Pihak Berkuasa Tidak Tolak Kemungkinan Wujud Pembabitan Orang Dalam Kes Curi Kabel Dan Komponen Ecrl




KUANTAN: Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan wujudnya pembabitan orang dalam kejadian kecurian kabel dan komponen yang menjejaskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejak beberapa bulan ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan dijalankan secara menyeluruh kerana suspek terus bertindak berani walaupun beberapa tangkapan sudah dibuat.
"Siasatan dijalankan dari semua sudut, termasuk kemungkinan adanya orang dalam yang memberi maklumat atau bekerjasama dengan pencuri. Satu pasukan petugas sudah ditubuhkan sebelum ini untuk menangani insiden kecurian di tapak jajaran ECRL.
"Setakat ini, 10 orang sudah ditahan dan didakwa. Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada suspek dalam kes terbaharu mempunyai kaitan dengan mereka yang sudah ditahan sebelum ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut satu sumber, polis sedang memberi tumpuan kepada semua individu yang terbabit dengan projek ECRL di lokasi panas yang dikenal pasti, termasuk pekerja yang terbabit secara langsung dalam pembinaan dan kontraktor pihak ketiga, termasuk yang menyediakan perkhidmatan keselamatan.
"Dalam beberapa kes, suspek dilihat cukup arif dengan laluan dan keadaan sekeliling berhampiran trek, termasuk lokasi pintu masuk dan pagar. Kami sudah mengumpul risikan bagi mengesan dalang aktiviti ini," kata sumber itu.
Sementara itu, Yahaya berkata, polis sentiasa berkomunikasi dengan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) untuk mengenal pasti dan menangkap mereka yang terbabit dalam kecurian kabel dan menamatkan aktiviti itu.
"Polis Pahang sudah mencadangkan beberapa langkah keselamatan, termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tertentu sepanjang jajaran rel.
"Dalam mesyuarat, kami berbincang mengenai langkah-langkah untuk memperkukuhkan keselamatan tapak dan akan terus bekerjasama rapat sehingga projek ini siap sepenuhnya. Orang awam harus sedar bahawa memotong kabel yang masih beraliran elektrik amat berbahaya dan boleh menyebabkan renjatan elektrik," katanya.
Yahaya turut menasihatkan pemilik dan pekerja kedai besi buruk supaya melaporkan kepada polis sekiranya mereka menemui individu yang mencurigakan cuba menjual tembaga atau bahan lusuh lain.
Pada 14 Oktober lalu, CCC-ECRL mendedahkan, 24 tapak projek ECRL di Pahang menjadi sasaran pencuri yang melarikan barang bernilai jutaan ringgit di antara Jun dan 10 Oktober tahun ini.
Pasukan petugas Polis Pahang ditubuhkan selepas Malaysia Rail Link (MRL) menyuarakan kebimbangan terhadap insiden kecurian kabel yang berulang di sepanjang jajaran ECRL yang merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Projek rel mega sepanjang 665 kilometer ini yang melalui Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan di Pahang dijadualkan mula beroperasi pada Januari 2027.
Bulan lalu, CCC-ECRL melaporkan pencuri sudah melarikan 1,080 meter kabel tembaga sebelum polis menahan 10 suspek, termasuk seorang warga asing, dalam beberapa serbuan berasingan di Temerloh dan Bentong, yang mengakibatkan kerugian melebihi RM800,000.#HarianMetro
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/pihak-berkuasa-tidak-tolak-kemungkinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Ceroboh Pentas Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah

Kes Ceroboh Pentas Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 84 hits
Mahkamah diberitahu Nurshazwani Afni hidap skizofrenia dan tidak waras ketika kejadian menurut laporan hospital Nurshazwani Afni Mohamad Zorki didakwa lakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan per...
Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 193 hits
Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi mempertimbangkan tindakan lanjut termasuk kemungkinan menutup sekolah sekiranya berlaku peningkatan penularan kluster influenza Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkef...
Hang Putaq Lagi Tar Senik Orang Bonbkar Lagi Kes Hang Dok Pekena Kutip Duit

Hang Putaq Lagi Tar Senik Orang Bonbkar Lagi Kes Hang Dok Pekena Kutip Duit

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 133 hits
Norshidah Md Daud Mengikut screenshot ni anggaran pendapatan Mokhtar Bin Senik adalah sekitar RM 10k month hasil dari menjual air liur menunggang agamaBYD yg no plate UMS 2456 tu anak dia bayar cuma pakai nama dia no plate pilihan dia Pelaj...
Tujuh Ditahan Bantu Siasatan Kes Hasutan Ugut Hina Dan Fitnah Pemimpin Negara Di Media Sosial

Tujuh Ditahan Bantu Siasatan Kes Hasutan Ugut Hina Dan Fitnah Pemimpin Negara Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 133 hits
Tujuh Ditahan Bantu Siasatan Kes Hasutan Ugut Hina Dan Fitnah Pemimpin Negara Di Media Sosial KUALA LUMPUR 6 Okt Polis Diraja Malaysia menahan tujuh individu kerana disyaki terlibat dalam penyiaran hantaran berunsur hasutan ugutan penghinaa...
Ibu Mentua Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditahan Kes Palsu Cop Imigresen

Ibu Mentua Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditahan Kes Palsu Cop Imigresen

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 143 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menahan seorang wanita yang juga ibu mentua seorang pemain bola sepak kebangsaan dan empat lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan cop pasport Ketua Polis Gombak Noor Ariffin Moha...
Empat Pelajar Terlibat Kes Rog L Dibenarkan Duduki Spm Fadhlina Sidek

Empat Pelajar Terlibat Kes Rog L Dibenarkan Duduki Spm Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 142 hits
Empat pelajar tingkatan lima yang dipercayai terlibat dalam kes rogol bergilir gilir seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula 3 November ini memetik...
Kami Hanya Mahu Dengar Tindakan Tegas Terhadap Kes Buli Seksual Mimi Lana

Kami Hanya Mahu Dengar Tindakan Tegas Terhadap Kes Buli Seksual Mimi Lana

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 84 hits
Pelakon terkenal Mimi Lana mengakui tiada siapa boleh membantah atau mempertikaikan prosedur undang undang yang sudah sedia termaktub di negara ini Bagaimanapun Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin 30 menyeru kepada pihak b...
Mp Qazaf Tak Ndak Komen Kot Kes Ni Kiok

Mp Qazaf Tak Ndak Komen Kot Kes Ni Kiok

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 98 hits
Ketua Pemuda PAS Pusat Afnan Hamimi kes ni mcmana Ustaz ni warden asrama Sekolah Maahad Muhamadi di Kelantan bawah YIK Kerajaan Kelantan Didakwa dan di jatuh hukum kerana 5x kes rogol Kes jadi waktu bini tengah berpantang dan berlaku di rum...
Give An Inch Take A Mile Pas Cries Foul With Serving Of Alcohol At Ipoh S St Michael S Alumni Gathering

Pelancaran Global Siri Oppo Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Isu Dokumentasi Setiausaha Agung Fam Digantung Tugas Serta Merta

Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

Pempengaruh Media Sosial Rambo Castello Meninggal Dunia

Tak Boleh Diterima Singapura Dakwa Pas Cuba Pengaruh Pengundi

Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899

Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Pokok Bunga Di Bunning

Melayan Pets Shahila

07417048 Ialah Kod Penetapan Semula Kata Laluan Anda

Selamat Maju Jaya Syera

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian

Obelisk Simbol Purba Tiang Syaitan