Pi Bala Dedah Najib Dalang Pembunuhan Altantuya


PI Bala dedah Najib dalang pembunuhan Altantuya(Oleh Aisha Geoffrey)KUALA LUMPUR 28 FEB: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendedahkan, ‘VVIP’ yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bala yang membuat pendedahan umum kali pertama malam tadi, sekembalinya ke tanah air Ahad lalu menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya bermula beliau dipanggil bekerja oleh Abdul Razak Baginda.
Menurut Bala, Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya beliau melindungi rumah dan anaknya 24 jam selama 10 hari.Beliau mendedahkan perbualan Razak bersama seorang individu ketika pertemuan mereka.
“Semasa (saya) bertemu Razak, dia menerima panggilan dari seseorang bernama ‘Tan’ yang mengugut akan mencederakan anak Razak jika beliau tidak membayar wang ‘wanita’ itu,” kata Bala, merujuk Altantuya.“Kemudian saya tanya kenapa tak buat laporan polis? Razak jawab tak boleh, sebab ada VVIP yang terlibat. Saya tanya lagi kenapa tak halang saja dia (Altantuya) dari masuk negara ini? Razak kata tak boleh, Altantuya ada banyak pasport,” kata Bala di hadapan 3,000 hadirin pada forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).
Menurut Bala lagi, Razak memberitahunya, Altantuya menuntut bayaran sebagai perantara dalam urusan pembelian kapal selam di Perancis sebanyak USD500 juta dan tiga tiket kapal terbang pulang ke Mongolia.Kata Bala, kali terakhir dia melihat Altantuya pada 18 Oktober 2006 iaitu di hadapan rumah Razak.“Sebelum itu Razak cakap, kalau Altantuya ada depan rumahnya, (saya perlu) mesej beliau (dahulu). Saya hantar SMS kepada Razak memberitahunya (tentang kehadiran Altantuya). Kemudian Razak kata ‘lengahkan dia, tunggu sampai orang saya sampai’,” kata Bala.“20 minit kemudian, sebuah kereta Proton Aeroback warna merah tiba dengan seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, dan dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azhar (Umar). Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu dalam kereta,” jelas Bala.“Azilah tanya saya dalam Bahasa Melayu: ‘inikah perempuan itu’, menyebabkan Altantuya tak faham apa yang kami cakap. Saya kata ‘ya’. Azilah pula berkata, mereka (tiga individu berkenaan) akan bawa Altantuya pergi. Saya beritahu Altantuya bahawa dia ditahan dan perlu mengikut mereka naik kereta tersebut. Altantuya masuk dan duduk di belakang bersama Korporal Rohaniza, manakala Azilah dan Sirul berada di depan,” kata Bala.Azilah dan Sirul – kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Najib. Mereka bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan di Shah Alam, hampir tujuh tahun lalu.Sah Najib terlibatMenurut Bala lagi, beliau hanya mengetahui kematian Altantuya selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) pada November 2006.“Sewaktu (saya) bertemu Razak dan peguam Puravelan, Razak menerima SMS dan menunjukkan kepada kami kandungan SMS itu – “Meeting IGP at 11am, be cool”. (Pada SMS itu) tertera nombor Datuk Seri Najib Razak. Maka terjawablah VVIP yang terlibat,” kata Bala disambut sorakan hadirin.Mengesahkan lagi keterlibatan Najib, Bala memberitahu, adik Najib, Datuk Nazim Razak pernah berjumpanya, mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama.“Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua,” jelas Bala yang meninggalkan Malaysia sejak 2009 disebabkan ugutan itu.Forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tersebut dipengerusikan Presiden Kumpulan Anak Muda Independan (Kami), Khalid Ismath.
Panelis melibatkan kartunis politik, Zunar; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel, manakala Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin selaku moderator.Hadir sama di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu.Kehadiran Bala disambut meriah penyokong pelbagai kaum yang melimpah hingga ke luar dewan.Ekoran sambutan itu, penganjur memasang skrin di perkarangan dewan, supaya hadirin dapat sama mengikuti pendedahan yang dinanti-nantikan itu.Turut sama mengambil peluang, para peniaga yang membuka gerai jualan seperti baju dan makanan.Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46127

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/pi-bala-dedah-najib-dalang-pembunuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Pembunuhan Altantuya

Terkini Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Pembunuhan Altantuya

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 563 hits
Pada Selasa lepas Najib Razak telah menyuarakan hasratnya untuk melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan yang ditujukan kepadanya sejak dahulu lagi Dakwaan tersebut adalah berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shariibu pada 2016 lalu Seb...
Pencerahan Kes Pembunuhan Altantuya Fakta

Pencerahan Kes Pembunuhan Altantuya Fakta

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 547 hits
Oleh JebatSiapa yang ikut kes ini korang akan ingat kronologi pembunuhan Al Tantuya karangan Pakatan DAP suatu ketika dahulu 1 Awal awal depa kata Razak Baginda Kawan Baik Najib Razak yang bunuh Altantuya 2 Lepas tu kita dengar Rosmah Manso...
Pembunuhan Altantuya Akuan Bersumpah Dari Seorang Dijatuhkan Hukuman Mati

Pembunuhan Altantuya Akuan Bersumpah Dari Seorang Dijatuhkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 437 hits
Pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun tahun di Mahkamah Tinggi Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu Sudah 19 bulan ...
Najib Mahu Campur Tangan Azilah Ketepi Sabitan Bunuh Altantuya

Najib Mahu Campur Tangan Azilah Ketepi Sabitan Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 589 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak PUTRAJAYA Bekas perdana menteri Najib Razak berusaha untuk campur tangan dalam permohonan semakan semula yang difailkan bekas anggota polis Azilah Hadri yang mahu sabitannya membunuh warga Mongolia Altantuy...
Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 489 hits
Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu Lafaz sumpah beliau...
Akuan Bersumpah Azilah Buka Cerita Tentang Pembunuhan Altantuya Namun Kesahihannya Diragui

Akuan Bersumpah Azilah Buka Cerita Tentang Pembunuhan Altantuya Namun Kesahihannya Diragui

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 738 hits
Sumber gambar dari GoogleFirst Ohmedia baca cerita ni bercampur baur rasanya macam baca novel penyiasatan Hampir 10 minit juga Ohmedia baca nak hadam satu persatu cerita atau akuan bersumpah dari seorang Unit Tindakan Khas SD Azilah Hadri m...
Najib Arah Saya Bunuh Altantuya Azilah

Najib Arah Saya Bunuh Altantuya Azilah

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 633 hits
Azilah Hadri yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu membuat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang...
2 Hari Lagi Saksikan Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Yb Menteri Secara Langsung

Pak Lah S Son Denies Time To Steal Exchange Prays For Dr M

Video Tular Sumbat Kucing Hidup Hidup Dalam Guni

4 Sekeluarga Terselamat Kenderaan Dihempap Pokok

Selangor To Explore Implementing Urine Tests For Concert Attendees

Pelajaran Dari Imran Bin Hittan Ketika Akidah Tergadaikan Oleh Cinta

Perhimpunan Profesionalisme Daerah Kulai Bil 4 Sesi 2024 2025

Tips For Playing Slot Thailand With Low Deposits To Withdraw Millions


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe


Aktiviti Majlis Pemangkin Ekonomi Dan Silatulrahim Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur Ppim 11 01 2025

18 Foto Ilustrasi Ragam Masyarakat Moden Hari Ini Olahan John Holcroft

Sup Tauhu Jepun Dengan Kobis Menyegarkan

Kuih Batil Pisang Sambil Buat Teringat Kenangan Lama

Harga Tiket Feri Langkawi 2025

Gbp Usd 10 Januari Pembeli Sepenuhnya Meninggalkan Pasaran