Ph Mahu Bahas Menteri Langgar Kuarantin Tapi Usul Ditolak Speaker




 

Pembangkang mengusulkan supaya Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang melanggar perintah kuarantin selama 14 hari dibahaskan di Parlimen.

Usul itu dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menerusi satu surat yang dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.

"Saya Ahli Parlimen Pasir Gudang mohon mencadangkan agar Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membahaskan berkenaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Ahli Parlimen Kuala Nerus yang pulang ke Malaysia dari negara Turki poda 7hb Julai 2020 yang sepatutnya menjalani Perintah Kuarantin Wajib di rumah selama 14 hari telah didapati melanggar perintah tersebut apabila pada 13 Julai 2020.

"Menteri berkenaan telah hadir di persidangan Dewan Rakyat. Usul ini suatu perkara yang tertentu iaitu berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh YB Ahli Parlimen Kuala Nerus yang merupakan seorang menteri dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan," menurut usul itu.

Hassan juga menggesa supaya usul itu segera dibahaskan kerana ia melibatkan isu kesihatan dan integriti kerajaan.

"Usul ini juga usul yang berkehendak disegerakan kerana Malaysia sekarang masih dalam PKPP. Malaysia masih dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

"Kes-kes positif yang baru masih direkodkan setiap hari. Kluster-kluster baru juga masih wujud.

"Usul ini juga melibatkan kepentingan ramai kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang Perkara (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata dari segi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang," katanya.

Pada masa sama, Hassan berharap kerajaan tidak bersikap pilih kasih apabila kesalahan dilakukan oleh menteri.

"Ahli Parlimen Kuala Nerus hanya didenda ringan iaitu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 sahaja atas kesalahannya melanggar perintah kuarantin manakala rakyat biasa yang melakukan kesalahan yang sama telah dihukum berat dengan denda yang lebih tinggi termasuk hukuman penjara.

"Malaysia sebuah negara yang mengamalkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang merupakan dua teras utama Rukun Negara tentu sekali tidak akan membenarkan wujudnya sistem keadilan yang bersifat dua darjat. Satu set undang-undang untuk rakyat jelata manakala satu set lagi untuk para VIP dan para menteri," katanya.

Bagaimanapun, Azhar menolak usul tersebut, dengan alasan Khairuddin sudah dikenakan tindakan.

"Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dan saya
dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Kuala Nerus telah dikompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan laporan-laporan polis dibuat terhadap beliau yang mana sedang disiasat dan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

"Oleh yang demikian, memandangkan intipati kandungan usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tidak lagi menjadi sesuatu yang perlu disegerakan, makanya saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/ph-mahu-bahas-menteri-langgar-kuarantin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Tolak Usul Bahas Tindakan Khairuddin Langgar Sop

Speaker Tolak Usul Bahas Tindakan Khairuddin Langgar Sop

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 265 hits
Di kemas kini dengan laporan penuh Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menolak usul tergempar untuk membahaskan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali melanggar perintah kuarantin Azhar dalam surat yan...
Rakyat Marhaen Dihukum Tapi Menteri Langgar Kuarantin Boleh Terlepas

Rakyat Marhaen Dihukum Tapi Menteri Langgar Kuarantin Boleh Terlepas

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 318 hits
Kerajaan Perikatan Nasional sekali lagi dilihat bersikap berat sebelah apabila Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali melanggar tempoh kuarantin selama 14 hari yang ditetapkan sebaik sahaja pulang dari Turki untu...
Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang Menteri Langgar Sop Kuarantin Mesti Letak Jawatan

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang Menteri Langgar Sop Kuarantin Mesti Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 295 hits
Saya berada di dalam Dewan Rakyat pada 18hb Ogos 2020 ketika Ahli Parlimen Seputeh YB Teresa Kok mendedahkan bahawa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah datang ke Parlimen pada 13 Julai 2020...
Polis Sudah Membuka Kertas Siasatan Kes Terhadap Menteri Langgar Kuarantin Wajib

Polis Sudah Membuka Kertas Siasatan Kes Terhadap Menteri Langgar Kuarantin Wajib

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lepas Tim...
Ayah Aku Meningg4l Dunia Time Aku Kuarantin Aku X Dpt Balik Pemuda Buat Laporan Polis Isu Menteri Langgar Sop Kuarantin

Ayah Aku Meningg4l Dunia Time Aku Kuarantin Aku X Dpt Balik Pemuda Buat Laporan Polis Isu Menteri Langgar Sop Kuarantin

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 394 hits
Berikutan isu Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kerana tidak mematuhi peraturan kuarantin Covid 19 yang wajib dilakukan selepas perjalanannya ke Turki itu mengundang kemar4han rakyat Malaysia sehinggat laporan polis terhadap Menteri Perusah...
Ingkar Kuarantin Menteri Pas Hanya Kena Kompaun Rm1 000

Ingkar Kuarantin Menteri Pas Hanya Kena Kompaun Rm1 000

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 322 hits
Ingkar kuarantin KKM kompaun Khairuddin RM1 000 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenakan kompaun RM1 000 kepada Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali Menurut KKM ia setelah Khairuddin didapati bersalah menu...
Menteri Langgar Sop Pm Perlu Bertindak Tegas Jangan Pilih Kasih

Menteri Langgar Sop Pm Perlu Bertindak Tegas Jangan Pilih Kasih

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 266 hits
Pelanggaran Prosedur Operasi Standard Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali perlu diambil tindakan tegas dan tanpa pilih kasihAhli Parlimen Pasir Gudang Hassan A...
Ayah Wanita Ini Sudah Sekarat Tapi Ditolak Oleh 3 Rumah Sakit Padahal Ngemis Ngemis

Ayah Wanita Ini Sudah Sekarat Tapi Ditolak Oleh 3 Rumah Sakit Padahal Ngemis Ngemis

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 413 hits
Pandemi COVID 19 telah memakan banyak korban meninggal dunia Namun kebijakan yang diterapkan dalam menghadapinya termasuk yang dibuat oleh pihak rumah sakit juga menelan tak sedikit korban yakni mereka yang sakit non COVID 19 Baru baru ini ...
Pihak Berkuasa Perlu Jalankan Siasatan Serta Bertindak Terhadap Menteri Yang Langgar Sop

Pihak Berkuasa Perlu Jalankan Siasatan Serta Bertindak Terhadap Menteri Yang Langgar Sop

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius perbuatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki 7 Julai lalu Justeru Perda...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025