Piala Malaysia 2018 Perjalanan Sabah Berakhir


PIALA MALAYSIA 2018 PERJALANAN SABAH BERAKHIR


Aksi perlawanan Separuh Akhir Kedua Unifi Piala Malaysia 2017 diantara pasukan Sabah menentang Perak di Stadium Likas, sebentar tadi.- Gambar SNT/Mohd Adam Arinin
KOTA KINABALU: Saingan Piala Malaysia Sabah musim ini berakhir apabila hanya mampu mengikat Perak seri 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Likas malam tadi.

Keputusan itu bermakna Perak berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 7-2 dan akan bertemu dengan Terengganu pada 27 Okt untuk perebutan Piala Malaysia.

Sabah memulakan perlawanan dengan misi setinggi Gunung Kinabalu kerana mereka perlu menjaringkan 6 gol dan pada masa sama menghalang gawang dari dibolosi Perak untuk mengatasi kekalahan 5-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Perak.

Sekalipun sedar akan misi berat itu, para peminat setia Sabah tetap hadir memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.


Ketua Pasukan Perak, Shahrul Mohd Saad (jersi kuning) mengawal situasi perlawanan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Dan mereka diberi sedikit harapan pada minit ke-35 apabila Sabri Sahar berjaya membuat sentuhan penyudah menewaskan penjaga gol Perak Muhammad Hafizul hasil dari tendangan sudut untuk menjadikan kedudukan Sabah 1, Perak 0.

Selepas itu, Sabah cuba menggandakan serangan tetapi tidak berhasil manakala penjaga gol, Rozaimie Rohim pula terpaksa bekerja keras menyelamatkan gawang dari ditembusi Perak.

Kedudukan Sabah mendahului 1-0 kekal pada separuh masa pertama.

Babak kedua Perak nampak lebih bertahan namun kelekaan pertahanan Sabah pada minit ke-72 membenarkan pemain berbahaya Perak, Gilmar Jose Santos memasuki kotak penalti untuk berdepan dengan Rozaimie dalam situasi satu lawan satu.

Rozaimie meluru keluar untuk mendapatkan bola namun dalam proses itu menjatuhkan Gilmar dan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri meniup wisel untuk menghadiahkan penalti kepada Perak.

Tendangan penalti disempurnakan oleh Gilmar untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Perak menutup segala peluang yang ada bagi Sabah apabila Gilmar sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-1 diminit ke-80.

Walaupun perasaan kehampaan mula meresap, skuad Badak terus mengatur serangan dan pada minit ke-85, ketua pasukan Rawilson Batuil yang datang dari belakang berjaya menjaringkan gol melalui satu tandukan cantik hasil tendangan sudut Elyas Sulaiman untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Kedudukan ini kekal sehingga wisel penamat dan menyaksikan pemain Perak serta beberapa orang penyokong mereka yang datang ke Stadium Likas bersorak gembira.

Bagi pemain Sabah walaupun longlai dengan keputusan itu namun mereka boleh berbangga kerana telah mempamerkan semangat juang tinggi untuk sampai ke separuh akhir walaupun terpaksa berdepan dengan berbagai cabaran dalam dan luar padang sepanjang musim Piala Malaysia.-SabahNewsToday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/10/piala-malaysia-2018-perjalanan-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semifinal Kedua Jdt Vs Terengganu Fc Piala Malaysia 2018

Semifinal Kedua Jdt Vs Terengganu Fc Piala Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1077 hits
Semifinal kedua JDT vs Terengganu FC Piala Malaysia 2018 Ini adalah perlawanan semifinal keduaantara pasukan JDT atau Johor Darul Ta zim vs pasukan Terengganu FC dalam Piala Malaysia 2018 Berikut adalah butir butir perlawanan tersebut Ebook...
The Bos Gaurus Dakap Piala Malaysia 2018 Penyu Menangis Lagi

The Bos Gaurus Dakap Piala Malaysia 2018 Penyu Menangis Lagi

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 906 hits
Bangkit dari ketinggalan dua kali untuk julang trofi kelapan menerusi sepakan penalti MUHD ARDIE PUTRA SUHAIMI dan AHMAD FAZLI MOHD YADI
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 27 Oktober 2018

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 27 Oktober 2018

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 514 hits
Stadium Shah Alam 9 00 malam 27 10 2018Berikut adalah keputusan semasa Piala Malaysia peringkat akhir antara Terengganu FC menentang Perak FA penentuan penalti Terengganu FC 3 3 PerakTFC X X OPFA O O O OPasukan bola sepak Perak memenangi pe...
Harga Tiket Final Piala Malaysia 2018 Terengganu Vs Perak

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2018 Terengganu Vs Perak

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 1321 hits
Harga Tiket Final Piala Malaysia 2018 Terengganu vs Perak NANTIKAN pertembungan hebat antara Terengganu FC menentang Perak untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 Perlawanan hebat ini akan diadakan pada 27 Oktober 2019 hari Sabtu mulai j...
Skuad Seladang Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018

Skuad Seladang Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 1392 hits
SHAH ALAM nbsp Perak merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan Terengganu FC 4 1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua dua pasukan terikat 3 3 pada masa sebenar perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah A...
Dua Kali Ketinggalan Perak Julang Piala Malaysia

Dua Kali Ketinggalan Perak Julang Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1430 hits
Perak menjulang Piala Malaysia 2018 SHAH ALAM Perak muncul sebagai juara Piala Malaysia selepas ia menewaskan Terengganu 4 1 menerusi tendangan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini...
20 Finalis Mr Cute Sabah 2018 Siapa Agaknya Yang Paling Comel

20 Finalis Mr Cute Sabah 2018 Siapa Agaknya Yang Paling Comel

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 997 hits
Pencarian jejaka cute di sabah telah berlangsung dan memerlukan undian dari netizen bagi menentukan pemenang Mr Popular Mr Cute Sabah Jadi untuk mengundi anda boleh berkunjung ke laman web rasmi Hanya 1 Undian setiap Orang dan dilarang meng...
Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia 2018

Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 371 hits
KUALA LUMPUR 26 OKTOBER 2018 telah berjaya meningkatkan pemahaman dan kemahiran para peserta dalam penyelesaian masalah global dan isu semasa dengan menggunakan teknologi nano Pertandingan ONM2018 merupakan program anjuran Pusat Nanoteknolo...
Ikm Johor Bahru Tempat Ketiga Futsal Piala Pengarah Mara Negeri Johor 15 Oktober 2018

Ikm Johor Bahru Tempat Ketiga Futsal Piala Pengarah Mara Negeri Johor 15 Oktober 2018

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 952 hits
IKM JOHOR BAHRU TEMPAT KETIGA FUTSAL PIALA PENGARAH MARA NEGERI JOHORInstitut Kemahiran MARA Johor Bahru telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Futsal Piala Pengarah MARA Negeri Johor bagi kategori Terbuka Lelaki yang telah di...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort

Amira Othman Buka Mulut Isu Mesra Dengan Fattah Amin Akui Ada Pihak Meluat

Saiful Apek Ditahan Azlee Tidak Tahu

So Apa Sudah Jadi Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Lama Kini Sudah Di Atasi

Bnm Slaps Merchantrade Asia With Rm29 000 Penalty

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

The Unholy Alliance Of Religion And Politics

Women Own 219k Businesses 93pct In Services Sector Dosm

Easy Cancel Oleh Airasia Move Menawarkan Fungsi Pembatalan Efisen Untuk Sebarang Alasan