Ph Masih Bersikap Seperti Pembangkang
SERI ISKANDAR - Kerajaan PH Perak masih lagi dilihat bersifat seperti pembangkang walaupun sudah lebih enam bulan memerintah negeri ini.
Adun Bota Khairul Shahril Mohamed berkata, tindakan kerajaan PH yang masih terus mencari salah dan menuding jari terhadap kerajaan BN sebelum ini sudah cukup membuktikan sifat pembangkang masih tebal di dalam diri mereka.
Loading...
Mereka masih lagi tidak henti memberi gambaran dan persepsi negatif kepada rakyat mengenai BN. Eh, cukuplah pada saya BN kalau cerita persepsi negatif sekarang sudah dihukum rakyat atas kerja yang mereka (Kerajaan PH) buat sebelum ini.
"Cukuplah jangan asyik tuding jari itu salah, ini salah saya rasa sedih tengok, saya rasa banyak benda mereka kena perbaiki dan kadang-kadang kita kecewa dengan sifat mereka," katanya ketika Sinar Live di, pejabatnya, di sini, hari ini.
Menurut Khairul Shahril, Kerajaan PH perlu menguruskan negeri ini dengan baik demi kepentingan rakyat dan jangan berpolitik sesama mereka sebaliknya berpolitiklah bersama pembangkang.
"Yang rugi dalam perkara ini adalah rakyat, dan kita tengok dua tiga benda seperti dalam ucapan saya tak semiak, saya bagi tahu mereka kena sedar diri, sesuaikan diri, kami adalah pembangkang mereka kerajaan.
"Tapi saya lihat rentak mereka rentak pembangkang masih cari salah, menuding jari, bak kata sahabat saya mereka (Kerajaan PH) bersifat detektif, kira nak menyiasat, nak menghukum," katanya.
Tambahnya lagi, soal Kerajaan PH baru memerintah bukanlah halangan untuk mereka mengurus negeri ini kerana mereka perlu bersedia apabila menjadi kerajaan selepas memenangi PRU14 lalu.
"Asyik-asyik kerajaan dulu ketirisan, kerajaan dulu tanggung hutang, saya nak cakap pada orang luar bahawa rizab Perak merupakan rizab yang tinggi untuk kerajaan sekarang untuk pembangunan kira-kira RM1 bilion," katanya.
-sinar harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.malaysianupdate.com/2018/12/ph-masih-bersikap-seperti-pembangkang.html