Ph Kemuka Cadangan Reformasi Sektor Pendidikan



Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) hari ini mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mereformasi sektor pendidikan negara.
Kata mereka, tempoh pandemik Covid 19 ini merupakan waktu paling sesuai untuk merombak sistem pendidikan negara agar lebih relevan menghadapi perubahan teknologi masa hadapan.
Jawatankuasa Pendidikan PH menggariskan reformasi tersebut kepada dua perkara iaitu, Reformasi Pendidikan Dasar dan Reformasi Pengajian Tinggi
“Kerajaan perlu merangka satu master plan pendidikan merangkumi pendidikan dasar, pendidikan tinggi dan pendidikan TVET, serta perancangan jangkamasa panjang yang strategik, mapan dan telus untuk pendidikan selepas pandemik berakhir. Pernyataan Polisi ‘Pendidikan di kala wabak COVID-19: Solusi buat Malaysia’ oleh mantan Menteri Pendidikan boleh dijadikan dasar dan panduan untuk tujuan berkenaan.
“Disarankan penubuhan ‘Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan’ (MTPK) yang akan dianggotai oleh para pemegang taruh, terutamanya wakil-wakil dari NUTP, UNICEF, WHO, KKM, pakar-pakar Pendidikan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), badan-badan pengkaji, NGO Pendidikan, Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang, terutamanya mereka yang pernah bergelumang dalam sektor pendidikan untuk menangani masalah pendidikan pasca-pandemik yang amat serius melalui penghasilan pelan yang disebutkan serta memantau pelaksanaannya.
“Kerajaan juga hendaklah menggunakan secara maksimum kepandaian buatan (artificial intelligence) dan data raya (big data) untuk membantu menangani kemelut pendidikan ini,” kata mereka.
Jawatakuasa Pendidikan juga menegur pengurusan berkaitan penutupan dan pembukaan sekolah sewaktu Covid-19 yang sepatutnya diturunkan (decentralized) kepada peringkat sekolah dan PPD dengan persetujuan ibu bapa.
Kata mereka, sebarang keputusan yang dibuat juga hendaklah berdasarkan sains dan data dengan dipandu garis panduan oleh WHO. KPM perlu mempunyai pakar rujukan utama berhubung sains dan data dengan melantik pakar-pakar dari hospital-hospital Universiti Awam sebagai rujukan utama.
“Kebenaran untuk Ahli Parlimen dan ADUN tanpa kira pihak kerajaan atau pembangkang untuk terlibat dengan pihak sekolah dan institusi pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, dan jabatan Pendidikan Negeri di kawasan masing-masing untuk membangunkan pendidikan
serta infrastruktur dan bukan untuk tujuan politik.
“Jawatankuasa Pendidikan juga perlu melaksanakan Laporan Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara 2019 terutamanya berkaitan Model Pendidikan Baharu (New Education Model). Ianya perlu dibawa ke kabinet untuk diluluskan dan dilaksanakan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025),” kata mereka.
PH juga menyarankan agar dihidupkan semula Jawatankuasa Dataraya (Big Data Committee) di KPM agar segala keputusan, dasar dan Pendidikan dapat dirumuskan dan dipandu oleh data, sains, deep analytics dan kepandaian buatan
Juga pemberian insentif kepada para guru di dalam bentuk one-off ataupun pengecualian cukai di atas usaha dan wang ringgit yang mereka gunakan sepanjang PdPR.
‘Program Sarapan Pagi’ percuma kepada setiap murid di sekolah dicadangkan dibuat apabila sekolah dibuka semula. Program itu akan dapat membantu keluarga yang semakin ramai tergolong dalam B50, dan juga dapat membantu para pengusaha kantin sekolah dan pembekal makanan basah ke kantin-kantin sekolah.
Manakala bagi sektor pengajian tinggi pula Jawatankuasa Pendidikan PH mencadangkan agar ditubuhkan kembali Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) yang termaktub dalam Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546).
“Demi menjamin kewibawaan dan kredibiliti institusi pengajian tinggi, keanggotaan Lembaga Pengurusan (LPU) Universiti Awam juga hendaklah bebas dari lantikan politik dan dihadkan hanya kepada dua penggal sahaja bagi setiap lantikan.
“Imej ahli akademi Malaysia yang tercalar kerana isu penerbitan di jurnal pemangsa (predator Journals) dan juga isu plagiarisme perlu ditangani secara sistemik. ‘Jawatankuasa Integriti Penyelidikan Kebangsaan’ yang pernah dicadangkan oleh Majlis Sains Negara (2017) perlu diwujudkan segera.
“Akta 605 perlu dipinda untuk menjamin kebebasan akademik dan menjaga integriti para akademik sepertimana yang pernah dibawakan pada tahun 2019, ianya hanya perlukan kelulusan dari Perdana Menteri tanpa perlu dibawa ke parlimen,” kata mereka.
Jawatankuasa juga menyarankan supaya usaha yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pemansuhan AUKU untuk memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Akta 30) dan digantikan dengan undang-undang yang lebih komprehensif bersekali dengan akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dilaksanakan
PH berharap kerajaan meneruskan usaha penubuhan Kesatuan Pelajar di semua IPT (Institut Pengajian Tinggi).
Jawatankuasa Pendidikan PH tegas memohon agar cadangan-cadangan yang diberikan dipertimbang oleh PM termasuk Menteri Kanan Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi bagi menghentikan segala krisis pendidikan yang sedang berlaku sekarang.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN), Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH), Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP), Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP) dan Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32943

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ganjaran Muhammad Ziyad Kbs Akan Kemuka Cadangan Kepada Kabinet

Ganjaran Muhammad Ziyad Kbs Akan Kemuka Cadangan Kepada Kabinet

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 162 hits
PUTRAJAYA 3 Sept Kementerian Belia dan Sukan akan mencadangkan kepada Kabinet mengenai ganjaran setimpal kepada jaguh lontar peluru paralimpik kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli bagi menghargai pencapaiannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 M...
Pemerintah Bolehkan Pekerja Sektor Industri Ekspor Bekerja Dari Kantor 100 Persen

Pemerintah Bolehkan Pekerja Sektor Industri Ekspor Bekerja Dari Kantor 100 Persen

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 181 hits
Meski mengizinkan secara penuh Luhut menegaskan tetap akan ada pembagian shift sebanyak dua gelombang yang dilakukan pada perusahaan Selain itu kepada para pegawai dan non pegawai diwajibkan menggunakan aplikasi peduli lindungi saat jam ope...
Panas Muhyiddin Punca Maszlee Dipecat Sebagai Menteri Pendidikan Dahulu

Panas Muhyiddin Punca Maszlee Dipecat Sebagai Menteri Pendidikan Dahulu

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 288 hits
September 5 2021 Presiden Parti Bersatu Marah Tamatkan Kontrak 1BestariiNet Punca Dr Maszlee Diminta Menyerahkan Balik Jawatan Menteri Pendidikan Seperti orang lain saya juga tertanya tanya apakah sebab Tun Mahathir mengarahkan Dr Maszlee m...
Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg41 Secara One Off Tahun 2021

Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg41 Secara One Off Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 251 hits
Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off Tahun 2021 ini merujuk kepada yang mana permohonannya telah dilakukan secara dalam talian pada 7 Julai sehingga 21 Julai 2021 yang lalu Tarikh Temu Duga Pen...
Dg Hisham Ingatkan Banyak Sektor Dibuka Kerana Ekonomi Bukan Kerana Ia Selamat

Dg Hisham Ingatkan Banyak Sektor Dibuka Kerana Ekonomi Bukan Kerana Ia Selamat

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 226 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia untuk mematuhi prosedur operasi standard yang ketat berikutan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi Nasihat ini disampaikan sendiri oleh beliau di laman T...
Serius Dengan Pendidikan 5 Artis Ini Kuliah Double Degree Dan Berhasil Raih Gelar Ganda Panutan

Serius Dengan Pendidikan 5 Artis Ini Kuliah Double Degree Dan Berhasil Raih Gelar Ganda Panutan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 268 hits
Bahkan ada yang berhasil raih 3 gelar sekaligus di jurusan dan kampus yang berbeda Luar biasa
Lks Tripnas Komitmen Dukung Penerapan Prokes Ketat Di Perusahaan Sektor Esensial

Lks Tripnas Komitmen Dukung Penerapan Prokes Ketat Di Perusahaan Sektor Esensial

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 176 hits
Protokol kesehatan adalah kunci untuk menekan penularan Covid 19 Untuk itu seluruh stakeholders ketenagakerjaan harus menerapkan protokol kesehatan baik di tempat kerja maupun saat berada di lingkungan masyarakat dan keluarga
Pemerintah Dorong Reformasi Sistem Perlindungan Sosial Demi Menjaga Kesejahteraan

Pemerintah Dorong Reformasi Sistem Perlindungan Sosial Demi Menjaga Kesejahteraan

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 180 hits
Guna memenuhi target menurunkan kemiskinan ke angka 9 2 9 7 pada akhir 2021 pemerintah mereformasi Kebijakan Perlindungan Sosial agar lebih adaptif dan memiliki daya lentur untuk menurunkan angka kemiskinan akibat pandemi
Taufan Ida Merosakkan Sektor Tenaga As

Taufan Ida Merosakkan Sektor Tenaga As

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 136 hits
Pada 29 Ogos Taufan Ida melanda Pantai Teluk Louisiana Pada mulanya kelajuan angin mencapai 240 km j Hal ini khas untuk taufan kategori 4 yang merupakan siklon tropika yang mencapai intensiti Kategori 4 pada skala Saffir Simpson Taufan yang...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa