Ph Tidak Boleh Janji Kosong Dalam Prn Melaka


 Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
HASSAN ABDUL KARIMPASIR GUDANG: Pakatan Harapan (PH) tidak boleh lagi menabur janji untuk memenangi hati pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sebaliknya PH perlu bertindak selaras dengan apa yang dikata dan diperjuangkan selama ini agar gabungan itu akan dipercayai masyarakat.
Menurut wakil rakyat PKR itu, hal tersebut kerana rakyat tidak akan lupa kata-kata bekas Pengerusi PH ketika itu yang juga Perdana Menteri bahawa Manifesto PH bukannya kitab suci.
“PH telah diberi peluang menjadi kerajaan selama 22 bulan setelah menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), jauh lebih pendek berbanding tempoh lima tahun pemerintahan Taliban kali pertama di Afghanistan (1996-2001).
“Kebaikan dan kejayaan PH dalam tempoh 22 bulan bersejarah itu dalam beberapa hal terserlah juga. Tetapi kelemahan dan janji-janji tinggi yang gagal dipenuhi juga jelas kelihatan. 
“Kad laporan PH selama memerintah dalam kerajaan pertamanya selama 22 bulan itu berwarna-warni, dengan lulus berwarna biru dan gagal berwarna merah. Banyak merah daripada biru nampaknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah bekas Pengerusi PKR Johor itu, pertubuhan sivil tempatan berasa dikhianati apabila pemimpin PH mula merasai nikmat dan keistimewaan menjadi pemerintah sehingga lari daripada perjuangan asal yang dikongsi bersama.
“Sebelum menang PRU-14, PH bertahun lamanya mesra dan bekerjasama dengan pertubuhan sivil di Malaysia.
“Tetapi selepas PH tumbang, pertubuhan sivil tidak lagi ghairah mendampingi PH apatah lagi untuk menolong PH bangkit kembali. Di mana silap PH, apakah dosa PH?” soalnya.
Sehubungan itu katanya, kini rakyat di seluruh negara akan menjadi pemerhati yang ada kepentingan untuk menilai kembali PH khususnya dalam PRN Melaka.
“Walaupun PRN Melaka ini berlaku di negeri antara terkecil di Malaysia, tetapi Melaka yang bersejarah itu sering disebut dengan ungkapan ‘Melaka, di mana tempat semuanya bermula’.
“Justeru keputusan PRN Melaka nanti boleh ditafsirkan sebagai potret wajah PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) khususnya di mata rakyat,” tambahnya.
Sehubungan itu Hassan memberitahu, PH perlu menjaga imej dan prinsip politik perjuangannya agar terserlah di Melaka.
“Imej politik yang baik di Melaka mungkin akan kekal positif di mata rakyat sehinggalah PRU Ke-15 nanti sebagai gabungan politik pelbagai kaum, agama dan budaya yang berintegriti, boleh dipercayai kerana adil, amanah, demokratik dan tidak mengejar kuasa semata-mata.
“Untuk menang jangka panjang, bukannya jangka pendek sekadar PRN Melaka sahaja, maka PH perlu mendapatkan semula sokongan pertubuhan sivil yang masih kelihataan dingin dan merajuk terhadap PH,” tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/ph-tidak-boleh-janji-kosong-dalam-prn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Hanya Pengundi Lengkap Vaksin Boleh Undi

Prn Melaka Hanya Pengundi Lengkap Vaksin Boleh Undi

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 251 hits
October 18 2021 5 57 PMDUN Melaka dibubarkan 4 Okt lalu selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali PETALING JAYA Hanya pengundi yang lengkap divaksin akan dibenarkan mengundi pada pilihan raya nege...
Akhirnya Kami Boleh Terima Logo Ph Di Prn Melaka Tapi Tolonglah Tolak 4 Adun Katak Di Melaka

Akhirnya Kami Boleh Terima Logo Ph Di Prn Melaka Tapi Tolonglah Tolak 4 Adun Katak Di Melaka

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 219 hits
Siapa sebenarnya yang kemaruk sangat mahu bawa masuk Adun2 katak di Melaka itu ke dalam PH untuk dicalonkan dalam PRN nanti Semua keputusan poll yang telah dibuat samada di FB twitter mahupun media2 sosial yang lain majoriti menolak kesemua...
Prn Melaka Sop Di Ragui Tengok Bola Boleh Nak Kempen Pilihan Raya Tidak Di Benarkan

Prn Melaka Sop Di Ragui Tengok Bola Boleh Nak Kempen Pilihan Raya Tidak Di Benarkan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 311 hits
TELOK MAS Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya segera mengeluarkan Procedur Operation Standard berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka bagi mengelakkan kekeliruan kaedah berkempen Dakwanya ini k...
Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 338 hits
November 4 2021 Biarpun mungkin berdepan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti UMNO yakin akan menang dan membentuk kerajaan negeri Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerus...
Prn Melaka 9 Daripada 10 Akar Umbi Umno Tolak Bersatu Kata Tok Mat

Prn Melaka 9 Daripada 10 Akar Umbi Umno Tolak Bersatu Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 351 hits
October 27 2021 4 57 PMTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata parti itu akan mengambil semua pandangan dan maklum balas dalam merangka kerjasama pada pilihan raya negeri Melaka PETALING JAYA Daripada 10 ahli akar umbi Umno sembilan me...
Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 371 hits
October 26 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan akar umbi parti itu lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS Bagaimanapun dia berkata bergantung kepada PAS sama ada kerjasama itu berlaku atau tidak Tentulah ahli kita ...
Rumah Keadilan Wanita Negeri Melaka Mula Beroperasi Sempena Prn Negeri

Rumah Keadilan Wanita Negeri Melaka Mula Beroperasi Sempena Prn Negeri

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 222 hits
Bismillahhirrahmannirrahhim 26 October 2021 Alhamdulillah pada mlm tadi bertempat di Bilik Gerakan Utama BGU Rumah Wanita Keadilan Pusat mesyuarat kali pertama Jentera Piliharaya N01 Dun Kuala Linggi 7 Ketua Ketua JDM Ajk Wanita Amk dan ahl...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan