Ph Tolak Pindaan Akta 342 Penguatkuasaan Dua Darjat



Bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342 yang dijadualkan di Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Khairy Jamaluddin.
Memuji keputusan itu, Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang turut bermesyuarat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAC) Kesihatan berkata, keputusan yang dibuat diyakini akan memberi keadilan kepada rakyat dengan tidak mengenakan kompaun yang tinggi sebagaimana cadangan sebelumnya.
“Saya ucap terima kasih kerana Menteri Kesihatan mengambil keputusan menangguhkan persidangan bacaan kedua ke sidang akan datang.
“Ada beberapa perkara yang perlu kita sentuh, pertama Ahli Parlimen sebahagian besar tidak hadir kerana terpaksa membantu usaha mengurangkan tekanan rakyat di masa banjir, terutama sekitar Lembah Kelang dan juga beberapa negeri lain.
“Kedua, menyentuh soal rang undang undang ini, penggubalannya lemah. Penggubalan itu dengan (beberapa) pindaan yang dilakukan menunjukkan bahawa kabinet yang meluluskannya tidak mengambil kira beberapa pandangan rakyat,” katanya.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu juga menegaskan pindaan nilai kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000 adalah tidak wajar terutamanya ketika rakyat baharu mula pulih daripada jerutan ekonomi akibat wabak Covid 19.
“Oleh itu harus kita belajar dari pengalaman ini, iaitu peruntukan yang ada dan meneruskan dengan program libat urus (kedua belah pihak). Kalau betul disebut tadi pembangkang dan memorandum kerjasama, sepatutnya ada libat urus yang boleh mengambil kira pengalaman lain, kepakaran dan sebagainya.
“Tetapi semangat yang ditunjukkan itu, kesediaan untuk meminda beberapa hal substantif telah pun diambil kira, termasuk menurunkan atau membatalkan cadangan kompaun bagi rakyat, dengan kekal RM1,000 .
“Itu pun kita menunggu peraturan supaya jangan ada dua darjat, di mana banyak berlaku pembesar pembesar tidak dikenakan hukuman tetapi rakyat miskin dihukum,” katanya.
Beliau juga memuji keputusan konsensus yang diambil dalam mesyuarat PAC yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching bersama Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan pada sebelah pagi yang mahu memperincikan lagi pindaan Akta 342 berkenaan.
“Saya mengambil kira pandangan konsensus tadi dalam PAC, Bandar Kuching (mahu) supaya bukan sahaja undang undang dinyatakan diteliti dan dikaji, hal ini supaya jangan ada pelanggaran kuasa atau pun permasalahan berbangkit kerana kurang jelas.
“Tetapi pada prinsipnya juga saya nak keperluan kita meneliti semula RUU 342 ini supaya tindakan menangani masalah Covid 19 dan penyakit berjangkit lain lebih berkesan.
“Yang tidak kita setuju ialah beban kepada rakyat, hukuman lebih tinggi dan wewenang yang terlalu luas bagi pihak berkuasa. Juga hukuman yang tidak merujuk kepada proses mahkamah. Mengapa pelanggaran syarikat besar dibiarkan tetapi pelanggaran oleh orang kecil diberi penekanan.
“Saya sambut baik keputusan menangguhkan kepada sidang akan datang. Tetapi sebelum dibentang sekali lagi biarlah ada kesepakatan untuk menerima peruntukan ini (antara Kerajaan dan Pembangkang),” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33708

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Enggan Beri Sokongan Pada Ruu Pindaan Akta 342

Ph Enggan Beri Sokongan Pada Ruu Pindaan Akta 342

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 260 hits
PH enggan beri sokongan pada RUU pindaan Akta 342Diterbitkan Dec 15 2021 Pakatan Harapan tidak akan menyokong Rang Undang Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang dibentang semalam dan dijangka bakal dibahaskan es...
Tarik Balik Pindaan Akta 342 Elak Individu Dianiaya

Tarik Balik Pindaan Akta 342 Elak Individu Dianiaya

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 233 hits
FAZLI RADZIPejuang Muda Malaysia menggesa kerajaan menarik kembali kertas cadangan Rang Undang Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan membuat penilaian semula Ketuanya Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata kerajaan perlu ...
Pindaan Akta 342 Disemak Semula Hukuman Dikurangkan Tapi Masih Membebankan

Pindaan Akta 342 Disemak Semula Hukuman Dikurangkan Tapi Masih Membebankan

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 333 hits
Pindaan Akta 342 disemak semula hukuman dikurangkan tapi masih membebankan Kementerian Kesihatan telah mengurangkan beberapa penalti atau hukuman dalam rang undang undang yang mencadangkan pindaan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penya...
6115 Pindaan Akta 342 Ppim Seru Kerajaan Tidak Ambil Pendekatan Draconian Sumberkini 17 12 2021

6115 Pindaan Akta 342 Ppim Seru Kerajaan Tidak Ambil Pendekatan Draconian Sumberkini 17 12 2021

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 267 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius terhadap cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 Pindaan Akta 342 itu adalah untuk menaikkan denda bagi kesalah...
Pindaan Akta 342 Denda Sehingga Rm10 000 Tidak Patuh Sop Melampau

Pindaan Akta 342 Denda Sehingga Rm10 000 Tidak Patuh Sop Melampau

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 215 hits
Pindaan terdadap Rang Undang Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atau Akta 342 dianggap melampau apabila mencadangkan nilai maksimum kompaun kepada yang melanggar Prosedur Operasi Piawai sehingga RM10 000 Bagi Ket...
Pinda Akta 342 Mengapa Mahu Kompaun Rakyat Rm10 000

Pinda Akta 342 Mengapa Mahu Kompaun Rakyat Rm10 000

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 246 hits
Pindaan terdadap Rang Undang Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atau Akta 342 dianggap melampau apabila mencadangkan nilai maksimum kompaun kepada yang melanggar Prosedur Operasi Piawai sehingga RM10 000 Bagi Ket...
Ini Akan Jadi Jika Akta 342 Dilulus Di Parlimen Hari Ini

Ini Akan Jadi Jika Akta 342 Dilulus Di Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 251 hits
INI AKAN JADI JIKA AKTA 342 DILULUS DI PARLIMEN HARI INI Please shareMore cartoons www zunar my
Anwar Terima Memo Dari Anak Muda Berkaitan Isu Akta 342

Anwar Terima Memo Dari Anak Muda Berkaitan Isu Akta 342

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 192 hits
Pagi ini saya bersama beberapa Ahli Parlimen lain termasuk mantan Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad telah menerima memorandum dari gerakan anak anak muda dan aktivis rakyat Pagi ini saya bersama beberapa Ahli Parlimen lain termasuk ma...
Semua Bantah Akta 342 Lebih Baik Dibatalkan Saja

Semua Bantah Akta 342 Lebih Baik Dibatalkan Saja

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 226 hits
Pagi ini saya bersama beberapa Ahli Parlimen lain termasuk mantan Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad telah menerima memorandum dari gerakan anak anak muda dan aktivis rakyat Mereka hadir bagi menyatakan pendirian tegas serta bantahan k...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework