Pilihanraya Negeri Johor Bakal Berlaku


Pilihanraya Negeri Johor Bakal Berlaku? | Perbalahan antara Umno dan Bersatu yang tidak berkesudahan mungkin menyaksikan pilihan raya negeri Johor bakal diadakan tidak lama lagi, kata sumber Umno negeri itu

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, beliau berkata, ini akan menjadi kenyataan selagi Bersatu tidak berhenti daripada mengasak Umno bagi mendapatkan lebih banyak jawatan lantikan politik

"Bersatu menekan kami untuk mendapatkan jawatan tetapi Umno membalas dengan mengancam untuk mengadakan pilihan raya negeri," katanya dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan

Bersatu Johor mengadu bahawa lantikan politik, termasuk untuk menerajui GLC negeri, tidak dilakukan secara adil dan menuduh Umno mengketepikannya

Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri di Johor setelah Bersatu berpaling tadah daripada Pakatan Harapan untuk berganding bahu dengan BN dan PAS

Pilihanraya Negeri Johor Bakal Berlaku?
Sumber itu percaya bahawa Bersatu akan mengalah jika berdepan dengan ugutan supaya pilihan raya negeri diadakan

"Umno Johor jauh lebih kuat, kita boleh memenangi pilihan raya ini sendiri

"Kelebihan memihak kita. Habis, kalau snap polls dia (Bersatu) nak ke siapa? (Pakatan) Harapan? Memang tak la,” katanya

Dewan Undangan Negeri Johor mempunyai 56 kerusi, daripada jumlah itu, kedua-dua Umno dan DAP masing-masing mempunyai 14 kerusi. Baki kerusi dipegang oleh Bersatu (11), Amanah (9), PKR (4), MIC (2), PAS (1) dan Bebas (1)

Secara keseluruhan PN mempunyai 29 kerusi dan PH pula 27

Bekas menteri besar Johor Osman Sapian, bagaimanapun, berkata, pembubaran DUN Johor bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri


“Ini kuasa Tuanku Sultan,” katanya kepada Malaysiakini

Seksyen 7 (2) (b) Perlembagaan Johor menyatakan bahawa sultan mempunyai budi bicara untuk tidak menunaikan permintaan untuk membubarkan DUN

Osman berkata sebagai sekutu dalam PN, Umno Johor juga mesti membincangkan cadangan pembubaran dengan kepemimpinan tertinggi gabungan itu, termasuk Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin

“Kalau dia (Umno) tak runding, maka dia tak menghormati Bersatu sebagai ahli PN,” katanya

Pilihanraya Negeri Johor Bakal Berlaku?
Begitu juga, Osman berkata, sebarang lantikan politik mesti dibincangkan dengan kepimpinan PN

“Dia kena bincang dengan kepimpinan tertinggi baru tahu boleh selesai atau tidak

“Kita di peringkat ketua bahagian Bersatu belum pernah dipelawa untuk bincang perkara ini,” katanya

Sementara itu, Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang lebih yakin bahawa penyelesaian “menang-menang” mampu dicapai

“Saya sangat yakin dengan kepimpinan Hasni Mohammed sebagai MB, dia seorang yang kompeten

“Saya (telah) jumpa MB, dia sedang teliti perkara ni dan Insya-Allah dalam masa terdekat akan diumumkan win-win situation,” katanya

Bagi Mazlan, perselisihan pendapat dalam parti adalah perkara biasa yang diibaratkannya sebagai asam garam politik

Anggota exco negeri itu juga menegaskan bahawa setkat ini kerajaan negeri berfungsi dengan lancar

Pada 27 April, pemimpin Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri dalam satu tulisannya meminta parti lain yang membentuk kerajaan PN agar tidak memandang enteng keberadaan mereka dalam gabungan berkenaan

Pilihanraya Negeri Johor Bakal Berlaku?
Solihan, yang merupakan anggota exco kerajaan negeri dan Adun Tenang, juga berkata, penyertaan Bersatu dalam lantikan politik seperti di GLC mesti menjadi sebahagian daripada kerjasama PN

Sejak itu, pemimpin Bersatu Johor yang lain, termasuk Osman, menyuarakan perkara yang sama. - malaysiakini



Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/05/pilihanraya-negeri-johor-bakal-berlaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Bayar Zakat 1441h Tahun 2020 Secara Online Di Negeri Johor

