Ph Musuh Agama Pas Jumud Pegang Konsep Muslim Teokrat Idelogi Lapuk


 



POSTED BY AMIR WRLR


Pendapat Presiden Pas Hj Hadi Awang baru-baru ini yang meletakkan Pakatan Harapan seolah-olah musuh agama kerana wujudnya DAP yang mengancam Islam, dikritik oleh pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin.
Wan Ji mendakwa Pas tidak pernah mahu melakukan perubahan dan berkukuh kepada konsep Muslim Teokrat yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa dan kewarganegaraan.
Hal itu menyebabkan Pas jumud dan tidak secocok dengan sistem pemerintahan demokrasi moden.
"Dari situ datang wacana Muslim Teokrat. Masalahnya mereka (pendukung Muslim Teokrat) membawa agenda Negara Islam tetapi agenda itu kebanyakannya membawa kepada mereka menjadi radikal
"Di sana ada beberapa tokoh yang membincangkan bahayanya Muslim Teokrat ini. Tokoh antaranya Dr Said Ramadan Al-Bouti dari Syiria. Beliau menulis kitab yang menceritakan tentang jihad, yang bila kita baca nampak fikrah Islam teokratik itu tidak memberi manfaat yang besar kepada Islam
"Juga ilmuan seperti Dr Said Ramadan, Syeikh Abdullah Bin Bayyah dan sebagainya cuba menyelesaikan konsep kewarganegaraan dalam hal melibatkan kepolitikan konsep negara bangsa pada hari ini.
"Yang sudah pasti wacana itu tak sama dengan dibincangkan al Imam (Abu Hasan) al Mawardi, Ibnu Taimiyah, Abu Yusof dan sebagainya. Misalnya istilah kafir harbi adalah satu wacana yang timbul era dinasti Umaiyyah, Abbasiyah dan Usmaniyah.
"Apabila muncul negara bangsa, konsep itu sudah tidak relevan. Konsep kewarganegaraan sudah berbeza. Yang membawa konsep Muslim Teokrat itu tidak faham kerana suasana kita sudah berubah. Keputusan hukum itu berubah berasaskan tempat, masa dan situasi," katanya dalam forum maya bertajuk "Pakatan Harapan Anti Islam & Musuh Agama, Di Mana Kebenarannya?", malam semalam.
Mengenai persoalan kafir harbi dan kafir zimmi, Wan Ji berhujah, isu berkenaan dilatari konsep kewarganegaraan dalam era dinasti Umaiyyah dan ianya boleh berubah berdasarkan kaedah pemerintahan moden.
"Mungkin ada yang kata macam mana dengan hadis "barang siapa menyakiti kafir zimmi itu seperti menyakitiku". Sebenarnya itu bukan perkataan Nabi Muhamad saw tetapi perkataan khalifah Umar Abdul Aziz. Itu kerangka pemerintahan dinasti.
"Di situ kita nampak wacana kafir zimmi dan harbi. wacana kewarganegaraan yang wujud zaman dahulu. Sekarang ini kita sudah ada konsep warganegara dalam negara bangsa seperti Malaysia. Jadi orang bukan Islam itu setaraf dan kita tidak boleh anggap kelas kedua. Bahkan kita kalau duduk di Barat yang bukan Islam, kalau jadi warganegara maka satu level dengan mereka. Itu konsep yang baru.
"Hal ini yang gagal difahami oleh mereka yang berfikrah dengan Muslim Teokrat. Sebab itu ada terma baru iaitu Muslim Demokrat yang dipopularkan oleh Rashid al-Ghannushi. Kita membincangkan pula tentang bagaimana nak jadi Muslim Demokrat (yang lebih sesuai dengan suasana hari ini)," katanya.
Mengenai hadis mendahulukan suku Arab Quraisy berbanding yang lain sebagai pemimpin, dan dijadikan kias kepada konsep Ketuanan Melayu mengatasi kaum lain di Malaysia, Wan Ji berkata konsep tersebut tidak sepenuhnya tepat.
"Sebenarnya mereka merujuk kepada satu hadis: "Imam itu di kalangan orang Quraisy". Jadi mereka membandingkan Quraisy itu dengan Melayu sebagai majoriti dan berlakulah kupasan panjang lebar.
"Dalam wacana Islam yang mengatakan begitu adalah Imam al Mawardi. Tetapi cuba kita pikir balik latar peristiwa ketika itu. Imam Mawardi adalah Ketua Qadi di kerajaan Abbasiyah. Apabila dia qadi dalam kerajaan Abbasiyah maka tidak hairan fatwanya mengarah Abbasiyah, Abbasiyah itu keturunan Quraisy. Maka itulah fatwa dia.
"Kita mengambil hujah Mawardi tanpa melihat epistemologi Mawardi terlebih dahulu. Kalau pergi kepada kaedah ilmiah itu sudah bercanggah kerana metodenya mementingkan latar awal kenapa fatwa sedemikian berlaku.
"Datang pendapat kedua dari Ibnu Khaldun yang mengatakan tujuan melantik Quraisy itu untuk menolak perbalahan sahaja. Tidak timbul isu perbalahan maka tidak timbul isu Quraisy," katanya.
Bagi Wan Ji, dalam Islam perkara wajib yang perlu diambil kira melantik pemimpin adalah ringkas dan tidak perlu diperpanjangkan sebagaimana perbahasan pemuka-pemuka agama dalam kalangan Muslim Teokrat di negara ini.
"Kita pergi ke dasar. Syarat pemimpin mesti Melayu atau Quraisy itu hanya syarat sempurna, bukan syarat sah.
"Dalam Islam syarat sah (lantik pemimpin) dari segi politik tidaklah besar. Pertama, dia mesti layak. Dalilnya hadis Nabi saw, "Apabila kamu memberi urusan kepada yang bukan berkelayakan maka tunggulah saat kehancuran". Maksudnya kita lihat keahlian itu penting.
"Kedua, mesti ada amanah dan bijaksana. Ada tiga perkara ini maka syarat sah dah selesai," katanya lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/ph-musuh-agama-pas-jumud-pegang-konsep.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Nak Jadi Musuh Agama Pecat Menteri Pas Dari Kerajaaan Atau Jangan Bekerjasma Dengan Mereka

Jika Nak Jadi Musuh Agama Pecat Menteri Pas Dari Kerajaaan Atau Jangan Bekerjasma Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 241 hits
Mula mula Umno musuh agama Lepas makan duit Umno 90 juta Amanah dan PKR pula musuh agama Sekarang Bersatu bukan musuh agama Kalau Bersatu nak rasa jadi musuh agama cuba buang orang parti dia yang jadi menteri Jam 12 buang 12 05 terus jadi m...
Haram Bersama Musuh Agama

Haram Bersama Musuh Agama

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 267 hits
HADI AWANG MENGULAS PAKATAN HARAPANSUDAH SAMPAI PADA MENYATAKAN YANG BENAR ITU BENAR DAN YANG SALAH ITU TETAP SALAH WALAUPUN PADA YANG DINYATAKAN ITU PAHIT UNTUK MEMBUKTIKAN ISTILAH MEREKA YANG MENJADI MUSUH AGAMA MAKA MAJLIS FATUA WAJIB BE...
Lepas Agama Ngos Pun Nak Ditunggang Juga Semakin Banyak Ngos Menafikan Sokong Pas

Lepas Agama Ngos Pun Nak Ditunggang Juga Semakin Banyak Ngos Menafikan Sokong Pas

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 142 hits
Semakin banyak NGO bantah portal Pas salah guna nama merekaJune 18 2021 Antara NGO yang menafikan keterlibatan mereka dalam 440 NGO yang disenaraikan menyokong darurat dikekalkan 1 Ummah Care 2 Multiracial Reverted Muslims MRM 3 Islamic Pro...
Pertemuan Hishammuddin Dan Al Sisi Lelaki Ini Persoal Mana Pergi Suara Ulamak Pas Dan Duta Timur Tengah

Pertemuan Hishammuddin Dan Al Sisi Lelaki Ini Persoal Mana Pergi Suara Ulamak Pas Dan Duta Timur Tengah

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 157 hits
June 22 2021 Bayangkan Pertemuan dan kerjasama ini dilakukan Ketika Dunia membantah tindakan Kerajaan Mesir menghukum mati pemimpin Ikhwanul Muslim Dan pada tarikh yang hampir sama Morsi mati dalam tahanan Aku tak pelik Muhyidin atau Hisham...
Langau Yang Merosakkan Penyokong Pas Saling Berbalah

Langau Yang Merosakkan Penyokong Pas Saling Berbalah

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 124 hits
FAZLI RADZIKetegangan kumpulan penyokong Pas dilihat semakin ketara apabila perbezaan pandangan dalam kalangan mereka berlaku secara terbuka di media sosial Perbalahan berlaku apabila ada yang penyokong Pas tegar sebelum ini tampil menegur ...
Amanat Haji Hadi Jakim Perlu Beri Penjelasan Kata Bekas Ahli Pas

Amanat Haji Hadi Jakim Perlu Beri Penjelasan Kata Bekas Ahli Pas

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 1261 hits
Malaysiakini Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bahgarib Ali mendesak pihak berkuasa menjelaskan sama ada fatwa Amanat Haji Hadi yang diharamkan sebelum ini telah dikeluarkan dari senarai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sheikh Umar berkat...
Is Amanat Haji Hadi Still Banned Former Pas Member Asks Jakim

Is Amanat Haji Hadi Still Banned Former Pas Member Asks Jakim

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 234 hits
Authorities should clarify if the fatwa against Amanat Haji Hadi has been removed from the Islamic Development Department s list said Johor DAP vice chairperson Sheikh Umar Bagharib Ali The former PAS member said he was eagerly waiting for ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin