Gta Mula Perbincangan Bersama Pn


bharian.com.my
Oleh M Hifzuddin Ikhsan 
[email protected]
- Oktober 22, 2022 @ 11:43am
Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
ALOR SETAR: Gerakan Tanah Air (GTA) mengesahkan sudah memulakan perbincangan bersama Perikatan Nasional (PN) bagi melihat kemungkinan bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kedua-dua pihak kini berusaha mencapai persefahaman sebelum rundingan secara rasmi dapat dibuat.

Katanya, kerjasama itu mampu dicapai sekiranya kedua-dua pihak dapat mengetepikan perbezaan pendapat dan menetapkan matlamat dalam memastikan Barisan Nasional (BN) tidak menang pada PRU15.

"Ya, GTA dan PN memang ada melakukan perbincangan bagi melihat kemungkinan dapat bekerjasama pada PRU15, namun ia belum sampai ke tahap rundingan rasmi lagi setakat ini.

"Perbincangan masih di peringkat awal yang mana kita masih perlu menentukan konsep gabungan berkenaan dan setakat ini, respon PN adalah positif," katanya dalam sesi temu bual bersama media di Pejabat Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, pihaknya sedang menilai kemungkinan mempertimbangkan kerjasama bersama PN bagi menghadapi PRU15.

Dr Mahathir berkata, pihaknya sedia bekerjasama bersama PN, yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika gabungan itu sependapat dengan GTA serta tidak terbabit dengan perkara bertentangan dasar dan prinsip.

Mukhriz yang juga Presiden PEJUANG berkata, sekiranya dipersetujui, gabungan itu perlu dibuat segera kerana kedua-dua pihak kini kesuntukan masa berikutan penamaan calon PRU15 ditetapkan pada 5 November ini.

Katanya, apa yang penting kedua-dua pihak perlu melihat kemudaratan yang bakal dibawa BN sekiranya parti itu dapat membentuk kerajaan selepas PRU15.

"Kita melihat kerjasama ini boleh dibuat dalam bentuk gabungan politik (GTA dan PN), tetapi ia berkemungkinan agak sukar kerana kesuntukan masa.

"Tetapi mungkin boleh dibuat kerjasama dalam menghadapi pilihan raya jika kedua-dua pihak melihat kerosakan bakal dibuat BN dan UMNO sekiranya kembali mendapat kuasa," katanya.

Untuk rekod, GTA membabitkan kerjasama antara PEJUANG, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Ikatan India Muslim Nasional (IMAN).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/gta-mula-perbincangan-bersama-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Kata Wujud Rundingan Kerjasama Antara Gta Pn Muhyiddin Pula Nafi Ada Perbincangan

Tun M Kata Wujud Rundingan Kerjasama Antara Gta Pn Muhyiddin Pula Nafi Ada Perbincangan

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 169 hits
Nampaknya impian Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional seakan tidak tercapai apabila pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada sebarang perbincangan ras...
Gta Senarai Hamid Bador Calon Di Parlimen Rembau

Gta Senarai Hamid Bador Calon Di Parlimen Rembau

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 267 hits
Bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador dicalonkan mewakili GTA menerusi Pejuang bagi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum ke 15 PETALING JAYA Gerakan Tanah Air Negeri Sembilan mengesahkan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador dis...
Dalam Tangan Kami Boleh Menang 20 Kerusi Dakwa Pemimpin Kanan Gta

Dalam Tangan Kami Boleh Menang 20 Kerusi Dakwa Pemimpin Kanan Gta

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 227 hits
Seorang pemimpin kanan GTA tidak setuju dan menyanggah tulisan saya di blog ini semalam yang menyebut Tun Mahathir Mohamad sudah tidak relevan lagi dalam PRU15 akan datang dan sesiapa yang bersamanya juga bakal kecundang sama Katanya tulisa...
Tiada Ruang Untuk Pn Gta Dalam Ph

Tiada Ruang Untuk Pn Gta Dalam Ph

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 160 hits
Tiada ruang untuk PN GTA dalam PHPosted By on October 16 2022Propaganda yang sengaja direkayasa sejak beberapa hari ini mengenai kemungkinan Pakatan Harapan akan melakukan pakatan pilihan raya atau electoral pact bersama PN dan GTA mustahil...
Tun M Indian Muslim Alliance Will Give Gta A Big Win In Ge15

Tun M Indian Muslim Alliance Will Give Gta A Big Win In Ge15

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 244 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad is convinced that the National Indian Muslim Alliance Party s presence in Gerakan Tanah Air would help the coalition record a big win in the upcoming 15th General Election GTA s sponsor chairman said his confidence w...
Benarkah Wujud Perbincangan Sulit Antara Zahid Dan Anwar

Benarkah Wujud Perbincangan Sulit Antara Zahid Dan Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 234 hits
SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia menuntut Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan mengenai wujudnya p
Zahid Dan Anwar Perlu Jelaskan Dakwaan Perbincangan Sulit Mereka

Zahid Dan Anwar Perlu Jelaskan Dakwaan Perbincangan Sulit Mereka

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 182 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia menuntut Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan mengenai wujudnya perbincangan sulit antar...
Jadi Perbincangan Ini Potret Muhammad Zayyan Trainee Idol K Pop Asal Indonesia

Jadi Perbincangan Ini Potret Muhammad Zayyan Trainee Idol K Pop Asal Indonesia

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 377 hits
Nama pemuda asal Indonesia bernama Muhammad Zayyan tengah ramai menjadi perbincangan beberapa waktu belakangan Ini terjadi usai dia diumumkan sebagai trainee idol Kpop yang bernaung di bawah agensi One Cool Jasco Wajah tampan Zayyan pun son...
Gta To Focus On Young Voters Says Dr M

Gta To Focus On Young Voters Says Dr M

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 258 hits
GTA founding chairman Dr Mahathir Mohamad said GTA would show that Pejuang would fight for the original struggle of Bersatu LANGKAWI Gerakan Tanah Air will be focusing on young and new voters in its preparations for the 15th general electio...
Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah