Ph Komited Mahu Laksana Dasar Gaji Progresif Kenaikan Upah Purata Pekerja Jika Diberi Kuasa Rafizi


 
Kita akan mengundi beberapa hari sahaja lagi.
Dalam hiruk pikuk berkempen, kadang-kadang kita lupa tujuan kita memilih kerajaan. Kita pilih kerajaan supaya menteri-menteri yang makan gaji dengan kita menyelesaikan masalah utama kita.
Apa masalah utama kita?
Untuk rakyat biasa, masalah kita ialah gaji dan pendapatan yang rendah. Akibatnya, setiap kali harga barang naik mendadak, kita makin dihimpit.
Apa punca gaji dan pendapatan yang rendah?
Kerana kemajuan ekonomi terbantut dan keuntungan syarikat-syarikat tidak sama rata. Hanya ada kurang dari 500 perusahaan swasta yang menyumbang besar kepada pertumbuhan ekonomi, jadi bila kerajaan umum pertumbuhan ekonomi yang baik, hanya pekerja-pekerja syarikat yang 500 ini yang dapat naik gaji, bonus dan lain-lain.
Ini syarikat-syarikat besar negara, sebahagiannya multinational corporations (MNC), sebahagiannya syarikat berkaitan kerajaan (atau GLC), sebahagiannya syarikat swasta yang besar-besar.
Berpuluh ribu syarikat yang lain yang menjadi majikan 90% pekerja di Malaysia tidak mendapat laba ekonomi yang memadai.
Pendapatan mereka hanya cukup untuk menampung kos dan peluang ekonomi dibolot oleh syarikat-syarikat besar tadi yang banyak tertumpu kepada kegiatan dalam negara, bukannya mencari pasaran baru di luar negara.
Mereka tidak mampu untuk membayar gaji yang lebih baik.
Sebab itu saya katakan kerajaan tidak lagi boleh menyerahkan tanggungjawab menaikkan gaji progresif ini kepada pihak majikan semata-mata.
Pertamanya kerana keadaan menjadi begini akibat kegagalan kerajaan menstruktur ekonomi dengan baik hingga kekayaan ekonomi banyak tertumpu kepada 500 syarikat swasta yang besar dan meminggirkan berpuluh ribu majikan kecil yang lain.
Keduanya kerana sikap berlepas tangan mengenai kenaikan gaji akan memangsakan rakyat sedangkan tanggungjawab kerajaan adalah memakmurkan rakyat.
Oleh itu, mana-mana gabungan parti yang menjadi kerajaan perlu memberi tumpuan kepada dua agenda nasional yang paling besar:
SATU:
Membina keupayaan syarikat-syarikat sederhana dan kecil supaya mereka mampu bersaing dengan syarikat liga pertama ini. Ada beberapa cara yang wajar dilaksanakan termasuklah menggalakkan penggabungan syarikat-syarikat ini agar mereka mempunyai kapasiti bersaing yang lebih baik.
Lebih besar dan teratur syarikat-syarikat ini, mereka lebih berkemampuan untuk membayar gaji yang lebih tinggi.
Kerajaan juga perlu meletakkan sasaran pendapatan dari luar negara ke atas syarikat-syarikat berkaitan kerajaan supaya mereka memberi ruang kepada syarikat lain untuk membina keupayaan dalam pasaran domestik.
Sudah sampai masanya syarikat berkaitan kerajaan meneroka keuntungan di luar negara untuk dibawa pulang, bukannya bersaing dengan syarikat-syarikat kecil milik rakyat biasa yang menyempitkan ruang persaingan dalam negara.
Mana-mana syarikat berkaitan kerajaan yang berpeluang distruktur untuk menjadi syarikat swasta sepenuhnya untuk meningkatkan daya saing, kerajaan wajar memberi insentif untuk menggalakkan pengurusan profesional syarikat GLC mengambil alih pemilikan melalui “management buy out”(MBO).
Ini akan meningkatkan daya saing keusahawanan dalam negara.
KEDUA:
Kerajaan memberi komitmen untuk campur tangan dalam menetapkan kenaikan gaji purata tahunan supaya pendapatan rakyat tetap naik pada kadar yang munasabah setiap tahun.
Jika ini berlaku untuk tempoh sedekad akan datang, barulah paras gaji rakyat dapat ditingkatkan secara beransur-ansur.
Satu tabung khas untuk mencapai sasaran gaji progresif ini wajar ditubuhkan.
PKR dan PH adalah satu-satunya gabungan politik yang mempunyai dasar gaji progresif dan komited untuk menjadikan kenaikan gaji purata pekerja sebagai agenda ekonomi nasional.
Jika gabungan lain berkuasa dan gaji kekal rendah, anda telah mensia-siakan peluang ini untuk menaikkan gaji rakyat Malaysia.
RAFIZI RAMLI
Timbalan Presiden PKR
16 November 2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/ph-komited-mahu-laksana-dasar-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buruh Diminta Bijak Menyuarakan Kenaikan Upah 2023

Buruh Diminta Bijak Menyuarakan Kenaikan Upah 2023

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 161 hits
Upah Minimum kota kabupaten yang dituntut naik di tahun 2023 oleh para buruh diharapkan tidak membebani kondisi keuangan perusahaan
Ratusan Pekerja Lapangan Terbang Heathrow Mogok Tuntut Naik Gaji

Ratusan Pekerja Lapangan Terbang Heathrow Mogok Tuntut Naik Gaji

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 127 hits
LAPANGAN terbang Heathrow di London kini bersiap sedia menghadapi gangguan apabila 350 pekerja penyelenggaraannya melancarkan mogok tiga hari untuk menuntut kenaikan gaji pada Jumaat Mogok itu turut mendapat sokongan Unite satu daripada kes...
Pelepasan Mengundi Pru15 Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja

Pelepasan Mengundi Pru15 Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 357 hits
Tahukah anda semua majikan dalam sektor swasta perlu memberi kebenaran pelepasan untuk pekerja keluar mengundi pada PRU15 nanti Majikan yang mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi pad...
We Re Not Umno Rafizi And Me Not At Odds Anwar

We Re Not Umno Rafizi And Me Not At Odds Anwar

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 212 hits
Despite claims that PKR top leaders Anwar Ibrahim and Rafizi Ramli are at odds after giving contradictory figures in their expectations for the election its party president said that is not the case Anwar refuted claims by BN s treasurer ge...
Rafizi S Hung Parliament Remark Meant To Push Ph Says Anwar

Rafizi S Hung Parliament Remark Meant To Push Ph Says Anwar

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 260 hits
PKR deputy president Rafizi Ramli had said that he was confident no single coalition or party would attain a majority post GE15 which would lead to a hung Parliament IPOH PKR deputy president Rafizi Ramli s remark that the country will have...
Tiada Percanggahan Dengan Anwar Berhubung Jumlah Kerusi Menang Kata Rafizi

Tiada Percanggahan Dengan Anwar Berhubung Jumlah Kerusi Menang Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 222 hits
Timbalan presiden PKR berkata Pakatan Harapan boleh menang di 100 kerusi jika kempen dijalankan lebih baik Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini menafikan dakwaan beliau tidak bersefahaman dengan Presidennya Anwar Ibrahim susulan...
Anwar Kata 100 Rafizi Kata 80

Anwar Kata 100 Rafizi Kata 80

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 239 hits
Ini membolehkan kerajaan baru dibentuk dengan campuran PN BN Sabah Sarawak 120 kerusi
Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

3h2m Park Avenue Sungai Petani

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Unifi Dah Boleh Guna

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu