Phuket Mula Sambut Ketibaan Pelancong Menerusi Projek Phuket Sandbox



Phuket Mula Sambut Ketibaan Pelancong Menerusi Projek “Phuket Sandbox”
BANGKOK: Pulau peranginan Phuket hari ini menyambut ketibaan ratusan pelancong asing, menerusi projek perintis “Phuket Sandbox” untuk merancakkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Buat pertama kali selepas 15 bulan, akhirnya pada 11.10 pagi (waktu tempatan) Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket menyambut ketibaan antarabangsa pertama, penerbangan Etihad dari Abu Dhabi yang membawa 25 penumpang.
Ia adalah penerbangan pertama dari empat penerbangan. Kira-kira 400 pelancong dari Doha, Tel Aviv, Singapura dan Abu Dhabi, yang sudah lengkap divaksin dijadual tiba di Phuket hari ini (1 Julai).
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berlepas ke pulau itu untuk melancarkan pembukaan semula pulau peranginan yang menjadi daya tarikan utama pelancong dalam dan luar negara
Beliau menggesa orang ramai untuk mematuhi peraturan dan langkah-langkah pencegahan untuk membolehkan lebih banyak destinasi pelancongan di negara ini dibuka semula pada pertengahan Oktober.
“Pembukaan semula Phuket merupakan langkah penting kepada usaha membuka semula pintu negara. Ia sekali gus membuka jalan bagi rakyat Thailand kembali menjalani kehidupan normal,” katanya di laman Facebooknya hari ini.
Di bawah pelan “Phuket Sandbox” pelancong asing lengkap divaksin dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari, tetapi perlu tinggal di pulau itu selama dua minggu sebelum boleh melakukan perjalanan ke wilayah lain di Thailand.
Pelancong asing yang dibenarkan adalah dari negara berisiko rendah dan sederhana, perlu memohon Sijil Masuk (CoE) dan membeli insurans perubatan merangkumi rawatan COVID-19 bernilai US$100,000 dan juga negatif ujian RT-PCR untuk tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Selain itu, pelancong asing mesti mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dengan vaksin yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak kurang 14 hari sebelum tarikh perjalanan.
Pihak berkuasa akan menutup semula Phuket jika kes harian COVID-19 meningkat kepada dua angka di pulau itu.
“Phuket Sandbox” menjadi model untuk wilayah pelancongan lain termasuk Chiang Mai, Chon Buri (Pattaya), Krabi dan Phang Nga dan Surat Thani (Koh Samui) yang dijangka dibuka pada Oktober.
Pelancong domestik yang mahu memasuki Phuket pula, mereka mesti mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin AstraZeneca atau dua dos vaksin jenis lain.
Di bawah inisiatif itu, kerajaan menyasarkan ketibaan kira-kira 100,000 pelancong asing pada suku ketiga tahun ini dan menjana pendapatan 8.9 bilion baht.
Jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri berkata berdasarkan tempahan yang dibuat dengan enam syarikat penerbangan pada Julai, menyaksikan sejumlah 11,894 pelancong (8,281 pelepasan dan 3,613 ketibaan) melalui 426 penerbangan.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata setakat hari ini seramai 6,020 telah mendaftar untuk “Phuket Sandbox”.
Katanya, sejumlah 3,034 sijil vaksin telah diluluskan sementara 1,379 CoE sudah dikeluarkan manakala 4,262 lagi permohonan sedang diproses.
“Sebanyak 323 CoE telah dikeluarkan untuk 1 Julai, 471 (2 Julai) dan 270 (3 Julai),” katanya di Twitter.
— BERNAMA
Phuket Mula Sambut Ketibaan Pelancong Menerusi Projek “Phuket Sandbox” Baca Artikel Menarik :
Bendera putih bukan bererti mengaku kalah Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO] Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Layari Laman Facebook MYKMU
 
 
Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand

Pekerja Seks Gantung Seluar Dalam Tanda Protes Dan Minta Kerajaan Beri Elaun Covid-19

The post Phuket Mula Sambut Ketibaan Pelancong Menerusi Projek “Phuket Sandbox” appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/01/phuket-mula-sambut-ketibaan-pelancong-menerusi-projek-phuket-sandbox/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akan Dibuka Pelancong Mula Membanjiri Patong Beach Phuket Thailand

Akan Dibuka Pelancong Mula Membanjiri Patong Beach Phuket Thailand

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 210 hits
Ada kiriman gambar dari rakan rakan saya di Phuket rupanya Pelancong Mula Membanjiri Patong Beach Phuket Thailand sejak beberapa hari yang lalu meraikan program Phuket Sandbox Thailand Ramai yang datang adalah dari pelancong tempatan namun ...
Pelancong Malaysia Dihina Apabila Tidak Dibenar Masuk Phuket

Pelancong Malaysia Dihina Apabila Tidak Dibenar Masuk Phuket

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 229 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluahkan rasa malu apabila Thailand melarang pelawat Malaysia memasuki pulau peranginan tersohor negara itu Phuket Kekesalan itu dicoretkan beliau menerusi hantaran di Faceboo...
Lancar Phuket Sandbox Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand

Lancar Phuket Sandbox Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 228 hits
Lancar Phuket Sandbox Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand Thailand bakal melancarkan pelan dimana membenarkan pengunjung dari negara negara terpilih untuk ke Thailand melalui Phuket tanpa perlu menjalani ku...
Design Poster Projek Wakaf Infak Telaga Di Kemboja

Design Poster Projek Wakaf Infak Telaga Di Kemboja

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 736 hits
Design PosterProgram Kembara Prihatin UmmahProjek Wakaf Infak TelagaBersama AlFayyadh Resources Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain ...
Presiden Turki Lancar Projek Penuh Kontroversi Terusan Istanbul

Presiden Turki Lancar Projek Penuh Kontroversi Terusan Istanbul

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 206 hits
KONGSI ARTIKEL ISTANBUL Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu mengambil langkah pertama dalam pembinaan sebuah terusan di bahagian barat Istanbul Menurut Encik Erdogan projek tersebut akan mewujudkan satu era kemakmuran y
Projek Pandora Interpol Bantu Malaysia Siasat Darknet

Projek Pandora Interpol Bantu Malaysia Siasat Darknet

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 195 hits
BH ONLINE Gambar hiasan KUALA LUMPUR Polis Antarabangsa akan membantu lima negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia menyiasat aktiviti berkaitan pengganas biologi menerusi Darknet Penyelaras Unit Pencegahan Keganasan Biologi INTERPOL Adrie...
Malaysia Airlines Bawa Penumpang Naik Pesawat Ubat Rasa Rindu Menerusi Video Asmr Video

Malaysia Airlines Bawa Penumpang Naik Pesawat Ubat Rasa Rindu Menerusi Video Asmr Video

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 238 hits
Semenjak tercetusnya pandemik Covid 19 di seluruh dunia sempadan negara telah ditutup terutamanya untuk aktiviti pelancongan Perkara ini telah diputuskan untuk mengelak penularan jangkitan dengan lebih luas kepada orang ramai Tidak dinafika...
Sindiket Bolot Projek Bernilai Rm135 Juta Dibongkar Sprm

Sindiket Bolot Projek Bernilai Rm135 Juta Dibongkar Sprm

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 190 hits
AGENDA DAILY Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya Kegiatan sindiket membolot 22 projek bernilai RM135 juta di sebuah kementerian sejak 2017 dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan siasatan terhada...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel