DEWAN Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru menyelar sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tetap meneruskan Projek Lebuh Raya Pan Island Link 1 (PIL 1) walaupun telah mendapat banyak tentangan daripada pelbagai lapisan masyarakat di Pulau Pinang. Tindakan melobi untuk mendapat kelulusan pembinaan Lebuh Raya PIL 1 ini memberi mesej yang jelas bahawa kepentingan pemaju diutamakan berbanding impak buruk yang bakal ditanggung oleh rakyat. Bayan Baru adalah antara kawasan yang bakal terjejas teruk dengan projek PIL 1 ini. Projek ini telah diumumkan mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) secara bersyarat. Sebanyak 56 syarat telah diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar yang perlu dipenuhi oleh pemaju sepanjang pelaksanaan projek. Kami melahirkan keraguan terhadap janji-janji kontraktor dan pemaju melalui EIA ini kerana kerajaan negeri telah membuktikan mereka gagal dalam mengawal selia projek-projek sebelum ini sehingga berlakunya dua tragedi yang melibatkan 20 nyawa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek di bawah cerun bukit. Tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus pada Oktober tahun lepas adalah suatu bukti kukuh yang mendedahkan kelalaian penyeliaan kerajaan negeri dan sikap berlepas tangan dengan menyalahkan hujan dan angin kuat. Sehingga kini, hasil siasatan tragedi Bukit Kukus masih dirahsiakan daripada khalayak awam. Ini memberi maksud amalan ketelusan yang dilaungkan melalui slogan CAT oleh kerajaan negeri ditadbir oleh DAP hanyalah retorik dan wayang politik semata-mata|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |