Philips Viva Collection Airfryer Xxl Lebih Besar Lebih Menyihatkan Lebih Baik
PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL: LEBIH BESAR, LEBIH MENYIHATKAN & LEBIH BAIK
MENEPATI KEHENDAK, KEPERLUAN DAN LEBIH INOVATIF
Kali ini, AlongMurni (AM) nak menyentuh permasalahan makanan. AM dapati kebanyakan masyarakat Malaysia amat menggemari makanan bergoreng termasuk AM sendiri. Nak nak kalau melibatkan menu Ayam Goreng dan makanan laut, memang kegemaran AM tau!! Namun sejak akhir-akhir ini, AM dah mula mengalami simptom kolestrol tinggi. AM dah tak boleh nak makan makanan yang berkalori tinggi, lemak, gula dan garam yang tinggi lagi. Sangat bahaya kan?? AM dah mula menjaga pemakanan AM tau. Tapi kadang-kadang terasa sukar dan berasa berada dalam dilema tau!! Yelah, samada nak ikut selera tekak AM atau nak berpantang makan makanan bergoreng nie.. Aduhaii!!
Baru-baru ini AM berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran Produk Philips Viva Collection Airfryer XXL. AM sangat sukakan barangan keluaran Philips kerana Philips adalah syarikat teknologi kesihatan pendahulu yang fokus kepada memperbaiki kesihatan orang ramai dan membolehkan hasil yang lebih baik merentas kontinuum kesihatan daripada kehidupan sihat dan pencegahan, kepada diagnosis, rawatan dan penjagaan di rumah. Philips memanfaatkan teknologi terkini dan pemahaman klinikal serta pengguna yang mendalam bagi menyampaikan solusi bersepadu. Bagai pucuk dicita ulam mendatang!! AM rasa teruja nak tahu pasal produk terbaru keluaran Philips ini! Nak tahu kelebihan Philips Viva Collection Airfryer XXL?? AM kongsikan kelebihan dan manfaat bila memasak menggunakan Philips Viva Collection Airfryer XXL ini ya!!
(1) LEBIH BESAR
MASAK LEBIH BANYAK HIDANGAN ENAK
Airfryer terbaharu Philips yang memudahkan AM memasak hidangan untuk AM dan anak-anak AM. Saiznya yang lebih besar direka khusus agar AM dapat menyediakan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga dan sahabat handai yang datang berkunjung. AM tidak lagi perlu memasak berulang kali untuk memenuhi selera semua orang! AM boleh memasak seekor ayam bulat atau sehingga 1.4kg kentang goreng, cukup untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar pernah dikeluarkan setakat ini. Bagus kan??
(2) LEBIH MENYIHATKAN
MENYINGKIR SEHINGGA 50% LEMAK DARIPADA MAKANAN KETIKA MEMASAK
Philips Viva Collection Airfryer XXL menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa . Ia merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti menggoreng minyak penuh dalam periuk serta menggoreng dalam kuali. Ciri Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah.
Best tau!! Sebab AM boleh memanggang seekor ayam bulat sekaligus, atau menggoreng ayam untuk seisi keluarga, menyajikan hidangan sempurna yang rangup di luar dan lembut di dalam, menyingkirkan lemak namun pada masa sama mengekalkan rasa serta jusnya. Anak AM suka sangat makan kentang goreng? Dengan menggunakan Airfyer, AM tidak lagi perlu menggoreng kentang menggunakan minyak yang banyak, namun hasilnya yang garing tetap sama enak dan menyelerakan seperti biasa, walaupun digoreng menggunakan 90% kurang lemak . Selain itu, rumah AM juga bebas daripada bau minyak goreng apabila memasak menggunakan Airfryer.
(3) LEBIH BAIK
PELBAGAI GUNA DAN MEMUDAHKAN
Bagi AM yang sentiasa sibuk, selain memasak, proses mencuci juga perlu mudah dan cepat. Untuk pengetahuan semua, Philips Viva Collection Airfryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.
Kepelbagaian fungsi Airfryer XXL membolehkan AM memasak beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak . Dengan kuasa 2,225W, ia adalah Airfryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan AM memasak dengan lebih cepat . Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna AM tidak lagi perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. Sama ada AM memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, AM boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, AM boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan AM lebih kemudahan.
“Di Philips, kami menggabungkan pengetahuan mengenai keinginan pengguna dan pembangunan produk berinovasi bagi menawarkan kepada pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng yang boleh menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, dan kemudahan yang lebih besar dengan membolehkan mereka memasak lebih banyak makanan sekaligus dengan menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar yang pernah kami keluarkan. Kami memahami bahawa para ibu bapa, terutama sekali ibu, amat mementingkan keupayaan menyediakan makanan yang sihat lagi enak, yang disediakan sendiri di rumah dan kami mahu membantu mereka melakukannya dengan lebih mudah,menggunakan peralatan dapur kami yang berinovasi,” kata Pengurus Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel.
Yang menariknya, Airfryer XXL turut didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga. Mahu lebih lagi? Semua pengguna boleh mendapatkan lebih banyak panduan, tutorial serta resipi mudah diikuti menerusi aplikasi Philips Airfryer yang disediakan untuk peranti iOS atau Android .
Philips Viva Collection Airfryer XXL boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan, di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, dan Wangsa Walk, semuanya di Kuala Lumpur; di Sutera Mall, Johor Bahru; dan di Gurney Plaza, Pulau Pinang; juga di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi di Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Viva Collection Airfryer XXL, sila kunjungi https://www.philips.com.my/c-p/HD9630_99/viva-collection-airfryer-xxl. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila kunjungi www.philips.com.my
KATA ALONGMURNI
AM JATUH CINTA PADA PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL INI.
MASA AM MEMASAK DI DAPUR DAPAT DIJIMATKAN DAN
AM BOLEH MEMASAK DENGAN CARA YANG SIHAT.
PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL INI MEMANG
LEBIH BESAR, LEBIH MENYIHATKAN DAN LEBIH BAIK.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2018/10/philips-viva-collection-airfryer-xxl.html