut dan memadai. Lebih dari itu, apatah lagi seperti pindaan baru ini, ia mengurangkan amalan demokrasi dan menggalakkan kediktatoran dalam parti. Sama ada ia digunakan sedemikian atau tidak bukanlah isunya. Isunya mengapa mengesahkan apa yang sepatutnya menjadi penyalahgunaan kuasa?
Tun Abdul Hamid Mohamad adalah bekas Ketua Hakim Negara. Artikel ini dipetik daripada blog https://tunabdulhamid.me

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/pindaan-perlembagaan-2022-dorong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Cerita Pemilihan Umno 2022 Berjayakah Pindaan Perlembagaan Tangguh Lagi Tarikhnya

Apa Cerita Pemilihan Umno 2022 Berjayakah Pindaan Perlembagaan Tangguh Lagi Tarikhnya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 147 hits
Berikutan permohonan menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan sebagaimana dibenarkan dalam perlembagaannya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau RoS tempoh akhir parti itu mesti mengadakan pemilihannya ialah pada 29 Disember tahun in...
Pindaan Perlembagaan Umno Bukan Untuk Selamatkan Zahid

Pindaan Perlembagaan Umno Bukan Untuk Selamatkan Zahid

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 181 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pindaan perlembagaan parti itu bukan bertujuan untuk menyelamatkan kendudukannya Jelasnya amat malang jika ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang mempercayai tuduhan sedemikian Sebaliknya kata...
Penganalisis Berbeza Pendapat Mengenai Masa Depan Ismail Selepas Pindaan Perlembagaan Umno

Penganalisis Berbeza Pendapat Mengenai Masa Depan Ismail Selepas Pindaan Perlembagaan Umno

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 164 hits
May 16 2022 Seorang penganalisis berkata Ismail Sabri Yaakob tidak disenangi oleh puak arus perdana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Masa depan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri tidak menentu selepas Umno sebulat sua...
Pindaan Perlembagaan Umno Segalanya Bakal Terjawab Esok

Pindaan Perlembagaan Umno Segalanya Bakal Terjawab Esok

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 154 hits
KUALA LUMPUR Satu lagi sejarah bakal tercatat dalam tempoh 76 tahun penubuhan UMNO apabila parti itu akan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Pindaan perlembangaa...
Pindaan Perlembagaan Umno Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi Pru15

Pindaan Perlembagaan Umno Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi Pru15

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 163 hits
Pindaan Perlembagaan UMNO Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi PRU15 Pindaan perlembagaan UMNO penting untuk menyempurnakan hasrat ahli dan akar umbi parti pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu tetapi juga sebagai kelangsungan...
Umno Mengabsahkan Pindaan Pada Perlembagaan Umno Dalam Perhimpunan Agong Umno

Umno Mengabsahkan Pindaan Pada Perlembagaan Umno Dalam Perhimpunan Agong Umno

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 188 hits
Perhimpunan Agung Khas UMNOAlhamdulillah hari ini telah berlangsung Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk meminda perlembagaan UMNO dan Sambutan Hari UMNO ke 76 Amanat yang disampaikan oleh Dato Seri Presiden Dr Zahid Hamidi cukup menyuntik sem...
Sementara Tarikh Pru15 Ditentukan Kabinet Apa Jadi Jika Pindaan Perlembagaan Umno Tidak Diluluskan Ros

Sementara Tarikh Pru15 Ditentukan Kabinet Apa Jadi Jika Pindaan Perlembagaan Umno Tidak Diluluskan Ros

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 204 hits
Meskipun UMNO telah berjaya meminda perlembagaannya melalui Perhimpunan Agung Khas semalam yang menetapkan pemilihan parti hanya akan diadakan selepas enam bulan PRU dilangsungkan perkara itu masih tertakluk kepada kelulusan Pejabat Pendaft...
Pemimpin Umno Tidak Cukup Lega Lindungi Jawatan

Pemimpin Umno Tidak Cukup Lega Lindungi Jawatan

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 212 hits
Hari ini Umno akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi tujuan meminda perlembagaannya iaitu pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PRU dilangsungkan Dengan pindaan itu ia bukan saja bermaksud pemilihan Umno yang sepatutny...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda