Ph Pn Gta Ibarat Tikus Membaiki Labu Zahida


malaysiagazette.com
By Hussaini Amran
- 29 October 2022
Zahida Zarik Khan
KUALA LUMPUR – Rakyat diminta supaya tidak memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) serta serpihannya iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk berkuasa semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Puteri Barisan Nasional (BN), Datuk Zahida Zarik Khan berkata, ura-ura mereka akan bekerjasama untuk menentang BN bukan sesuatu yang mengejutkan, malah sudah dijangka.

Menurut beliau, rakyat seharusnya serik untuk memberi kuasa kepada parti-parti yang terbukti tidak mampu memikulnya.

“Seperti kata pepatah ‘ibarat tikus membaiki labu’, itulah PH dan serpihan mereka.

“Negara sudah jauh terkebelakang hasil kerosakan daripada tangan-tangan mereka,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Zahida yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO mengulas mengenai kesediaan Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dengan PN pada PRU-15.

Beliau menambah, PH, PN dan GTA akan mengitar semula dan mengulangi skrip sama dalam kempen PRU-15.

“Tiada apa yang baharu, tiada tawaran baik agenda rakyat selain daripada politik kebencian dan fitnah.

“Khianat mengkhianati akan terus berlaku, rakyat terus jadi mangsa kesan daripada kegilaan mereka. Hilanglah prinsip dan maruah seorang pemimpin,” jelasnya.

Zahida berkata, UMNO dan BN adalah berbeza kerana mereka mahukan kuasa untuk memulihkan kembali semangat rakyat dan ekonomi serta menawarkan kerajaan yang stabil dan makmur.

“Ambil contoh di Melaka dan Johor, hasil mandat rakyat kepada BN, sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk, manfaatnya kembali kepada rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya pengundi muda dan pengundi kali pertama agar memberi isyarat bahawa mereka mahukan kerajaan yang benar-benar mampu mentadbir dan bukannya sekadar menaburkan janji tipu, harapan palsu, propaganda dan retorik semata-mata.

“Tetapkan pendirian, undi BN demi kestabilan dan kemakmuran,” katanya.
 – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/ph-pn-gta-ibarat-tikus-membaiki-labu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Tangan Kami Boleh Menang 20 Kerusi Dakwa Pemimpin Kanan Gta

Dalam Tangan Kami Boleh Menang 20 Kerusi Dakwa Pemimpin Kanan Gta

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 196 hits
Seorang pemimpin kanan GTA tidak setuju dan menyanggah tulisan saya di blog ini semalam yang menyebut Tun Mahathir Mohamad sudah tidak relevan lagi dalam PRU15 akan datang dan sesiapa yang bersamanya juga bakal kecundang sama Katanya tulisa...
Gta Senarai Hamid Bador Calon Di Parlimen Rembau

Gta Senarai Hamid Bador Calon Di Parlimen Rembau

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 227 hits
Bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador dicalonkan mewakili GTA menerusi Pejuang bagi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum ke 15 PETALING JAYA Gerakan Tanah Air Negeri Sembilan mengesahkan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador dis...
Tiada Ruang Untuk Pn Gta Dalam Ph

Tiada Ruang Untuk Pn Gta Dalam Ph

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 130 hits
Tiada ruang untuk PN GTA dalam PHPosted By on October 16 2022Propaganda yang sengaja direkayasa sejak beberapa hari ini mengenai kemungkinan Pakatan Harapan akan melakukan pakatan pilihan raya atau electoral pact bersama PN dan GTA mustahil...
Gta To Focus On Young Voters Says Dr M

Gta To Focus On Young Voters Says Dr M

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 213 hits
GTA founding chairman Dr Mahathir Mohamad said GTA would show that Pejuang would fight for the original struggle of Bersatu LANGKAWI Gerakan Tanah Air will be focusing on young and new voters in its preparations for the 15th general electio...
Mahathir Pejuang Gta Hilang Arah

Mahathir Pejuang Gta Hilang Arah

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 193 hits
Sukar meramalkan masa depan parti ini Dibarisi oleh pimpinan lama dengan penuh impian Bagaimanapun media banyak memberi tumpuan dan publisiti kepada Mahathir apabila bersuara Selamat Mengundi Nama anda dah automatik berdaftar nak semak masu...
Gta Mula Perbincangan Bersama Pn

Gta Mula Perbincangan Bersama Pn

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 307 hits
bharian com myOleh Oktober 22 2022 11 43amTimbalan Pengerusi Penaja GTA Datuk Seri Mukhriz Mahathir ALOR SETAR Gerakan Tanah Air mengesahkan sudah memulakan perbincangan bersama Perikatan Nasional bagi melihat kemungkinan bekerjasama pada P...
Ada Sedikit Peluang Jika Gta Dan Pn Duduk Semeja

Ada Sedikit Peluang Jika Gta Dan Pn Duduk Semeja

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 182 hits
Win win jika mereka dapat menunjukan KERJASAMA pembahagian kerusi dan GTA perlu akur bahawa mereka tidak boleh MELAMPAU menuntut jumlah kerusi Lebih PENTING mereka boleh menggantikan BN membentuk kerajaan campuran TETAPI dominan 3 penjuru a...
Tun M Indian Muslim Alliance Will Give Gta A Big Win In Ge15

Tun M Indian Muslim Alliance Will Give Gta A Big Win In Ge15

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 188 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad is convinced that the National Indian Muslim Alliance Party s presence in Gerakan Tanah Air would help the coalition record a big win in the upcoming 15th General Election GTA s sponsor chairman said his confidence w...
Ibarat Kahwin Diatur Kata Tajuddin Selepas Digugur Calon

Ibarat Kahwin Diatur Kata Tajuddin Selepas Digugur Calon

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 144 hits
freemalaysiatoday com November 4 2022 7 30 PMPenyandang kerusi Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau berterima kasih kepada Umno kerana memberinya banyak peluang sebelum ini PETALING JAYA Penyandang kerusi Parlimen Pasir...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme