Piagam Umno Pas Jadi Duri Dalam Daging Penganalisis



Piagam Umno-Pas jadi duri dalam daging – PenganalisisPosted By: Pentadbiron: June 20, 2019 Print EmailKerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional dijangka hanya akan menjadi duri dalam daging dan bukannya satu talian hayat seperti rancangan parti Islam terbabit, kata penganalisis.Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Center Azlan Zainal menjelaskan ini memandangkan gabungan Umno dan PAS tidak lebih sekadar “kerjasama demi kuasa untuk kembali berkuasa.”Jelasnya kedua-dua parti itu masih tidak dapat menguruskan perbezaan ideologi serta pertembungan sentimen politik, manakala dalam kalangan ahli juga masih belum dapat memaafkan satu sama lain.Isu kerjasama itu dijangka akan menjadi isu hangat dalam Muktamar PAS ke-65 di Kuantan minggu ini dan akan dimasukkan dalam piagam kerjasama dengan Umno.“Piagam boleh terbentuk tetapi ia masih kekal sekadar gimik sehingga setiap parti mampu mengkesampingkan kepentingan ideologi dan pertembungan sentimen politik selama ini.“Pasca PRU14, walaupun di peringkat pimpinan boleh saling sepakat, menerima dan boleh memaafkan namun ia tidak terjadi di peringkat akar umbi secara total,” katanya.Azlan menjelaskan ahli PAS di negeri pantai timur, terutamanya ahli lama, mempunyai sejarah lama pertembungan dengan Umno, berbeza dengan penerimaan ahli di pantai barat.“Di kalangan ahli lama, menerima Umno adalah sesuatu yang mustahil kerana sejarah hitam yang panjang di antara kedua parti,” kata Azlan.Azlan berkata, masih banyak isu teknikal perlu dijelaskan dalam piagam antara PAS dan Umno untuk membolehkan ahli menerima kerjasama tersebut.“Contohnya, pembahagian negeri antara Umno dan PAS, kerusi-kerusi yang ingin ditandingi, dan fokus isu yang ingin diperjuangkan,” katanya.Seorang lagi penganalisis berpendapat kerjasama dengan Umno itu tidak menguntungkan parti Islam tersebut dan membuatkan PAS semakin dilihat ekstrem.Ini memandangkan, PAS hanya mampu ke hadapan apabila melibatkan isu-isu kaum dan Islam, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Mohammad Tawfik Yaakub“PAS hilang roh politik Islam versi Malaysia yang lebih sederhana.“Jika pendekatan politik kaum agama ekstrim masih diteruskan oleh PAS, ini seolah-olah mencontohi pemerintahan Taliban Afghanistan, dan beberapa buah negara di Timur Tengah.“Malah PAS kembali mewarnai hala tuju parti dengan pegangan kaum dan pandangan agama yang ekstrim berbeza ketika parti dipimpin oleh (Allahyarham) Fadzil Noor,” katanya.Pada masa sama, beliau berpendapat PAS kini hanya menjadi pak turut sedangkan parti Islam itu sebelum ini banyak mengkritik pentadbiran kerajaan Umno.Tambahnya, kini parti Islam itu seolah-olah melupakan apa yang pernah dikritik oleh mereka.“Majoriti ahli Parlimen PAS bertindak sebagai tulang belakang dan penasihat agama Umno di Parlimen apabila bersama-sama dalam blok pembangkang.“Oleh itu PAS hanya mampu mendabik dada mendapat sokongan tinggi orang Melayu-Islam sedangkan parti itu lemah dalam menjalankan pentadbiran,” kata Tawfik lagi.Jelasnya, beliau melihat PAS tidak membawa pembaharuan di Kelantan dan tiada penunjuk prestasi yang jelas di Terengganu.“Tiada pembaharuan dalam pentadbiran dan polisi kerajaan Kelantan, hanya meneruskan corak urus tadbir sebelumnya.“Setahun Shamsuri (Mokhtar) menjadi menteri besar Terengganu, beliau terkepung dengan perjuangan isu mendapatkan royalti petroleum sahaja,” katanya.Beliau juga melihat organisasi PAS juga semakin mengecil dan sokongan yang diterimanya semakin merudum disebabkan perubahan aliran perjuangan yang lebih ekstrim.“Dalam tempoh setahun selepas PRU14, PAS perlu mendedahkan jumlah ahli terbaru parti yang telah dikemaskini dan bilangan ahli baru menyertai PAS.“Inilah kaedahnya jika PAS ingin memperlihatkan partinya semakin kuat berbading pesaingnya iaitu Amanah, yang lebih kuat kawasan bandar, terutamanya di Lembah Klang,” katanya.Dakwaan mengenai kelemahan pentadbiran di Terengganu ditangkis oleh pesuruhjaya PAS Pahang yang mempertahankan kejayaan melaksana hampir kesemua manifesto pilihan raya.Rosli Abdul Jabar berkata prestasi seperti itulah yang membolehkan PAS mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun.“Tapi di Terengganu walaupun baru setahun (memerintah) tiada isu besar hingga sebabkan berlaku ketidakpuasan hati rakyat Terengganu.“Apatah lagi hampir 100% manifesto yang dijanjikan hampir ditunaikan PAS Tengganu, dari segi prestasi itu sangat baik,” katanya.Muktamar PAS akan berlangsung di Kuantan hujung minggu ini dan dijangka akan menyaksikan perdebatan hangat berkaitan kerjasama dengan Umno.“Yang pastinya PAS sudah pasti menetapkan syarat dan membuat sesuatu yang memberi kelebihan atas dasar keuntungan sesama Islam,” katanya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/piagam-umno-pas-jadi-duri-dalam-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 247 hits
KUANTAN Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan tiga jenis hubungan kerjasama yang bakal dimeterai dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan tiga jenis hubungan politik itu ialah...
Selangor Pas Delegate Wants Guideline For New Level Ties With Umno

Selangor Pas Delegate Wants Guideline For New Level Ties With Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 303 hits
PAS MUKTAMAR A PAS central delegate today said it was acceptable for party leaders to officiate Umno branch annual general meetings but it wouldn t be right for Umno to do the same for PAS meetings In debating in support of a motion by the ...
Hadi When Umno Is Pinched Pas Feels Pain And Vice Versa

Hadi When Umno Is Pinched Pas Feels Pain And Vice Versa

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 298 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has highlighted Umno and his party s intertwined history stating that when either is pinched the other would feel the pain Umno and PAS are like the left thigh and right thigh When the right is pinched the lef...
Muktamar Pas Umno Sambut Baik Ucapan Dasar Presiden Pas

Muktamar Pas Umno Sambut Baik Ucapan Dasar Presiden Pas

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR UMNO menyambut baik pandangan serta saranan daripada ucapan dasar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Muktamar Pas 2019 Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata secara khususnya UMNO bersetuju bahawa p...
Pas Minta Umno Bertaubat

Pas Minta Umno Bertaubat

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 324 hits
Taawun atau tolong menolong dalam perkara yang baik antara PAS dan Umno menjadi fokus pada Muktamar Dewan Ulama PAS ke 58 apabila para perwakilan negeri menggesa kepimpinan parti itu berhati hati dan berwaspada dengan kerjasama itu Pada muk...
Kepimpinan Umno Hadir Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke 65

Kepimpinan Umno Hadir Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke 65

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 326 hits
Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengiringi Timbalan Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Mohamad Hassan ke Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke 65 yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Sta...
Bekas Adun Tak Kena Mesyuarat Pas Dirasmi Umno

Bekas Adun Tak Kena Mesyuarat Pas Dirasmi Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 347 hits
MUKTAMAR PAS Nampaknya di sebalik arahan walak dan janji untuk mentaati arahan pimpinan kerjasama PAS dengan Umno masih belum mendapat lorongan yang luas Bercakap semasa membahaskan usul mengenai usul memeterai taawun dan tahaluf siyasi den...
Muktamar Pas Piagam Muafakat Politik Dan Piagam Jaminan Perlindungan Bukan Islam

Muktamar Pas Piagam Muafakat Politik Dan Piagam Jaminan Perlindungan Bukan Islam

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 337 hits
PIAGAM MUAFAKAT POLITIK Berpandukan ijtihad politik semasa dalam hal ini PAS konsisten untuk memilih pendekatan damai dalam berpolitik dan terbuka untuk berdialog dan menjalin hubungan politik dengan semua pihak di atas prinsip kerjasama be...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal