Pilih Pelan Perlindungan Takaful Ikut Keperluan




oleh Khuzama Ab Rahaman dan Farah Adibah Mohd Apandi
DEWASA ini kita menyaksikan pertambahan pengendali takaful dan ia semakin disambut baik semua pihak.
Pelbagai pelan takaful ditawarkan yang direka khas bagi memenuhi keperluan perlindungan diri dan keluarga.
Namun, ramai masih teragak-agak bagi menyertai mana-mana pelan perlindungan takaful.
Barangkali mereka masih membuat perbandingan bagi memilih pelan takaful terbaik.
Takaful Ikhlas Keluarga Berhad dan Takaful Ikhlas Am Berhad menyediakan perkhidmatan profesional bagi perlindungan diri, keluarga dan harta benda.
Pelbagai pilihan produk dengan kadar caruman berbeza bersesuaian dengan pelan yang dipilih.
Pelan perlindungan takaful adalah berdasarkan prinsip syariah yang menawarkan pelbagai ciri unik kepada pemegang sijil takaful.
Secara umumnya, pelan perlindungan di Takaful Ikhlas terbahagi kepada dua iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am.
Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan diri dan simpanan jangka panjang kepada peserta.
Peserta takaful atau warisnya akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan sekiranya ditimpa kemalangan. Pada masa sama, mereka juga akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman (bayaran) akan didepositkan ke dalam akaun untuk tujuan simpanan.
Pelan Takaful Keluarga terdiri daripada Pelan Keluarga Biasa, Pelan Keluarga Berkelompok, Anuiti dan Berkaitan Pelaburan.
Ia merangkumi pelan pendidikan anak, perubatan dan kesihatan serta kemalangan diri.
Takaful Am pula menawarkan perlindungan harta benda dan bagi jangka masa pendek prospek perniagaan motor dan bukan motor.
Pelan Perlindungan Am biasanya berkaitan pelan perlindungan kenderaan, kebakaran aset, empunya rumah, isi rumah dan kemalangan diri membabitkan harta benda yang boleh dilindungi.
Setiap pengendali takaful menawarkan pelan perlindungan hampir sama.
Sebagai bakal pelanggan, terdapat beberapa perkara perlu diambil kira sebelum membuat keputusan menyertai mana-mana pelan takaful.
Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak berbeza. Malah, jumlah perlindungan yang mahu ditetapkan juga berbeza mengikut keperluan masing-masing.
Contohnya, jika pendapatan tahunan seseorang RM60,000 setahun, maka jumlah perlindungan yang disarankan adalah RM600,000 iaitu jumlah perlindungan berdasarkan 10 kali ganda pendapatan tahunan.
Sekiranya berlaku musibah kepada peserta, maka manfaat takaful yang bakal diperoleh sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan selama 10 tahun.
Dengan jumlah perlindungan itu, ahli waris masih dapat meneruskan kehidupan.
Seandainya seseorang itu tidak memiliki sebarang pelan perlindungan takaful, besar kemungkinan segala perbelanjaan kos perubatan terpaksa ditanggung menggunakan wang simpanan sendiri.
Malah, sekiranya berlaku kematian peserta, ahli waris turut terbeban untuk meneruskan kehidupan di samping perlu melangsaikan hutang yang ditinggalkan seperti pinjaman rumah, kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya.
Melihat keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan kini, membuat pengiraan belanjawan bagi seluruh isi rumah adalah sangat mencabar.
Justeru, pembiayaan terhadap perlindungan takaful harus dilihat sebagai antara aspek yang perlu dititikberatkan agar penyertaan dalam pelan takaful benar-benar dapat diteruskan sehingga tamat tempoh.
Keperluan individu juga adalah keutamaan yang perlu dikenal pasti sebelum mengambil keputusan menyertai mana-mana pelan takaful kerana keperluan individu berbeza antara satu sama lain.
Lazimnya, setiap pelan perlindungan turut menawarkan beberapa manfaat tambahan seperti hibah, wakaf, badal haji dan sebagainya.
Perlindungan dipilih juga perlu dibuat berdasarkan bajet yang ditetapkan.
Dalam bajet kewangan anda, peruntukkan 10 hingga 15 peratus daripada gaji bulanan untuk perlindungan takaful.
Takaful Ikhlas Keluarga Berhad dan Takaful Ikhlas Am Berhad sebagai Pengendali Takaful turut tampil bagi memenuhi tuntutan keperluan perlindungan oleh masyarakat.
Penulis daripada Jabatan Syariah dan Perundingan Perniagaan, Takaful Ikhlas Keluarga Berhad




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/22/pilih-pelan-perlindungan-takaful-ikut-keperluan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Polis Ada Kuasa Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Tapi Individu Boleh Buat Laporan Jika Tak Ikut Sop

Pihak Polis Ada Kuasa Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Tapi Individu Boleh Buat Laporan Jika Tak Ikut Sop

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 485 hits
Pihak Polis Diraja Malaysia berhak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam yang disyaki melakukan kesalahan seperti menghantar kandungan komunikasi lucah dan palsu Melalui peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 199...
Bila Bersalin Anak Ikut Muka Suami Isteri Gembira Rumah Tangga Harmoni

Bila Bersalin Anak Ikut Muka Suami Isteri Gembira Rumah Tangga Harmoni

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 404 hits
Sudah nasib ibu mengandungkan sembilan bulan Kemudian bersusah payah melahirkan sekali bila keluar anaknya mirip si ayah Tidak mengapa asalkan sihat sudah cukup Lagipun memang itu ayahnya logiklah kalau wajah mereka seiras Kalau ditegur ken...
Kemenko Pmk Tak Ikut Bimbingan Pranikah Bukan Berarti Tidak Boleh Menikah

Kemenko Pmk Tak Ikut Bimbingan Pranikah Bukan Berarti Tidak Boleh Menikah

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 220 hits
Seseorang masih dapat menikah meskipun tidak mengikuti kegiatan pranikah dan tak memiliki sertifikat Karena sertifikatnya sendiri belum sesuai dengan jumlah pengantin baru
Cuba Lari Ikut Saluran Pembetungan

Cuba Lari Ikut Saluran Pembetungan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 175 hits
HONG KONG Penunjuk perasaan antikerajaan yang terperangkap dalam sebuah universiti cuba melarikan diri menerusi saluran pembetung namun gagal apabila dihalang bomba Anggota bomba dilaporkan menyekat laluan masuk ke dalam saluran pembetungan...
Kalau Kereta Kena Langgar Daripada Belakang Ikut Langkah Disaran Peguam Ini

Kalau Kereta Kena Langgar Daripada Belakang Ikut Langkah Disaran Peguam Ini

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 545 hits
Kita mungkin hati hati bawa kereta tapi orang lain mungkin sebaliknya Akibatnya boleh jadi kereta kita dilanggar daripada belakang Bagi yang pertama kali mengalami selalunya akan panik tak tahu apa yang perlu dibuat walaupun ia sekadar kema...
Hormati Tempat Duduk Penyokong Lain Ikut Nombor Di Tiket

Hormati Tempat Duduk Penyokong Lain Ikut Nombor Di Tiket

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 338 hits
Pertemuan antara Malaysia dan Indonesia bagi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2022 esok sememangnya perlawanan tumpuan rakyat Malaysia Perkara ini ekoran dilaporkan tiket bagi perlawanan yang berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu tela...
Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang Banyak Virus Yang Boleh Datang Dari Kita Jangkit Pada Dia

Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang Banyak Virus Yang Boleh Datang Dari Kita Jangkit Pada Dia

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 481 hits
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melawat ibu baru bersalin dan bayinya sebaik mereka keluar dari hospital Bau bayi sangat harum dan boleh buat kita hilang rasa stres Tapi sebenarnya tak elok kalau kita terlalu menggomol dan menicum bayi b...
Aku Ikut Dia Selepas Dipotong Tali Di Jururawat Terkena Gangguan Makhluk Halus

Aku Ikut Dia Selepas Dipotong Tali Di Jururawat Terkena Gangguan Makhluk Halus

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 313 hits
Sekadar perkongsian untuk bacaan suka suka Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan Risiko tanggung sendiri Gambar gambar yang digunakan juga hanyal...
Soal Kecelakaan Skuter Listrik Aplikator Diminta Ikut Tanggung Jawab

Soal Kecelakaan Skuter Listrik Aplikator Diminta Ikut Tanggung Jawab

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 247 hits
ketua Fakta Azas Tigor Nainggolan mengatakan aplikator skuter elektrik ini harus ikut bertanggung jawab atas kasus yang terjadi dengan tewasnya dua pengguna layanan Grabwheels pada akhir pekan lalu
Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Levels Of Investments

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

3 Cara Menghilangkan Objek Di Foto Tanpa Install Program Atau Aplikasi Dulu

Who Is Really Behind Lim Seong Hai The Company That Took Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam 1mei Selamat Hari Pekerja

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

Maximizing Power Bi Performance Proven Techniques For Faster Smarter Dashboards

Rm40 Juta Untuk Kasut Buruk Bunyi Tak Masuk Akal Kan Tapi Ini Adalah Kisah Benar Yang

Dahi Murid Tahun Dua Berlubang Dilanggar Pemandu Cabut Lari