Ph Perlukan Bn Di Sebalik Cita Cita Umno Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin-26 Aug 2024

PH sedar ia mungkin tidak memiliki kekuatan untuk membentuk majoriti kerusi tanpa sokongan BN, serta Sabah dan Sarawak, menurut penganalisis.
Di sebalik cita-cita Umno untuk menjadi parti dominan, Pengerusi PH Anwar Ibrahim membuka rundingan kerjasama dengan BN bagi PRU16.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan masih memerlukan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan walaupun berdepan cita-cita Umno untuk kembali menjadi parti dominan.

Penganalisis percaya PH sedar ia mungkin tidak memiliki kekuatan untuk membentuk majoriti kerusi tanpa sokongan BN, serta parti-parti di Sabah dan Sarawak yang pernah bersama gabungan itu.

PH tak mampu bergerak solo dalam perkara ini. Paling banyak kerusi yang boleh diperolehi 80 Parlimen sahaja dan lebihan untuk dapat majoriti mudah bentuk kerajaan memerlukan sokongan BN, sekurang-kurangnya di Semenanjung, kata Azmi Hassan dari Akademi Nusantara.

Azmi mengingatkan bahawa PKR dan Amanah sukar menarik sokongan pengundi Melayu, manakala hubungan lama antara BN dan parti-parti di Sabah dan Sarawak akan memudahkan kerjasama.

Jika PH bekerjasama dengan BN secara automatik parti di Sabah dan Sarawak akan turut serta dalam kerjasama itu, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH Anwar Ibrahim bahawa rundingan kerjasama dengan BN bagi PRU16 masih terbuka.

Pada Perhimpunan Agung Umno 2024 yang berakhir pada Sabtu, para pemimpin tinggi Umno dalam ucapan mereka menekankan pemulihan, yang menurut Naib Presiden Johari Abdul Ghani mungkin memerlukan dua atau tiga PRU untuk kembali dominan.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata langkah PH mengekalkan dialog dengan BN menunjukkan kesediaan untuk membentuk pakatan politik yang boleh menjamin kestabilan dan kesinambungan pemerintahan.

Sikap ini katanya akan membantu memupuk kepercayaan dalam kalangan pengundi bahawa ia sedia bekerjasama demi kebaikan negara dan bukan semata-mata untuk kepentingan politik.

Dalam erti kata lain, PH mahu menggambarkan diri mereka sebagai pemain politik yang inklusif dan bersedia mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan parti, katanya.

Sementara itu, Azmi berkata Umno perlu menggandakan usaha bagi mengimbangi kekuatan DAP, sekiranya mahu dilihat sebagai parti dominan.

Untuk menjadi dominan, kalau nak kekal bekerjasama dengan PH maka Umno perlu meningkatkan kerusi lebih, sama ada sama dengan DAP atau PKR atau kena lebih dari DAP dan PKR, katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/ph-perlukan-bn-di-sebalik-cita-cita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Jemput Dap Pemimpin Parti Kerajaan Untuk Sejukkan Akar Umbi Kata Penganalisis

Umno Tak Jemput Dap Pemimpin Parti Kerajaan Untuk Sejukkan Akar Umbi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 180 hits
freemalaysiatoday com 15 Aug 2024 08 00 AMUmno semalam memutuskan tidak menjemput pemimpin utama kerajaan perpaduan ke PAU 2024 minggu depan Perhimpunan Agung Umno 2024 akan berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos dijangka dihadiri 6 433 perwaki...
Komik Hew Umno Wajib Bantah Keputusan Kdn Batal Larangan Kata Puad

Komik Hew Umno Wajib Bantah Keputusan Kdn Batal Larangan Kata Puad

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 242 hits
freemalaysiatoday com14 Aug 2024 08 42 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata kerajaan wajar mencari jalan supaya larangan berkenaan diteruskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata rakyat kecewa dengan keputusan KD...
Prk Nenggiri Pas Tanggung Kekalahan Terbesar Kata Penganalisis

Prk Nenggiri Pas Tanggung Kekalahan Terbesar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 99 hits
malaysiakini comKekalahan PN dalam PRK Nenggiri antaranya disebabkan penyokongnya menurut penganalisis politik Mereka berpandangan penyokong Bersatu bukan saja enggan keluar mengundi malah ada yang mengundi Umno Penganalisis politik Azmi Ha...
Apa Kata Umno Cuba Solo Di Mahkota

Apa Kata Umno Cuba Solo Di Mahkota

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 100 hits
Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh ketika PAU2024 baru baru ini tidak menolak kemungkinan parti itu akan bertanding secara solo dalam PRU16 akan datang Katanya UMNO masih belum membuat sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan siapa pada PR...
Cita Cita Umno Era Parti Dominan Sudah Berlalu

Cita Cita Umno Era Parti Dominan Sudah Berlalu

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 123 hits
Cita cita Umno Era parti dominan sudah berlalu ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be N ii5V42qJ8 src in org https www youtube com embed N ii5V42qJ8 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube co...
Video Kata Kata Menggetarkan Cagub Cantik Airin Didukung Pdip Maju Pilkada Banten 2024

Video Kata Kata Menggetarkan Cagub Cantik Airin Didukung Pdip Maju Pilkada Banten 2024

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 103 hits
PDIP secara resmi mengusung pasangan Airin Rachmi Diany dan Ade Sumardi sebagai bakal calon gubernur dan wakil gubernur pada Pilkada Banten
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah