Pilihan Aksesori Loket Ikut Rentak Anda
Sempena musim bunga 2019, Wanderlust + Co memperkenalkan koleksi loket atau charms pertama mereka, Make It Yours. Kesemua 44 koleksi loket ini bersalut 14K emas dan direka khas mengikut tona kulit masing-masing yang berbeza. Setiap loket atau charm Wanderlust ini melambangkan simbol impian dan memori yang berharga di mana ia harus dimiliki sebagai kenangan dan hadiah yang unik.
Koleksi ini akan dilancarkan pada 14 Februari sempena Hari Kekasih untuk menyambut cinta pada diri dan persahabatan sebagai tanda penghormatan kepada wanita yang berdikari di dalam kehidupan mereka.
Masih ramai wanita moden era kini yang tidak berani mengekspresikan kecantikan dan identiti serta mengenalpasti kekurangan dan kepercayaan mereka melalui gaya dan perbualan harian.Namun ramai wanita yang berani dan memancarkan kasih sayang di dalam masyarakat. Oleh itu, loket Wanderlust + Co direka untuk para wanita yang mempunyai pelbagai personaliti dan ingin membina kisah mereka dengan memiliki loket ini sebagai lambang diri mereka.
Pilihan gaya tanpa batas!
Suai padankan loket dengan rantai leher, anting-anting atau gelang asas mengikut kisah hidup anda. Gayakan aksesori ini mengikut rentak anda setiap hari. Seperti dilihat dalam kempen Wanderlust + Co ini yang mengetengahkan 5 wanita yang mempunyai latar belakang yang berbeza, perjalanan hidup yang unik dan berkongsi peribadi mereka melalui loket yang dipilih. Kisah mereka ditonjolkan sebagai peringatan kepada wanita untuk cinta pada diri dan memeluk persahabatan. Harga loket boleh didapati bermula RM105 sehingga RM160 dan harga rantai leher, anting-anting atau gelang asas bermula dengan RM150.
Lihat juga: TAMPIL YAKIN DENGAN JAM TANGAN BONIA TIMEPIECE
Bina ceritera anda sendiri melalui loket-loket comel ini dengan komponen-komponen Make It Yours dari Wanderlust + Co.
Perhiasan Asas
Perhiasan asas bermula dari harga RM150.
The post Pilihan aksesori loket ikut rentak anda! appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/pilihan-aksesori-loket-ikut-rentak-anda/