Pilihan Bukan Di Tangan Tengku Zafrul


 
Ketika timbul ura-ura Tengku Zafrul Aziz mahu bertukar parti tiga bulan lepas, keadaannya gegak-gempita daripada suara-suara yang membantah. Bermacam-macam yang dikatakan kepadanya – daripada seorang yang tidak berprinsip, tidak tegas mempertahankan pendirian hinggalah kepada memikirkan kepentingan dirinya semata-mata.
Di sebalik keras sekali bunyinya, ia juga bermaksud Umno, terutama Umno Selangor, masih sayangkannya dan tidak mahu kehilangannya kepada PKR. Mujur keriuhannya reda sejak itu sehinggalah ia kini dilihat berkocak semula.
Elok disorot semula apa yang berlaku ketika itu. FMT dalam laporannya pada 13 Dis lepas memetik sumber-sumber dalaman Umno Selangor sebagai mendedahkan rundingan sengit sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.
Antara lain ura-ura perpindahan Tengku Zafrul – menteri pelaburan, perdagangan dan industri yang dilihat cemerlang dalam Jemaah Menteri Anwar Ibrahim – dikatakan akan membolehkannya memainkan peranan lebih besar dalam pentadbiran dan kemajuan ekonomi Selangor.
“Negeri akan mendapat manfaat daripada pengalamannya. Terdapat banyak kemajuan yang dirancang untuk Selangor dan ada dorongan untuk beliau memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan negeri,” kata sumber.
Lebih daripada itu, beliau turut dilihat sebagai seorang yang ‘unik’ dengan berkhidmat bawah tiga perdana menteri – menteri kewangan dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin pada Mac 2020, mengekalkan portfolio itu bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan kini dalam Jemaah Menteri kerajaan perpaduan.
Mengakui ada berbincang dengan PKR ketika itu tetapi tidak membabitkan jawatan pada peringkat negeri mahupun sebagai calon PRK, Tengku Zafrul bagaimanapun berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan. Anwar selaku presiden PKR turut mengesahkan ada perbincangan awal sesuai dengan prinsip terbuka parti itu menerima sesiapa sahaja, namun mahu proses itu dilakukan secara baik tanpa menjejaskan hubungan dengan Umno.
Sudah tentu sebelum itu lagi, timbul spekulasi penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR didakwa berkait perubahan tampuk pemerintahan Selangor yang diketuai Naib Presiden Amirudin Shari. Lagipun tempoh perkhidmatannya sebagai senator akan tamat pada hujung tahun ini selain wujud pendapat Amirudin selaku pemimpin kanan PKR perlu berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.
Namun, kemungkinan itu lenyap apabila Amirudin menegaskan beliau akan kekal di Selangor sehingga ke akhir penggal ini demi menjamin kestabilan ekonomi dan kerajaan perpaduan seperti dinasihatkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mengulas ura-ura perpindahan berkenaan, Presiden Umno Zahid Hamidi pada 14 Dis lepas hanya berkata, tiada sebarang pemakluman diterimanya daripada Tengku Zafrul, sambil mengingatkan pemimpin Umno untuk menjaga integriti daripada termakan tawaran bersifat kepentingan individu di samping sentiasa utamakan kepentingan parti sendiri.
Cakap berlapik Zahid itu mungkin diperjelas oleh Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki keesokannya bahawa Umno tidak akan menerima dan membenarkan lompat parti bagi mana-mana anggota kerajaan campuran.
“Budaya mengambil ahli atau pemimpin parti masing-masing hanya akan mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan hingga menggugat kestabilan gabungan (kerajaan perpaduan),” tegasnya.
“Tidak berprinsip dan tidak berpendirian kecuali memikirkan kepentingan dirinya semata-mata,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor Mohd Zaidi Md Zain terhadap Tengku Zafrul yang disifatkannya seorang opportunis yang akan memanfaatkan keadaan bila ada ruang dan peluang.
Isu itu reda apabila tiada lagi perkembangan sejak itu sehinggalah Zahid pada Rabu mengesahkan sudah mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul minggu lepas. Beliau menasihatkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu agar tidak terburu-buru dalam membuat keputusan berhubung masa depannya dengan parti itu.
Namun, seperti ketika ura-ura perpindahannya ke PKR mula timbul tiga bulan lepas, Tengku Zafrul tidak menyatakan keputusannya dalam pertemuan itu kecuali akur beliau masih ahli Umno. Bersetuju untuk tidak terburu-buru dalam membuat keputusan tidak bermakna beliau akan kekal dengan Umno.
Apatah lagi bukanlah rahsia bahawa beliau dituduh pembelot dalam kalangan Umno sendiri. Belum menyeberang pun, ramai yang berasakan kerosakan dalam hubungannya dengan parti sudah pun berlaku.
Pempengaruh PKR Iswardy Morni mungkin telah memberikan perspektif jelas dalam videonya pada 17 Dis lepas dengan membayangkan peningkatan mendadak Tengku Zafrul dalam politik selepas meninggalkan dunia korporat menjadikannya seorang yang menimbulkan iri hati ramai.
“Sebagaimana kita tahu, beliau bukanlah orang lama dalam Umno, bukan berjuang lama untuk parti. Tiba-tiba ‘diparachutkan’ di Selangor, mendapat jawatan tertinggi, tiba-tiba jadi senator walaupun tak menang (tewas perebutan kerusi Parlimen Kuala Selangor kepada calon PH Dzulkefly Ahmad dengan majoriti 1,002 undi pada PRU15), tiba-tiba menjadi menteri. (Keadaan) ‘tiba-tiba’ (bagi) beliau itu banyak sangat sehingga menimbulkan kerisauan dan kegusaran ahli Umno sendiri,” katanya.
Tidak terkecuali timbul pula laporan dari sumber-sumber konon Tengku Zafrul mungkin terdorong untuk mengintai masa depan dengan PKR disebabkan hubungan tegang dengan ‘panglima-panglima’ dalam Umno, berpunca daripada pengelutan kuasa dan rasa tidak puas hati dalam parti.
“Jadi saya tak terkejut jika ‘warlord’ (panglima) Umno membuat keputusan untuk menyingkirnya. Tengku Zafrul menyedari perkara ini selepas PRN,” sumber beritahu FMT, merujuk prestasi buruk Umno pada PRN 2023 apabila hanya menang dua kerusi daripada 12 kerusi ditandingi di Selangor.
Dakwaan itu seakan-akan diperakuinya dalam satu hantaran media sosialnya pada 15 Dis lepas mengenai serangan belakang tabir tanpa asas dan agenda ‘cah keting’ yang didakwanya masih membelenggu Umno Selangor tanpa ada langkah-langkah mengatasinya.
Namun, dalam pada percaya bahawa hak individu untuk memilih landasan perjuangan ialah hak asasi dan mutlak kerana tanpa keserasian mustahil untuk seseorang individu itu untuk memberi perkhidmatan terbaik, pilihan mungkin bukan di tangannya.
Teguran terbuka Zahid sebelumnya kepada rakan komponen dalam kerajaan perpaduan supaya tidak ‘mencuri’ ahli parti lain kekal menjadi penghalang. Ingatannya supaya Tengku Zafrul tidak terburu-buru tinggalkan Umno jelas sarat berkias. - FMT
Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/pilihan-bukan-di-tangan-tengku-zafrul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Umno Dah Tak Selesa Dengan Tengku Zafrul Lepaskan Je La

Jika Umno Dah Tak Selesa Dengan Tengku Zafrul Lepaskan Je La

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 137 hits
Puad ingatkan Zafrul Umno bukan tempat singgahMalaysiakini nbsp Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi memberi peringatan kepada Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz agar tidak mempermainkan Umno dan menjadikannya sebagai persinggah...
Masa Depan Tengku Zafrul Dan Hala Tuju Umno

Masa Depan Tengku Zafrul Dan Hala Tuju Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 118 hits
Firdaus RamliTEMPOH lantikan Yang Berhormat Mulia Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai ahli Dewan Negara akan tamat penghujung tahun ini Dengan berakhirnya penggal kedua sebagai senator akan memberikan beberapa kesan bukan sa...
Is Tengku Zafrul S Political Maneuvering A Bid To Stay In Anwar S Government

Is Tengku Zafrul S Political Maneuvering A Bid To Stay In Anwar S Government

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 137 hits
MINISTER of Investment Trade and Industry Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz has sparked speculation after expressing his intent to leave UMNO a party he has been part of since the 1990s with rumors swirling that he may join PKR to ...
Jika Ingin Kekal Menteri Tengku Zafrul Kena Masuk Pkr Sebelum November Ini

Jika Ingin Kekal Menteri Tengku Zafrul Kena Masuk Pkr Sebelum November Ini

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 87 hits
16 March 2025Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau kini mahu fokus kepada kerja Tetapi tidak pula dinyatakan sama ada dengan fokus kepada kerja itu ...
Zahid Hamidi Nasihat Tengku Zafrul Tak Tergesa Gesa Buat Keputusan Keluar Umno

Zahid Hamidi Nasihat Tengku Zafrul Tak Tergesa Gesa Buat Keputusan Keluar Umno

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 103 hits
Minderjeet KaurKUALA LUMPUR Presiden Umno Zahid Hamidi berkata beliau menasihati Tengku Zafrul Aziz supaya tidak terburu buru dalam membuat keputusan berhubung masa depannya dengan parti itu Zahid mengesahkan bertemu menteri pelaburan perda...
Tengku Zafrul Layan Walaunbodo

Tengku Zafrul Layan Walaunbodo

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 91 hits
Serius aku tak boleh tahan gelak tengok video ni Rajin pulak melayan walaun Siapa macam pulak gila pulak tu Harap walaun tu bertaubat la lepas ni Guane boh Raja Gelap II
Tengku Zafrul Told Not To Rush Decision On Quitting Umno Says Zahid

Tengku Zafrul Told Not To Rush Decision On Quitting Umno Says Zahid

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 121 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said he reminded investment trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz about his key roles in the party meeting Zahid 6 names shortlisted for Ayer Kuning pollsOn the upcoming Ayer Kuning by election Zah...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhkan Anak Dari Pedofilia Ajar Anak Sentuhan Tak Selamat

Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri