Ph Dijangka Kuasai 55 Peratus Undi



KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dijangka menguasai 55 peratus undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri beza 10 peratus berbanding dengan saingan kuat mereka Perikatan Nasional (PN) yang diramal memperoleh 45 peratus undian.
Berdasarkan tinjauan awal, sokongan untuk dua parti gergasi itu didapati sentiasa berubah-ubah, terutama di dua negeri yang kini dikuasai PN iaitu Kedah dan Terengganu.
Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, berkata jika mengambil kira jumlah undi ada kemungkinan berpihak kepada PN, namun jumlah kerusi lebih banyak dimenangi PH.
Katanya, bagi negeri yang dikuasai PH seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, PH ada kelebihan dengan mengambil kira prestasi mereka di negeri berkenaan.
"Peranan dan sokongan dari UMNO-BN adalah satu kelebihan bagi negeri yang kini dikuasai PH, namun wujud persaingan sengit daripada PN berbanding pilihan raya negeri sebelum ini.
"Pada masa sama, PN kena berusaha keras dalam mencari jalan mengatasi faktor kelebihan yang ada di negeri dikuasai PH," katanya kepada BH.
Ahmad Zaharuddin Sani berkata, di Selangor PH berpeluang besar mempertahankan pemerintahan negeri berdasarkan rekod pembangunan yang dicapai dan keyakinan pengundi terhadap keupayaan parti itu membawa perubahan.
Namun, katanya, sentimen perkauman dan kenegerian yang dimainkan PN sukar untuk mengubah keyakinan pengundi terhadap PH yang mana pengundi mungkin lebih cenderung mempertimbangkan rekod pembangunan dan kredibiliti PH dalam memenuhi keperluan rakyat Selangor.
"PH sebelum ini memerintah negeri Selangor masih mempunyai sokongan yang kukuh dalam kalangan pengundi dan mereka hanya perlu melanjutkan usaha pembangunan, memperbaiki perkhidmatan awam, dan memperjuangkan isu seperti pendidikan, kesihatan dan ekonomi yang inklusif.
"Rekod pembangunan yang dicapai ketika pemerintahan sebelumnya memberikan PH kelebihan dalam meraih sokongan pengundi. Keupayaan PH untuk membawa perubahan diinginkan rakyat Selangor akan menjadi faktor penting dalam memastikan kejayaan mereka," katanya.
Di Negeri Sembilan, katanya, DAP yang dipimpin Setiausaha Agung, Anthony Loke, mempunyai pengaruh yang kuat pada peringkat akar umbi, selain UMNO Negeri Sembilan di bawah pimpinan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan turut memainkan peranan penting dengan usaha gigih untuk mempertahankan sokongan pengundi kepada PH-BN.
"Ramalan awal menunjukkan PH kemungkinan akan terus memegang pemerintahan negeri dan berpotensi mencapai keputusan yang kukuh. PH mempunyai kelebihan yang signifikan, namun dijangka persaingan sengit daripada PN," katanya.
Jangka pertahan kedudukan
Untuk Pulau Pinang, Ahmad Zaharuddin Sani menjangka PH berpotensi untuk mempertahankan kedudukan yang kukuh dengan majoriti lebih dua pertiga yang mana kekuatan DAP dan rekod kejayaan mereka dalam membangunkan negeri itu menjadi penentu kejayaan.
"Lebih menarik, di Pulau Pinang kurangnya saingan yang kuat dari parti lawan seperti GERAKAN dan kombinasi PH dengan UMNO sebagai rakan strategik dalam pilihan raya ini memberikan PH kelebihan yang besar," katanya.
Analisis di Terengganu dan Kedah mendapati sokongannya berubah-ubah antara PN dan PH bergantung kepada perkembangan semasa antara 45 hingga 55 peratus.
"Tidak mustahil PRN Terengganu ini mungkin berakhir dengan kelebihan bagi PH dengan peratusan 55-45. Faktor seperti kurangnya perubahan signifikan yang ditonjolkan oleh PAS dalam tempoh pemerintahan mereka, dakwaan rasuah dan pemberian tanah dengan harga murah dapat mempengaruhi sokongan pengundi terhadap PAS.
"Di sisi lain, usaha UMNO untuk membangunkan semula sokongan mereka dan kombinasi dengan PH dapat memberikan kelebihan kepada PH dalam pilihan raya ini," katanya.
Bagi Kedah, kajian menunjukkan pertempuran masih kekal pada tahap 50-50, dengan tiada pihak yang jelas mempunyai kelebihan yang besar.
"Faktor seperti sentimen mengenai #the Greater Kedah# 'Pulau Pinang milik Kedah' dan isu air yang berterusan mungkin menjadi penentu dalam mempengaruhi keputusan pengundi.
"Pertarungan antara PAS, UMNO, dan PH akan menjadi sengit dan keputusannya mungkin bergantung pada faktor itu," katanya.
Mengenai peluang PH di Kelantan, katanya Kelantan adalah sebuah negeri yang mempunyai identiti tersendiri dengan kekuatan PAS yang kukuh dalam kalangan pengundi.
"Penduduk Kelantan memiliki kecenderungan untuk memberikan sokongan kepada PAS berbanding parti lain.
"Ramalan menunjukkan bahawa pilihan raya negeri Kelantan ini kemungkinan akan menghasilkan keputusan yang menguntungkan Perikatan Nasional (PN) dan PAS dengan kemenangan mutlak 100 peratus," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/07/ph-dijangka-kuasai-55-peratus-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepis Keyakinan Anwar Bersatu Jangka Pengundi Ph Bn Undi Pn

Tepis Keyakinan Anwar Bersatu Jangka Pengundi Ph Bn Undi Pn

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 152 hits
agendaily com07 07 2023Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin Bersatu yakin pengundi Perikatan Nasional tidak akan mengundi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri akan datang Malah Naib Ketua Srikand...
Persatuan Ibu Ibu Comel Mengandung Mahu Undi Bell Di Abpbh 35

Persatuan Ibu Ibu Comel Mengandung Mahu Undi Bell Di Abpbh 35

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 225 hits
Nampaknya pencalonan Bell Ngasri dalam kategori Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular BH Ke 35 telah meraih perhatian ahli Persatuan Ibu Ibu Comel Mengandung Bell sebelum ini telah mengemukakan manifestonya dengan mengatakan akan me...
Pengundi Umno Jangan Keluar Undi Jika Tak Sanggup Pangkah Dap

Pengundi Umno Jangan Keluar Undi Jika Tak Sanggup Pangkah Dap

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 201 hits
agendaily com09 07 2023Sebelum ini Khalid Samad dikecam pemimpin UMNO kerana tidak menyokong pengampunan Najib Pemimpin Amanah menyarankan pengundi UMNO tidak keluar mengundi pada pilihan raya negeri 12 Ogos ini jika tidak sanggup memangkah...
Mahfuz Undi Kalih 10 Pas Tumbang Di Kedah

Mahfuz Undi Kalih 10 Pas Tumbang Di Kedah

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 149 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan Barisan Nasional Kedah yakin negeri itu berpotensi dirampas dari cengkaman PAS sekiranya berlaku peralihan 10 undi menjelang PRN Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar berkata selain peralihan undi daripad...
Mat Sabu Fatwa Politik Pas Sentiasa Berubah Ahli Jangan Takut Ubah Undi

Mat Sabu Fatwa Politik Pas Sentiasa Berubah Ahli Jangan Takut Ubah Undi

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 192 hits
Hariz MohdAhli PAS tidak perlu takut untuk memberikan undi mereka kepada parti selain daripada parti Islam itu kata Presiden Amanah Mohamad Sabu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata fatwa politik PAS sentiasa berubah dari se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash