Ph Punca Negara Hancur
Oleh : Anasz
Kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 yang lalu ternyata menjadi detik hitam kepada kestabilan negara. Sepanjang pemerintahan PH selama 22 bulan menyaksikan pelbagai aset-aset strategik negara dijual dan digadaikan atas nama mahu mengurangkan beban hutang kerajaan.
Ditambah lagi dengan keceluparan kaum-kaum minoriti dan para Menteri PH yang sudah mula memainkan api keagaamaan dan perkauman.
Malah pengaruh LGBT semakin terasa hangatnya apabila Menteri di JPM yang menjaga portfolio agama telah mengundang kelompok kaum dilaknat ALLAH ke Pejabat JAKIM di Putrajaya.
Walaupun akhirnya, kerajaan yang penuh dengan penipuan ini runtuh secara sendiri selepas Perdana Menteri paling tua di dunia meletakkan jawatan, dan digantikan dengan kelompok Pengkhianat PH yang datang dari PH (PPBM DNA Pengkhianat + PKR Anti Anwar), politik Malaysia masih tidak mampu stabil. Ekoran COVID-19 melanda dunia dan segala usaha dan tenaga terpaksa ditumpukan kepada sektor kesihatan awam.
Episod kejatuhan kerajaan pimpinan kelompok pengkhianat ini bermula apabila PM DNA Pengkhianat mengkhianati arahan Yang Dipertuan Agong untuk membentangkan terlebih dahulu pembatalan Ordinan Darurat kepada parlimen. Sebaliknya menteri yang menjaga portfolio undang-undang dalam kabinat PM DNA Pengkhianat ini menyatakan bahawa kerajaan memutuskan semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan berkuatkuasa 21 Julai 2021.
Sekaligus ini bertentangan dengan hasrat Yang Dipertuan Agong dan Perlembagaan Negara. Dan dalam kekecohan berkenaan, PM DNA Khianat ini cuba bermain politik dengan mengadakan sidang media dan menawarkan pelbagai 'ganjaran' kepada pihak yang menyokongnya di sesi parlimen.
Namun takdir ALLAH melebihi segala-galanya. PM DNA Khianat ini akhirnya meletakkan jawatan selepas setahun menjadi Perdana Menteri apabila beberapa ahli parlimen UMNO menarik sokongan ke atas PM DNA Khianat dan menyatakan sokongan ke atas Istana Negara.
Walaupun PM DNA Khianat ini sudah tidak lagi berada di dalam kabinet, PM kerajaan campuran BN + PN dan GPS ini telah melantik PM DNA Khianat menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara. Dan seakan-akan menjadi 'shadow cabinet' disebalik kabinet Perdana Menteri kerajaan campuran. Manakan tidak, jawatan yang dipegang oleh PM DNA Khianat ini adalah setaraf Menteri Kabinet.
PH, PPBM & WARISAN yang selama ini mendabik dada sebelum PRU 14 bahawa mereka akan menjadi kerajaan yang lebih baik daripada BN, ternyata memberi Harapan Dajjal kepada manusia.
Dan suka tidak suka ketidakstabilan politik negara pada hari ini berpunca dari PH dan para pengkhianat rakyat Malaysia pada PRU 14. Mereka inilah yang menjadi sebab dan punca Malaysia semakin kebelakang dalam segala hal.
Jadi untuk PRU14, bersikap cerdiklah wahai rakyat Malaysia. Memang sukar untuk kita mencari pemimpin yang 'perfect' dalam segenap aspek, ketika kita (rakyat) Malaysia amnya masih penuh dengan mengerjakan dosa dan bermaksiat kepada yang Maha Mencipta.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penaminang.com/2022/09/ph-punca-negara-hancur.html