Cara Bayar Zakat 1441h Tahun 2020 Secara Online Di Negeri Johor

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 1002 hits
Cara Bayar Zakat 1441H 2020 M Secara Online Di Negeri Johor Bagi memudahkan urusan pembayaran zakat ketika musim PKP ini akibat dari wabak Covid 19 kerajaan telah membuka kemudahan bayaran zakat secara online Zakat yang dimaksudkan adalah z...
Ketetapan Harga Fitrah Bagi Negeri Johor Darul Ta Zim Tahun 1441h 2020m

Ketetapan Harga Fitrah Bagi Negeri Johor Darul Ta Zim Tahun 1441h 2020m

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 574 hits
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1441H bersamaan 2020M pada dua kadar harga RM 7 00 ...
Permohonan Bantuan Ihsan Covid 19 Sebanyak Rm250 Hingga Rm500 Negeri Johor

Permohonan Bantuan Ihsan Covid 19 Sebanyak Rm250 Hingga Rm500 Negeri Johor

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 831 hits
PERMOHONAN BANTUAN IHSAN COVID 19 SEBANYAK RM250 HINGGA RM500 NEGERI JOHOR SIAPAKAH SASARAN UTAMA BANTUAN IHSAN COVID 19 SEBANYAK RM250 HINGGA RM500 NEGERI JOHOR menyasarkan bantuan ini kepada golongan seperti berikut Orang perseorangan ata...
Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 518 hits
Mohd Farhan Darwis PERTELINGKAHAN dengan Umno di Johor perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan masalah itu merebak ke negeri lain kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan Katanya masalah itu boleh menular memandang...
Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 400 hits
BERITAPerbalahan antara Umno dan Bersatu yang tidak berkesudahan mungkin menyaksikan pilihan raya negeri Johor bakal diadakan tidak lama lagi kata sumber Umno negeri itu Bercakap kepada Malaysiakini petang ini beliau berkata ini akan menjad...
Permainan Rali Dirt Baharu Bakal Tiba

Permainan Rali Dirt Baharu Bakal Tiba

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 336 hits
11 Kongsikan Selepas dua permainan video yang dilancarkan pada tahun lepas iaitu Dirt Rally 2 0 dan Grid tahun ini kita mungkin akan dapat melihat permainan perlumbaan dibawah francais Dirt baharu kelak Melalui pengumuman oleh Codemaster se...
Puteri Aishah Kongsi Video Ujian Saringan Covid 19 Bakal Lakukan Swab Test Buat Kali Kedua

Puteri Aishah Kongsi Video Ujian Saringan Covid 19 Bakal Lakukan Swab Test Buat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 471 hits
Sebelum ni dah ramai artis menjalani ujian saringan Covid 19 secara drive thru Antaranya ialah Ummi Nazeera Nazim Othman Uqasha Senrose dan ramai lagi Kali ini giliran Puteri Aishah pula yang baru baru ini memuatnaik satu video di Instagram...
Bantuan Sembako Diprotes Warga Wali Kota Serang Bakal Melakukan Evaluasi

Bantuan Sembako Diprotes Warga Wali Kota Serang Bakal Melakukan Evaluasi

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 253 hits
Wali Kota Serang Syafrudin mengatakan pihaknya akan memerintahkan Inspektorat untuk melakukan pemeriksaan terhadap Dinas Sosial Kota Serang soal anggaran bantuan sembako JPS yang dipertanyakan warga terdampak Covid 19
Bakal Menimang Cahayamata Kami Yang Pertama Fattah Amin Kongsi Berita Fazura Hamil

Bakal Menimang Cahayamata Kami Yang Pertama Fattah Amin Kongsi Berita Fazura Hamil

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 1233 hits
Setelah dua tahun mengikat tali pernikahan pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin baru baru ini berkongsi berita gembira untuk para peminat mereka Fazura 36 kini disahkan hamil empat bulan Berita gembira itu tela...
Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Drama Cinta Bukan Milik Kita Lakonan

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Two Crows Coming Home From Guantanamo


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Selamat M Sia Dari Politik Celaru Hiburan Celaru

Club James A Contemporary Evolution Of An Iconic Architectural Legacy

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Ketibaan Sejuta Pelancong India Lakar Rekod Baharu

Pekerja Kilang Terbabas Maut Dilanggar Motosikal Lain